Pemain berusia 28 tahun itu telah beraksi sebanyak 133 perlawanan bersama Tampines Rovers dan telah menjaringkan 14 gol serta membuat 21 bantuan jaringan dalam liga divisyen utama negara itu.
Kehadirannya pasti akan menjadi tonggak penting yang diperlukan Tsutomu Ogura dalam memperkuatkan pasukan dengan kelincahannya di bahagian sayap.
Dia memulakan karier di Singapura bersama Albirex Nagata pada 2019 dan pada tahun yang sama dia merangkul Anugerah Pemain Muda Terbaik dan menerima anugerah Gol Terbaik di Liga Singapura.
Nakamura berada dalam skuad Jepun ketika dalam saingan Piala Dunia B-17 pada 2023.
"Kami sasarkan untuk mencapai pencapaian baharu, mempunyai pemain kompetitif seperti Kyoga amat penting untuk pasukan kebangsaan. Dinamikanya daripada bahagian tengah menjadikan dia aset untuk Singapura." kata jurulatih Singapura, Tsutomu Ogura. -- Stadium Astro