HANOI: Biarpun berjaya memperbaharui pencapaian, atlet petanque wanita negara Sharifah Aqilah Farhana Syed Ali tetap diselubungi perasaan bercampur baur selepas merangkul pingat perak acara doubles di Sukan SEA ke-31 di sini.
Ia susulan beliau dan pasangannya Nurashimah Senin tidak berjaya membutirkan emas apabila gagal menyaingi kehebatan atlet tuan rumah Hong Thoa Thai Thi-Lan Anh Tran Le yang melakar kemenangan 13-2 pada final yang berlangsung di Pusat Latihan dan Pertandingan Sukan Hanoi.
Pingat gangsa acara itu dimenangi bersama gandingan Kemboja dan Laos.
Menurut Sharifah Aqilah yang pertama kali bergandingan bersama Nurashimah, perasaan terkilan dirasai kerana beliau meramalkan mampu mencipta kejutan membawa pulang kilauan emas.
"Kalau mengikut prestasi saya, saya agak berpuas hati namun di sebalik itu, ada juga rasa sebaliknya. Saya berpuas hati kerana dapat mengubah warna pingat yang lalu daripada gangsa kepada perak.
"Namun saya tidak berpuas hati kerana bagi saya, kami boleh melakukan persembahan lebih baik daripada tadi namun kurang bernasib baik," katanya yang ditemui selepas aksi final itu.
Pada edisi 2019 di Filipina, Sharifah Aqilah yang bergandingan dengan Siti Asiah Zaini menghadiahkan gangsa buat negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 15 2022
Menurut Sharifah Aqilah, perasaan terkilan dirasai kerana beliau meramalkan mampu mencipta kejutan membawa pulang kilauan emas.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Pasukan petanque Malaysia dan Thailand juara kejohanan antarabangsa
Pasukan petanque dari Malaysia dan Thailand muncul juara Kejohanan Petanque Terbuka Lelaki dan Wanita Antarabangsa Johor 2022 di Arena Emas di sini, yang melabuhkan tirainya hari ini.
Sukan SEA Hanoi: Raih perak, Sharifah Aqilah tetap terkilan
Ia susulan beliau dan pasangannya Nurashimah Senin tidak berjaya membutirkan emas apabila gagal menyaingi kehebatan atlet tuan rumah.
Sukan SEA: Lontar tukul besi, lontar peluru, petanque dibenar bertanding
Mengikut Piagam dan Peraturan SEAGF, minimum tiga negara mesti mengambil bahagian untuk acara itu dipertandingkan.
Masa tepat skuad petanque cipta sejarah gemilang - Jurulatih
Keyakinan itu berdasarkan sejumlah lapan acara dipertandingkan berbanding empat pada edisi 2019 di Filipina.
Aksi hambar kontinjen Malaysia berterusan pada hari kelima Sukan SEA
Malaysia turun dua anak tangga ke kedudukan kelima, dengan kutipan pingat keseluruhan 23 emas, 16 perak dan 24 gangsa.
Hafizuddin tamat kemarau 14 tahun emas petanque negara
Muhd Hafizuddin Mat Daud menamatkan kemarau 14 tahun negara dengan meraih pingat emas dalam acara petanque bagi kategori single lelaki di Padang hari ini.
Kejohanan terbuka petanque medan penilaian atlet kebangsaan
Kejohanan Petanque di Miri awal bulan depan akan menjadi medan Persatuan Petanque Malaysia (PPM) menilai prestasi atlet sedia ada untuk dipilih mewakili negara ke Sukan SEA Myanmar.