KUALA LUMPUR: Kontinjen Malaysia menyasarkan untuk berada dalam kelompok tiga teratas dari segi jumlah pungutan pingat pada Temasya Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam, bulan hadapan.
Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan SEA Hanoi Datuk Nur Azmi Ahmad berharap, para atlet yang menggalas tugas membawa cabaran di Vietnam, dapat berusaha dengan lebih keras bagi membantu mencapai sasaran tersebut.
"Kita sasarkan tiga tempat teratas...mereka perlu hargai apa yang kerajaan telah belanjakan dan ini masanya untuk mereka bagi balik pingat," katanya pada sidang media selepas meninjau persiapan atlet renang, terjun, gimnastik, gimrama, serta wushu di Bukit Jalil, semalam.
Dalam pada itu, Nur Azmi berkata jumlah sasaran awal 31 pingat emas yang dikemukakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Senator Datuk Seri Ti Lian Ker sebelum ini, mampu diraih atlet negara berdasarkan tinjauan serta lawatannya terhadap 16 persatuan sukan setakat ini.
"Hari pertama lawatan ada 12 pingat emas disasarkan, hari kedua pula 16 emas dan hari ini pula bagi saya 31 emas, sepatutnya tidak ada masalah, kita boleh kekalkan jumlah 31 emas ini dan jika dapat yang lain saya anggap bonus," tambahnya.
Dalam pada itu, beliau menegaskan kekurangan mahupun ketiadaan aksi kompetitif di peringkat antarabangsa sejak lebih dua tahun lepas akibat kekangan COVID-19, bukanlah satu alasan untuk kontinjen negara tidak berjaya dalam temasya dwitahunan itu nanti.
Katanya, bukan sahaja Malaysia, malah situasi sama turut melanda semua atlet dunia dan kesemuanya terserah kepada komitmen tinggi para atlet negara, untuk berjaya dalam acara disertai.
Kontinjen Malaysia sebelum ini menamatkan saingan di tempat kelima secara keseluruhan pada edisi 2019 di Filipina, dengan membawa pulang 56 emas, 57 perak dan 71 gangsa.
Pencapaian terbaik Malaysia adalah muncul juara keseluruhan pada Sukan SEA 2001 dan 2017 yang menyaksikan negara menjadi tuan rumah dalam kedua-dua edisi itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 11 2022
![Sukan SEA Hanoi: Malaysia sasar tiga terbaik - CDM Sukan SEA Hanoi: Malaysia sasar tiga terbaik - CDM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649719278_TBazmiahmad.jpg)
Nur Azmi (dua, kanan) memberikan kata-kata semangat kepada para atlet selepas meninjau persiapan Skuad Negara yang akan bertanding di Sukan SEA Hanoi, di Pusat Latihan Majlis Sukan Negara Bukit Jalil, 11 April 2022. --fotoBERNAMA
![Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721104956_JDVance.jpg)
Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya
Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan Senator Ohio JD Vance akan menjadi calon Naib Presidennya dalam pilihan raya 2024.
![iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721103714_iOS.jpg)
iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak
Pada iOS 18, iPadOS 18 dan macOS Sequoia, Apple memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan data yang hilang ini dikembalikan.
[TERKINI] Suspek kes pempengaruh Esha mengaku bersalah
Seorang pemandu lori berusia 43 tahun mengaku bersalah membuat kenyataan menyinggung perasaan terhadap mendiang empengaruh media sosial, A Rajeswary atau Esha di TikTok.
Projek HSR Jakarta-Bandung rekod 4 juta penumpang
Projek Kereta Api Laju (HSR) Jakarta-Bandung yang dikenali sebagai Whoosh membawa empat juta penumpang sejak ia beroperasi secara komersial pada 17 Oktober, tahun lalu.
Gaza perlukan 15 tahun bersih runtuhan akibat perang Israel
Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin (UNRWA) maklumkan Kerja-kerja pembersihan Semenanjung Gaza daripada runtuhan akibat serangan maut berterusan Israel akan mengambil masa kira-kira 15 tahun.
![LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719994976_TBAMIRHAMZAHjpg.jpg)
LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah
LHDN telah mengutip RM512.6 juta daripada keseluruhan taksiran cukai berjumlah RM1.29 billion sepanjang tempoh PKPS 2.0.
Positif COVID-19 tidak perlu kemaskini MySejahtera
Jika didapati positif Covid-19, para pesakit tidak lagi perlu untuk mengemaskini status kesihatan terkini di aplikasi Mysejahtera, kerana covid seharusnya dirawat sama seperti jangkitan saluran penafasan yang lain.
Kandungan video promosi Georgetown Festival diturunkan
Pasukan George Town Festival 2024 telah menurunkan semua siaran berkaitan video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' atas dakwaan menyinggung perasaan budaya Melayu di Pulau Pinang yang seperti dilupai.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
![KPM teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia KPM teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717914416_TBfadhlinasidek.jpg)
KPM teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia
KPM sentiasa terbuka dan mengalu-alukan pesara guru bahasa Inggeris dalam negara untuk terlibat dalam PdP bagi meningkatkan penguasaan bahasa tersebut.
Pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura, antara tumpuan
Penglibatan tenaga pengajar dari Singapura antara yang menjadi tumpuan di Dewan Rakyat pada Isnin.
![Sukan SEA: Cuaca panas, penyakit bawaan haba kebimbangan utama kontinjen Malaysia Sukan SEA: Cuaca panas, penyakit bawaan haba kebimbangan utama kontinjen Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683274922_TBJasmizaKhuzairiJa.jpg)
Sukan SEA: Cuaca panas, penyakit bawaan haba kebimbangan utama kontinjen Malaysia
Kesan utama penyakit bawaan haba seperti strok haba kekal menjadi kebimbangan utama pasukan perubatan kontinjen negara di Sukan SEA 2023 yang berlangsung dalam fenomena cuaca panas melampau, di sini.
![Sukan SEA Hanoi: Malaysia dijangka capai sasaran 36 emas pada hari ke-13 Sukan SEA Hanoi: Malaysia dijangka capai sasaran 36 emas pada hari ke-13](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652980343_SkuadbolasepakSu.jpg)
Sukan SEA Hanoi: Malaysia dijangka capai sasaran 36 emas pada hari ke-13
Tumpuan peminat sukan tanah air pada hari ke-13 pastinya terarah kepada pencapaian atlet negara dalam mencapai sasaran 36 pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-31.
![APG: Malaysia mungkin hantar kontinjen kecil APG: Malaysia mungkin hantar kontinjen kecil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61637580817_MegatDShahriman.jpg)
APG: Malaysia mungkin hantar kontinjen kecil
Berdepan kekangan seperti bajet, kesuntukan masa untuk mempersiapkan kontinjen serta kebimbangan mengenai keselamatan atlet susulan varian Omicron.
![Paralimpik Tokyo: Sasaran tiga pingat emas kekal relevan Paralimpik Tokyo: Sasaran tiga pingat emas kekal relevan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/41581120435_DATUKSERIMEGAT.jpg)
Paralimpik Tokyo: Sasaran tiga pingat emas kekal relevan
Presiden MPM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, tiada campur tangan politik dalam sukan dan amalan itu perlu diteruskan.
![Tokyo 2020: Rangkuman pencapaian kontinjen Malaysia, pingat pertama badminton lonjak semangat atlet Tokyo 2020: Rangkuman pencapaian kontinjen Malaysia, pingat pertama badminton lonjak semangat atlet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51627750823_TBAaronChia.jpg)
Tokyo 2020: Rangkuman pencapaian kontinjen Malaysia, pingat pertama badminton lonjak semangat atlet
Kontinjen Malaysia menarik nafas lega apabila beregu badminton lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyumbangkan pingat pertama di Tokyo.
![Malaysia hantar kontinjen keempat terbesar Sukan Para ASEAN 2020 Malaysia hantar kontinjen keempat terbesar Sukan Para ASEAN 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/71576583812_aseanparagames.jpg)
Malaysia hantar kontinjen keempat terbesar Sukan Para ASEAN 2020
Thailand menghantar kontinjen terbesar dengan 317 atlet diikuti juara bertahan, Indonesia (306) manakala tuan rumah, Filipina menyenaraikan 274 atlet.
![Kegagalan capai 70 emas Sukan SEA 2019 harus diterima semua pihak - Ketua Kontinjen Kegagalan capai 70 emas Sukan SEA 2019 harus diterima semua pihak - Ketua Kontinjen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/61439425197_MEGATZULKARNAINOMA.jpg)
Kegagalan capai 70 emas Sukan SEA 2019 harus diterima semua pihak - Ketua Kontinjen
Pengurusan kontinjen negara akan membuat bedah siasat bagi mencari punca atlet negara gagal mencapai misi.
![Program Podium bagus, cuma perlu ditambah baik - Tunku Imran Program Podium bagus, cuma perlu ditambah baik - Tunku Imran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/61522935002_SUKANKOMENWEL.jpg)
Program Podium bagus, cuma perlu ditambah baik - Tunku Imran
Program Podium merupakan satu program yang bagus dan perlu dikekalkan dengan penambahbaikan, kata Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar.
![Sukan SEA: Senarai pemenang pingat emas Malaysia Sukan SEA: Senarai pemenang pingat emas Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://www.stadiumastro.com/DesktopModules/PackFlashPublish/Resources/handlers/imageResizeAndCrop.ashx?height=288&width=512&portalID=0&image=~/Portals/0/Sukan Sea 2015/10615Hakimi.jpg)
Sukan SEA: Senarai pemenang pingat emas Malaysia
Berikut pemenang pingat emas dalam kalangan atlet Malaysia pada Sukan SEA ke-28.