Juara tiga kali, Singapura mencerahkan peluang mereka untuk muncul juara Piala AFF buat kali keempat selepas mencatatkan kemenangan selesa 3-1 ke atas Thailand pada perlawanan akhir pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura, Rabu malam.
Skuad ‘The Lions’ yang muncul juara pada 1998, 2004 dan 2007 jelas menguasai sebahagian besar permainan pada separuh masa pertama dengan mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol.
Hasilnya, mereka berada di hadapan seawal minit ke-10 menerusi jaringan penalti yang disempurnakan oleh pemain naturalisasi mereka, Mustafic Fahrudin.
Pengadil perlawanan, Toma Masaaki dari Jepun memberikan sepakan penalti kepada Singapura selepas penyerang mereka, Aleksandar Duric dijatuhkan oleh pemain lawan dalam kotak penalti.
Bersambung separuh masa kedua, skuad ‘Changsuk’ (Gajah Perang) yang dibimbing oleh jurulatih dari Jerman, Winfried Schafer mengubah strategi permainan dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu Singapura, namun gagal menembusi kekebalan banteng pertahanan skuad ‘The Lions’ yang diterajui pemain tinggi lampai seperti Baihakki Khaizan dan Daniel Mark Bennett.
Serangan bertali arus Thailand akhirnya membuahkan hasil apabila pemain tengah Adul Lahsoh menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-59 selepas beliau menyambar hantaran sebelah kanan daripada penyerang Teerasil Dangda.
Dua minit kemudian, penyerang Singapura, Mohamad Khairul Amri Mohd Kamal kembali memberikan pendahuluan kepada pasukan ‘The Lions’ selepas beliau dimanfaatkan hantaran daripada Duric.
Pemain tengah Thailand, Jakkapan Pornsai hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-63 namun sepakan percuma beliau berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol Singapura, Mohamad Izwan Mahbud.
Pemain pertahanan skuad ‘The Lions’, Baihakki Khaizan memastikan mereka membawa bekalan selesa untuk aksi timbal balik pada Sabtu ini di Stadium Supachalasai, Bangkok menerusi gol ketiga pada minit-minit terakhir permainan selepas beliau memanfaatkan kekalutan yang berlaku di hadapan gol pasukan pelawat.
Bernama
Wed Dec 19 2012
Perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki
AWANI Ringkas: Pendatang asing tanpa izin | Kekecohan di Wisma Transit
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Ahad – 06 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Polis siasat dakwaan buli di sekolah berasrama penuh di KL
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kejadian buli membabitkan anak seorang penyanyi dan beberapa individu lain di sebuah sekolah berasrama penuh di ibu negara.
Peruntukan tebatan banjir Sungai Damansara diluluskan, kurangkan risiko di Sungai Buloh
Peruntukan berjumlah RM481 juta bagi Projek Tebatan Banjir Sungai Damansara telah diluluskan sebagai usaha mengurangkan risiko banjir di kawasan Parlimen Sungai Buloh.
AWANI 7:45 [05/10/2024] – Tunggu perkenan Majlis Raja-Raja | Inflasi dan gaji jadi tumpuan | Kes terpencil | Zionis terus angkuh
- Tiga negeri fatwakan GISB sesat, siasatan libat 10 peruntukan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
Pekebun boleh kemuka tuntutan akibat serangan haiwan liar
Pekebun yang mengalami kerugian hasil tanaman akibat ancaman haiwan liar boleh mengemukakan tuntutan pampasan terhadap kerosakan yang berlaku.
AWANI Ringkas: GISB Holdings | Kes tembakan di Song | PR1MA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki rugi RM224,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga tempatan berputih mata apabila kerugian RM224,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi WhastApp.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 Oktober 2024
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
Serangan gajah: Perhilitan terus pantau Kampung Basung
Perhilitan Terengganu akan meneruskan pemantauan di Kampung Basung di Kuala Berang bagi mengesan gajah liar yang menyebabkan kematian warga emas hari ini.
Piala AFF: Ujian getir Harimau Malaya di Bangkok
Bukan mudah untuk menahan asakan skuad Gajah Perang terutama apabila beraksi di gelanggang lawan di Stadium Thammasat nanti.
Harimau Malaya vs Gajah Perang: Menang semangat atau menang perlawanan?
Ribuan penyokong Malaysia dan Thailand hari ini membanjiri stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan keempat kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.
Harimau Malaya mampu cipta kejutan berdepan Thailand
Biarpun hanya dua kemenangan berjaya dicatat dalam 10 pertemuan sebelum ini skuad Harimau Malaya tetap memiliki kemampuan mencipta kejutan apabila berdepan Thailand pada aksi separuh akhir AFF Suzuki.
Najib bangga dengan skuad Harimau Malaya
Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa bangga beliau dengan persembahan hebat yang dipamer skuad Harimau Malaya pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Singapura kalahkan Thailand 3-1 pada aksi final pertama
Juara tiga kali, Singapura mencerahkan peluang mereka untuk muncul juara Piala AFF buat kali keempat selepas mencatatkan kemenangan selesa 3-1 ke atas Thailand.