GENTING HIGHLANDS: Pelumba Movistar Team Ivan Ramiro Sosa Cuervo muncul juara peringkat ketiga Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 laluan Putrajaya ke Genting Highlands semalam.
Pada perlumbaan turut dikenali sebagai 'queen stage' meliputi jarak 124.2 kilometer (km) itu, pelumba Colombia berkenaan melepasi garisan penamat dengan catatan masa 3 jam 25 minit 31 saat.
Pelumba EF Education-Easypost, Hugh John Carthy memenangi tempat kedua (3:25.50 saat) sementara Einer Augusto Rubio Reyes mewakili pasukan Movistar Team tempat ketiga (3:27.27 saat).
"Gembira dengan kemenangan ini, kerja berpasukan yang hebat, ini adalah kemenangan yang saya impikan kerana saya melalui musim yang rumit, maka penting bagi saya untuk menamatkan musim ini dengan baik.
"Kami sangat prihatin dan berganding baik dengan Hugh Carthy dan sebelum 1km menuju garisan penamat, saya sedar saya perlu bergerak solo dan begitulah cara saya berjaya menang, " katanya selepas tamat perlumbaan.
Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan Sosa berjaya merampas Jersi Kuning selaku pendahulu keseluruhan.
Sementara itu, pelumba Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff kekal menyarung Jersi Merah (Raja Bukit) mengumpul 29 mata selepas menakluk dua zon pendakian di Tekali dan Look Out Point Ampang.
Jersi Hijau (Raja Pecut) disarung pelumba Astana Qazaqstan Team, Gleb Syritsa sementara Jersi Putih selaku pelumba terbaik Asia menjadi milik rakan sepasukannya Andrey Zeits.
Peringkat keempat hari ini membabitkan jarak sejauh 137.9km dari Sabak Bernam ke Meru Jaya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 13 2022

Sosa (tengah) bergambar selepas memenangi tempat pertama sempena perlumbaan LTdL Malaysia 2022 peringkat ketiga, 13 Okt 2022. Tempat kedua dimenangi Hugh Carthy (dua, kiri) dan tempat ketiga Rubio Reyes (dua, kanan). --fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

Gelaran juara LTdL 2022 milik Sosa
Pelumba Colombia Ivan Ramiro Sosa Cuervo dinobatkan pemenang Jersi Kuning selaku pelumba terbaik keseluruhan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022.

Sosa tawan 'queen stage' LTdL 2022
Pelumba Colombia berkenaan melepasi garisan penamat dengan catatan masa 3 jam 25 minit 31 saat.