Beberapa pemain bola sepak tanah air berada dalam radar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki.
"Saya akui ada nama tertentu dan sekiranya kami dapat keterangan (bukti), kami akan ambil tindakan. Ini amaran kepada kamu semua (pemain) lebih baik berhenti. Terdapat sesetengah orang (pemain) mungkin SPRM tidak boleh kesan, tetapi sekali kita tahu, kita akan menyiasat dan implikasinya selepas itu ialah kamu boleh dilarang (bermain) seumur hidup. Ia tidak berbaloi kepada pemain atau persatuan mereka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah Bersama SPRM oleh Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), di sini hari ini.
Pada majlis itu seramai 380 orang pemain bola sepak dan pegawai di bawah PAFA berikrar untuk bebas daripada rasuah.
Mengulas lanjut, Azam berkata berdasarkan risikan, satu sebab gejala rasuah berlaku dalam arena bola sepak adalah kerana mendapat desakan daripada 'bookie'.
"Bookie ini akan cuba mendekati dengan pelbagai cara. Oleh sebab itu pemain harus menjauhkan diripada dari aktiviti yang tidak berkaitan," katanya sambil meminta pegawai atau pemain yang didekati oleh bookie supaya melaporkan kepada SPRM.
Dalam pada itu, beliau memuji ketulusan PAFA membuat ikrar dan memberikan kerjasama dengan membenarkan persatuan dipantau oleh SPRM sekali gus meningkatkan kecemerlangan dan integriti pemain serta pasukan. Sementara itu, Presiden PAFA Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata perkara itu dilakukan bukan untuk menakutkan mana-mana pihak sebaliknya menyatakan pendirian bahawa PAFA bebas daripada amalan rasuah.
"Kita mahu pastikan kita ini bersih daripada amalan-amalan itu supaya pemain dan pegawai dapat menunjukkan integriti tinggi sebab penonton mengharapkan permainan yang bersih.
"Berdasarkan pengalaman sebelum ini bila terdapat isu integriti menyebabkan penyokong tak berminat nak datang ke stadium, jadi itu yang kita nak hapuskan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2017

Beberapa pemain bola sepak tanah air berada dalam radar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Perak harap kemelut PAFA selesai tahun ini - Exco
Ia bagi membolehkan program pembangunan pemain, kejurulatihan dan kepengadilan dapat yang tertangguh, dapat diteruskan.

Presiden Perak tolak terajui PSM
Baginya, lebih baik dia meneruskan agenda sepak takraw di negeri itu yang mula bangkit sejak kebelakangan ini hingga menjuarai STL 2020.

Sukma 2018: Khidmat Abdul Puhat masih diperlukan - MB Perak
Menyedari perkara itu, Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkata, khidmat Abdul Puhat akan diteruskan sebagai perunding untuk SUKMA edisi ke-19 yang akan bermula pada September.

Husni pertahan Tambun, Zambry ke Lumut dan Pangkor
Bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dicalonkan Barisan Nasional (BN) untuk kekal mempertahankan kerusi Parlimen Tambun.

Abdul Puhat sah bertanding Parlimen Parit Buntar?
Menurut beliau Parlimen Parit Buntar yang menggunakan kod P57 seolah-olah ditakdirkan untuk dirinya berikutan mengandungi angka 7 yang kebetulan sinonim dalam perjalanan hidupnya.

Bukti terkini Pas terima duit BN?
Cek itu difahamkan disalurkan kepada seorang individu yang merupakan seorang pengerusi sebuah Pasti milik Pas di sini bagi tujuan pembangunan sekolah itu.

Perak umum dua import baru
Menurut Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, pemilihan itu dibuat berdasarkan pemerhatian dan penelitian ke atas apa yang terbaik untuk pasukan Perak.

Isu venue: Perak bersiap sedia apa jua kemungkinan
Isu timbul bila FMLLP menyifatkan stadium itu masih kabur daripada segi aspek keselamatan, terutama apabila membabitkan perlawanan berprofil tinggi.

Ketua pasukan, Shahrom antara 9 pemain Perak digugur
Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) membuat kejutan apabila tidak memperbaharui kontrak sembilan pemain musim lalu.

Dua pemain import sedang dikenal pasti perkuatkan Perak
Langkah itu perlu dilakukan berikutan pemain import sedia ada, Yashir Pinto masih mengalami kecederaan manakala Thiago Junior Aquino ada menyuarakan hasrat untuk bersara.