BIRMINGHAM: Atlet angkat berat wanita negara, Marceeta Marlyne Marcus, yang membuat penampilan kedua pada temasya Sukan Komanwel, sekadar menduduki tempat kesembilan pada edisi Birmingham 2022 di Pusat Pameran Nasional (NEC), di sini, pada Ahad.
Atlet berusia 24 tahun dari Tambunan, Sabah, itu hanya melakukan angkatan bebanan keseluruhan 175 kilogram (kg) selepas merekodkan angkatan snatch 73kg dan 102kg bagi clean jerk dalam kategori 59kg.
Pingat emas dimenangi atlet Nigeria, Rafiatu Folashade Lawal yang melakukan angkatan keseluruhan 206kg, yang merupakan rekod baharu temasya, manakala perak dan gangsa milik peserta tuan rumah Jessica Gordon-Brown (197kg) dan Tali Darsigny (196kg) dari Kanada.
Ketika penampilan sulung pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia, Marceeta menduduki tempat ke-11.
Marceeta berkata beliau agak kecewa dengan pencapaian tersebut kerana sasaran peribadinya adalah untuk memperbaiki angkatan yang dilakukan ketika Sukan SEA di Hanoi, Vietnam pada Mei lepas.
“Tidak ok (pencapaian hari ini)...saya baru sembuh daripada demam sejak tiba di sini pada Ahad lepas (24 Julai). Saya kecewa kerana mahu melakukan angkatan 80kg untuk snatch dan 110kg bagi clean jerk,” katanya.
Pada temasya di Hanoi, Marceeta merekodkan angkatan 73kg bagi snatch dan 105kg untuk clean jerk, sekali gus menduduki tempat kelima.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 31 2022

Marceeta beraksi dalam acara angkat berat 'clean & jerk' semasa Sukan Komanwel Birmingham 2022 di National Exhibition Centre, Birmingham, 31 Julai 2022. --fotoBERNAMA

Peta haba tunjukkan musim panas Australia semakin panas, berisiko
Musim panas di Australia semakin panas dan lebih berbahaya, dengan lebih banyak pinggir bandar di bandar yang berisiko akibat panas melampau.

PM Anwar seru umat Islam perkukuh ibadah dan takwa di bulan Ramadan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.

Dua lelaki melecur dalam kebakaran bengkel di Klang
Dua lelaki melecur dalam kebakaran membabitkan sebuah bengkel kenderaan di Jalan Sungai Puloh 5, Kawasan Perindustrian Sungai Puloh di Kapar, Klang hari ini.
AWANI Borneo [1/3/2025] – Kebakaran | Sambut ramadan di PPS | Majlis berbuka puasa MADANI
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- 80 rumah setinggan di Likas musnah dalam kebakaran
- Mangsa banjir di Telupid dan Paitan sambut Ramadan di PPS
- Majlis Berbuka Puasa MADANI, PM rancang berbuka puasa bersama rakyat
- 80 rumah setinggan di Likas musnah dalam kebakaran
- Mangsa banjir di Telupid dan Paitan sambut Ramadan di PPS
- Majlis Berbuka Puasa MADANI, PM rancang berbuka puasa bersama rakyat

Tiada peruntukan jelas dakwa aktiviti campur beras - KPKM
Tiada peruntukan undang-undang yang jelas bagi mendakwa aktiviti mencampur beras putih import (BPI) dan beras putih tempatan (BPT).

KKM perluas aktiviti pemantauan jualan makanan di hotel sepanjang Ramadan
Ia bagi memastikan semua pihak terlibat mematuhi piawaian kebersihan dan keselamatan ditetapkan sepanjang bulan Ramadan ini.
250 acara disenarai dalam Kalendar Pelancongan Sarawak 2025
Sarawak menyenaraikan sekurang-kurangnya 250 acara di dalam kalendar pelancongannya bagi tahun 2025 demi mencapai sasaran ketibaan lima juta pengunjung pada tahun ini.
Rina Jainal serah kepada pimpinan GRS tentukan calon di DUN Kukusan
ADUN Kukusan, Datuk Rina Jainal menyerahkan kepada pucuk pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk memilih calon bertanding di kawasan itu pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke17 (PRN17).
Ketua masyarakat diseru kuasai teknologi AII
Ketua masyarakat di kawasan Petra Jaya akan dilengkapkan dengan ilmu kecerdasan buatan (AI) dalam memastikan mereka kekal relevan dan tidak ketinggalan dari sudut teknologi.

Rancangan tender semula helikopter Black Hawk sedang dilaksanakan
Rancangan untuk membuat tender semula bagi helikopter Black Hawk untuk kegunaan Pasukan Udara Tentera Darat di masa hadapan sedang dilaksanakan.

Sukan Komanwel: Marceeta sekadar di tempat kesembilan
Atlet berusia 24 tahun dari Tambunan, Sabah, itu hanya melakukan angkatan bebanan keseluruhan 175kg.