Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yakin mampu mencari penaja baharu untuk SIC Racing Team sebelum bermulanya perlumbaan MotoGP, musim depan.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali menjelaskan keputusan Petronas menarik diri sebagai penaja utama pasukan berkenaan baru-baru ini, tidak akan menjejaskan perancangan mereka untuk menghadapi musim baharu tersebut.
Beliau memaklumkan pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa penaja swasta yang berminat menaja pasukan berkenaan dan rundingan dijangka dimuktamadkan sebelum pelancaran pasukan itu pada 20 Februari depan.
"Kita masih ada lagi masa untuk mendapatkan penaja baharu kerana sesi ujian pra-musim hanya akan diadakan pada penghujung Januari depan sebelum kita melancarkan pasukan Moto3 pada 14 Februari dan pasukan Moto2 pada 20 Februari depan.
“Saya tidak boleh mendedahkan maklumat lanjut kerana kita masih mengadakan perbincangan dengan pihak penaja, namun kita yakin pasukan akan bersedia sepenuhnya bagi menghadapi musim baharu,” katanya.
Razlan berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pengumuman tiga pelumba Malaysia untuk saingan perlumbaan lasak Le Mans Asia di sini, hari ini.
BACA: Henti taja Hafizh, Petronas tumpu pembangunan pelumba pelapis
Petronas masih mengekalkan tajaan dalam kategori Moto3, yang menampilkan pelumba negara Adam Norrodin dan pelumba Jepun Ayumu Sasaki yang akan bersaing bersama pasukan yang dikenali sebagai Petronas Sprinta Racing pada musim 2018 walaupun tidak menaja pasukan SIC Racing Team.
Pada Oktober lepas, Petronas dan SIC menjalin kerjasama strategik untuk membentuk pasukan Petronas Sprinta Racing, sebuah pasukan baharu yang dibentuk untuk beraksi dalam kelas Moto2 dan Moto3 pada perlumbaan MotoGP musim depan.
Kerjasama itu juga merupakan tanda komitmen jangka panjang dalam membangunkan bakat baharu kerana ia menyediakan platform untuk pelumba motosikal bersaing pada kejohanan antarabangsa daripada kejohanan tempatan menerusi SIC, yang mempunyai sumber dan pengalaman dalam menguruskan pasukan.
Kerjasama itu akan melengkapi usaha Program Pembangunan Bakat Petronas dan Program Pembangunan Bakat SIC (SICTD) untuk membimbing bakat di masa depan daripada kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing dan Asia Talent Cup untuk membina kerjaya dalam kejohanan Moto2 dan Moto3.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 21 2017
![SIC yakin dapat penaja baharu sebelum saingan MotoGP 2018 SIC yakin dapat penaja baharu sebelum saingan MotoGP 2018](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/41513868175_Datukrazlan.jpg)
RAZLAN: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yakin mampu mencari penaja baharu untuk SIC Racing Team sebelum perlumbaan MotoGP 2018. - Foto BERNAMA
Jenayah: Polis sahkan suspek teman lelaki Nur Farah Kartini
Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
[TERKINI] Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Tidak ada maklumat lanjut berkaitan sidang media berkenaan walaupun desas desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Bukan masa sesuai untuk perkenalkan semula GST - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bukan masa sesuai untuk perkenal semula GST. Katanya, kerajaan hanya akan perkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721100842_iOSPublicBeta.jpg)
Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta
Walaupun iOS 18 Public Beta sedia dimuat turun, ia masih lagi dalam peringkat pembangunan dan ujian.
Saya 'pelik' soalan YB Hulu Terengganu - Timbalan Menteri KPDN
Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh pelik dengan soalan YB Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang mengaitkan harga barang naik dan subsidi diesel antara faktor kekalahan PH di Sungai Bakap.
#SisiTVParlimen #AWANInews
#SisiTVParlimen #AWANInews
PKPS 2.0: LHDN kutip RM512.6 juta - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata LHDN sudah mengutip RM512.6 juta melalui Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 yang bermula 6 Jun 2023 hingga 31 Mei lalu.
#SisiTVParlimen #AWANInews
#SisiTVParlimen #AWANInews
![Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan
Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.20 mata kepada 1,630.02 daripada 1,629.82 ketika ditutup pada Isnin.
![Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16 Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437207555_PolisLogo.jpg)
Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16
Polis Daerah Putrajaya menerima panggilan MERS 999 memaklumkan mengenai kejadian kanak-kanak jatuh bangunan sekitar pukul 7.50 pagi tadi.
AWANI Pagi: Hidup bersama COVID-19
Jom ketahui semua info penting tentang “Hidup Bersama COVID-19”! Langkah, pengurusan kes, vaksin, dan banyak lagi bersama Dr Aznida Mohamad Zaki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Awani Pagi Selasa, 8.30 pagi.
![Adam Norrodin kecewa gagal tamatkan perlumbaan Adam Norrodin kecewa gagal tamatkan perlumbaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/71572815590_AdamNorrodin.jpg)
Adam Norrodin kecewa gagal tamatkan perlumbaan
Adam hanya sempat melengkapkan lima daripada 18 pusingan di Litar Sepang, terjatuh di selekoh keempat.
![Adam Norrodin tarik diri daripada GP Aragon Adam Norrodin tarik diri daripada GP Aragon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/61569079751_Adam.jpg)
Adam Norrodin tarik diri daripada GP Aragon
Pelumba berumur 21 tahun yang menggantikan Khairul Idham Pawi itu mengalami kecederaan di bahu kiri selepas terbabit dalam kemalangan.
![Adam lebih tenang hadapi GP Malaysia hujung minggu ini Adam lebih tenang hadapi GP Malaysia hujung minggu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/51521385476_AdamNorrodin.jpg)
Adam lebih tenang hadapi GP Malaysia hujung minggu ini
Pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin mengakui lebih tenang untuk mengharungi perlumbaan MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia 2018 di Litar Antarabangsa Sepang, hujung minggu ini.