SURABAYA: Hasrat skuad badminton wanita negara mempertahankan kejuaraan di Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 tidak kesampaian apabila tumbang kepada Thailand 0-3 pada aksi final acara berpasukan di Malang di sini hari ini.
Pada aksi yang berlangsung di Pusat Konvensyen Graha Cakrawala, Universitas Malang itu menyaksikan Yi Xing Un yang turun pada perlawanan pertama gagal meraih mata selepas ditewaskan Pornpicha Choeikeewong 9-21, 13-21.
Malaysia terus kecewa pada aksi kedua apabila beregu wanita negara Xin Jie Lee-Valeree Zi Xuan Siow diketepikan Pichamon Phatcharaphisutsin-Atitaya Povanon 19-21, 24-22, 18-21, sebelum N. Saranya yang menjadi sandaran terakhir untuk menyumbang mata buat Malaysia tunduk kepada Thitiphon Klomyong 6-21, 13-21.
Keputusan itu menyaksikan pasukan wanita negara akur dengan pingat perak sekali gus gagal mengulangi kejayaan membawa pulang pingat emas pada temasya AUG 2022 di Ubon Ratchathani, Thailand.
Ketua Jurulatih skuad negara Datuk Rashid Sidek berkata meskipun terlepas peluang mempertahankan emas, anak buah kendaliannya itu sudah menepati sasaran untuk ke final pada temasya sukan itu.
"Memang agak sukar untuk menang pingat emas kerana kita tahu pasukan Thailand ada kekuatan yang lebih daripada kita, pengalaman dan standard mereka juga lebih tinggi. Kita hanya boleh dapat mata daripada beregu wanita, manakala untuk perseorangan wanita memang agak jauh beza.
"Beregu kita boleh mendapat mata sebelum ini tetapi hari ini kita nampak Thailand menunjukkan permainan yang lebih mantap dan kurang melakukan kesilapan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sementara itu, skuad futsal lelaki negara mengejutkan juara bertahan Thailand untuk menempah slot ke final di Gelora Olahraga Rakyat (GOR) Futsal Universitas Negeri Surabaya (UNESA).
Ia selepas skuad negara memperoleh kemenangan 5-4 pada penentuan sepakan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat seri 4-4 pada masa sebenar.
Pemain negara Zulkifli Abu Hassan Zali mencipta jaringan awal pada pada minit keenam dan 16, diikuti oleh Muhammad Arif Roslan (ke-31) dan Muhammad Syarifuddin Md Akhir (ke-34).
Jaringan penentuan melalui sepakan penalti pula disempurnakan Muhammad Aidil Izwan Mazlan, Muhammad Bukhari Samsudin, Muhammad Syarifuddin, Zulkifli dan Muhammad Haritu Azami.
Skuad kendalian Addy Shairullyzam dijadual bertemu sama ada Timor Leste atau tuan rumah Indonesia yang bakal membuat perhitungan dalam satu lagi perlawanan separuh akhir petang ini
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 29 2024

Aksi Xin Jie Lee-Valeree Zi Xuan Siow. - Sinar Harian

Paus Francis disahkan menghidap pneumonia - Vatican
Pemimpin tertinggi Gereja Katolik Sedunia itu alami pneumonia dia kedua-dua paru-parunya dan keadaannya kekal "kompleks." kata pentadbiran Vatican.

Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.

Aktivis teater Zakaria Ariffin meninggal dunia
Allahyarham Zakaria yang berusia 73 tahun meninggal dunia akibat stroke di Hospital Slim River, Perak, sekitar pukul 2.30 pagi tadi.
Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, menangguhkan lawatannya ke Arab Saudi bagi mengelakkan sebarang legitimasi terhadap mesyuarat antara pegawai Amerika Syarikat dan Rusia di Riyadh pada Selasa.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.

Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden
Protes besar-besaran itu dibuat ketika cuti umum Hari Presiden yang disambut pada hari Isnin ketiga dalam bulan Februari setiap tahun.
PGA tumpaskan sindiket dadah, temui 393 pil yaba di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah dalam op taring wawasan Kelantan selepas menyerbu sebuah rumah di Pulau Belanga, Kota Bharu pada Isnin.
Wanita warga Belanda cedera ketika mendaki gunung jasar
Penolong pengarah operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa dalam kenyataan pada Selasa berkata, mangsa berusia 51 tahun yang mendaki secara berkumpulan itu mengalami kecederaan pada bahagian lutut.
Mayat kedua remaja lemas di Sungai Perak ditemui
Mayat seorang lagi pelajar sekolah yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai perak dekat Kampung Tepus, Tanjung Belanja di parit pada Isnin ditemui pada Selasa.

Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi untuk elak beri ‘legitimasi’ kepada Mesyuarat AS-Rusia
Ukraine enggan orang lain buat keputusan di belakang mereka, tiada keputusan boleh dibuat tanpa Ukraine mengenai bagaimana untuk menamatkan perang di Ukraine.
Israel berdegil enggan undur tentera dari selatan Lubnan
Tentera Israel masih mengekalkan pasukannya di lima pos tentera di selatan Lubnan, walaupun melepasi tarikh akhir pengunduran yang ditetapkan dalam perjanjian gencatan senjata pada Selasa.

Skuad badminton wanita gagal pertahan pingat emas di AUG
Hasrat skuad badminton wanita negara mempertahankan kejuaraan di Sukan Universiti ASEAN 2024 tidak kesampaian apabila tumbang kepada Thailand.

Perjuangan skuad wanita terhenti di suku akhir BATC 2024
Hasrat skuad wanita negara untuk melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 tidak kesampaian.