KUANTAN: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kritikan berkaitan pungutan pingat negara di Sukan SEA Vietnam, namun kritikan tersebut perlulah suatu yang konstruktif, kata Timbalan Menterinya Datuk Seri Ti Lian Ker.
Beliau berkata kritikan berkaitan sasaran juga perlulah pada masa bersesuaian, yang menurut beliau pada ketika sasaran 36 pingat emas itu ditetapkan, selepas merujuk kepada kesemua pihak berkepentingan dan persatuan sukan.
"Sasaran itu bukanlah dibuat sesuka hati atau tanpa rujukan... ia dibuat merujuk kepada jenis sukan yang telah ditetapkan oleh tuan rumah, yang mempunyai kelebihan kerana mereka boleh memilih jenis sukan.
"Setiap Sukan SEA mampunyai ekosistem berbeza. Kami mengalu-alukan kritikan tetapi ia adalah lebih baik jika dibuat pada ketika sasaran itu ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan selepas merasmikan program Rakan Wira Mahir peringkat negeri Pahang di sini semalam.
Ti berkata sebenarnya para atlet negara telah mencatatkan keputusan lebih baik dari yang disasarkan, apabila membawa pulang 39 pingat emas, yang sepatutnya diberikan pujian.
Ti berkata satu lagi fakta yang perlu dinyatakan ialah 60 peratus daripada atlet yang mengambil bahagian pada temasya dwitahunan itu merupakan atlet yang menyertainya buat kali pertama, dan 40 peratus daripada mereka berusia di bawah 21 tahun.
Ti juga menafikan tuduhan Steven Sim dari DAP bahawa Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, cuba menyalahkan atlet atas prestasi negara di Sukan SEA 2022 itu dan menyalahkan kementerian kerana memotong 80 peratus daripada belanjawan untuk penyertaan kejohanan antarabangsa pada Belanjawan 2022.
Mengenai perkara itu Ti berkata Ahmad Faizal telah berusaha keras untuk mendapatkan semula apa yang tidak diberikan dalam Belanjawan, dan ia sesuatu yang tidak adil untuk menyalahkan beliau kerana belanjawan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.
"Kritikan tidak seharusnya bersifat peribadi dan kritikan tidak seharusnya memainkan semula isu yang telah diselesaikan, hanya untuk memulakan serangan baru yang dibuat tidak berdasarkan fakta sebenar atau tidak mengambarkan situasi sebenar," katanya.
Sementara itu Ti berkata program peningkatan kemahiran itu memberikan belia tempatan kelebihan dalam kerja-kerja berkaitan bidang tersebut dan meningkatkan lagi kefahaman orang ramai berkaitan isu itu.
Beliau berkata walaupun sebagai pekerja mahir, mungkin akan bermula dengan gaji yang rendah namun peningkatan kerjaya boleh jadi lebih mudah, di samping membuka peluang untuk mereka menjadi usahawan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 28 2022

Ti berkata, sebenarnya atlet negara patut diberi pujian kerana telah mencatatkan keputusan lebih baik dari sasaran apabila membawa pulang 39 pingat emas. - Facebook Ti Lian Ker
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Garis panduan sukan elektronik dilancar tahun ini - KBS
Garis panduan berkenaan sedang dirangka dengan kerjasama agensi dan kementerian berkaitan termasuk pemain dan pasukan profesional.

Hala tuju ke arah gerakan sukan untuk semua siap tahun depan
Usaha itu penting supaya gerakan sukan untuk semua lebih menonjol di peringkat akar umbi.

Gugat perpaduan kaum: Undang-undang sedia ada memadai - Timbalan Menteri
"Yang perlu ketika ini bukanlah undang-undang tambahan, sebaliknya penguatkuasaan, pelaksanaan dan pendidikan kesedaran."

MCA sifatkan Nazri 'terlalu angkuh' kerana tuduh parti itu tidak relevan
Sambil menyifatkan Nazri sebagai 'terlalu angkuh', Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon berkata kenyataan sedemikian tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang menteri.