PHNOM PENH: Pencapaian kontinjen kebangsaan selepas berakhir hari keenam temasya Sukan SEA 2023 mengecewakan selepas hanya meraih tiga pingat emas pada Khamis.
Pungutan tiga pingat emas itu agak membimbangkan apabila kem negara kekal berada di kedudukan ketujuh dengan berbaki enam hari lagi sebelum temasya dwitahunan itu melabuhkan tirai pada 17 Mei ini.
Pada Rabu, kem negara mencatat prestasi membanggakan apabila merangkul enam pingat emas, yang merupakan pencapaian pungutan pingat emas terbaik seharian,
Selepas tamat saingan semalam, Malaysia meraih keseluruhan 24 pingat emas, 31 perak dan 49 gangsa.
Pada aksi hari keenam ini, kem terjun menepati ramalan apabila menyumbangkan pingat emas pertama negara menerusi Enrique Maccartney Harold dalam acara 10m platform lelaki, sekali gus menyaksikan Malaysia menyapu bersih kesemua empat pingat emas ditawarkan dalam acara itu pada temasya sukan di Kemboja ini.
Dua lagi pingat emas menerusi skuad olahraga apabila jaguh lempar cakera kebangsaan, Muhammad Irfan Shamsuddin berjaya mempertahankan emas di peringkat temasya rantau Asia Tenggara ini, selain atlet lompat kijang Andre Anura Anuar yang mengekalkan statusnya selaku juara bertahan pada temasya kali ini.
Beberapa acara yang diharapkan dapat menghadiahkan pingat emas, bagaimanapun gagal dicapai antaranya ping pong dan badminton.
Skuad ping pong wanita yang membuat kejutan mara ke pentas final selepas 30 tahun, gagal melakar sejarah meraih pingat emas pertama dalam acara berpasukan pada temasya dwitahunan itu apabila tumpas kepada Thailand 0-3 pada perlawanan akhir.
Kem badminton turut menerima nasib yang sama apabila tewas 1-3 kepada musuh tradisi, Indonesia dalam final berpasukan lelaki.
Selepas berakhir saingan semalam, kedudukan tiga teratas dalam carta pungutan pingat kekal dengan Vietnam mendahului setelah meraih 57 pingat emas, 56 perak dan 70 gangsa, diikuti tuan rumah Kemboja 56-44-55 manakala Thailand di tempat ketiga dengan kutipan 54-39-58.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2023
Selepas tamat saingan pada Khamis, Malaysia meraih keseluruhan 24 pingat emas, 31 perak dan 49 gangsa.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sukan SEA: Pencapaian kontinjen negara pada hari keenam mengecewakan
Pungutan tiga pingat emas itu agak membimbangkan apabila kem negara kekal berada di kedudukan ketujuh.
Kontinjen negara kekal di kedudukan ketujuh
Malaysia kekal berada di kedudukan ketujuh selepas berakhir hari ketiga temasya Sukan SEA 2023 apabila kontinjen negara sekadar menambah empat lagi pingat emas pada Isnin.