HANOI: Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA ke-31 Datuk Nur Azmi Ahmad mahu melihat setiap hari pingat emas berjaya diraih kem negara pada temasya sukan dwitahunan itu, di sini.
Beliau berkata permulaan cemerlang dilakar skuad terjun kebangsaan yang telah menuai enam pingat emas, dengan dua lagi dijangka diraih hari ini diharap menyuntik semangat kepada barisan atlet yang bakal memulakan cabaran masing-masing.
"Selama tiga hari kita menerajui kedudukan teratas (carta pingat) dan ini memberi semangat dan peluang kepada atlet-atlet yang baru datang supaya memastikan setiap hari kita mempunyai pingat emas walaupun satu atau dua butir supaya sasaran 36 pingat emas tercapai," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi ramah mesra dan makan malam bersama media tempatan yang membuat liputan Sukan SEA ke-31 di sebuah hotel di sini, semalam.
Pusat Akuatik My Dinh di sini menjadi saksi kecemerlangan kem terjun negara yang merangkul emas masing-masing menerusi Nur Dhabitah Sabri dalam acara 1 meter (m) papan anjal wanita, gandingan Chew Yi Wei-Ooi Tze Liang (3m papan anjal seirama lelaki) dan Tze Liang (1m papan anjal lelaki).
Sementara tiga emas lagi menjadikan keseluruhan enam disumbangkan pasangan Ng Yan Yee-Ong Ker Ying dalam acara 3m papan anjal seirama wanita, Yan Yee (3m papan anjal wanita) dan gandingan Jellson Jabillin-Hanis Nazirul Jaya Surya dalam acara 10m platform seirama lelaki.
Dua pingat emas lagi dijangka diraih kem terjun menerusi acara 3m papan anjal lelaki disertai Muhammad Syafiq Puteh dan Gabriel Gilbert Daim dan 10m platform seirama wanita yang bakal digalas Datuk Pandelela Rinong-Nur Dhabitah.
Sementara itu, Nur Azmi berkata beberapa pasukan berdepan masalah berhubung logistik setibanya di Hanoi yang berpunca daripada pihak penganjur bersama hotel penginapan atlet.
"Saya mohon maaf kepada semua yang terpaksa tunggu tiga hingga empat jam (sebelum dibenarkan masuk ke hotel) tetapi kita dapat selesaikannya secepat mungkin dan saya juga telah berjumpa dengan semua pasukan termasuk bola sepak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 11 2022

Nur Azmi berkata, permulaan cemerlang dilakar skuad terjun kebangsaan yang telah menuai enam pingat emas, dengan dua lagi dijangka diraih hari ini diharap menyuntik semangat kepada barisan atlet yang bakal memulakan cabaran masing-masing. - Foto fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Sukan SEA: Pastikan setiap hari pingat emas dituai - Ketua Kontinjen
Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA ke-31 Datuk Nur Azmi Ahmad mahu melihat setiap hari pingat emas berjaya diraih kem negara pada temasya sukan dwitahunan itu, di sini.