PERSEMBAHAN cemerlang skuad negara dalam Sukan Para ASEAN kelapan yang kini berlangsung di Singapura telah mendapat perhatian para peminat sukan tempatan, khususnya di media sosial.

Penyertaan para atlit tempatan dalam sukan yang bermula pada 3 Disember itu disokong oleh warga media sosial, terutamanya di Twitter, dengan menggunakan hashtag #KamiLuarBiasa.

Hashtag yang mula dipopularkan oleh Tune Talk melalui kempen Malaysian Invasion Spirit In Motion (MISIM) itu telah mendapat sambutan warga Twitter sejak hari pertama Sukan Para ASEAN berlangsung.



Kesungguhan atlit negara bukan sahaja menarik perhatian para peminat sukan malah bekas bintang bola sepak England dan Manchester United turut mengambil kesempatan untuk merakam foto bersama-sama mereka.


Sokongan terhadap skuad negara berterusan selepas pemulaan memberangsangkan dalam setiap kategori sukan yang disertai, terutama sekali olahraga yang setakat ini telah menyumbang lebih dari separuh kutipan pingat emas negara.



Kemeriahan hashtag #KamiLuarBiasa bukan sahaja disertai oleh masyarakat umum, malah ditwit semula oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan digunakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan.


Sukan Para ASEAN kelapan berlangsung di Singapura dari 3 hingga 9 Disember.