KUALA LUMPUR: Pihak Litar Antarbangsa Sepang (SIC) tidak berhasrat untuk menghukum komuniti perlumbaan drag secara keseluruhan susulan insiden kekecohan dan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika berlangsung acara ‘MUSC SIC Sepang Drag Cars Test Tune 2021’ baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif berkata komuniti perlumbaan drag adalah sebahagian daripada keluarga sukan permotoran, yang perlu dididik mengenai pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak daripada melakukan kesalahan yang sama di masa hadapan.
"Jadi kita sedang bekerjasama dengan penganjur bagi meningkatkan kesedaran komuniti perlumbaan drag, apa yang perlu dilakukan pada dasarnya adalah membanyakkan sesi libat urus dengan mereka, supaya mereka faham mengenai penguatkuasaan semua SOP yang dikenakan bagi menjaga keselamatan semua.
"SOP itu sama seperti umpamanya kita ke masjid, atau pusat beli belah, tidak banyak beza, perlu memakai pelitup muka, jaga penjarakan sosial dan sebagainya. Saya yakin komuniti drag akan menerima perkara ini sebagai satu penambahbaikan yang sedang kita rancang untuk dilaksanakan di masa hadapan," katanya kepada Bernama.
Dalam kejadian 9 April lepas, kegagalan MUSC Motorsports memastikan peserta kejohanan mematuhi SOP menimbulkan kekecohan sehingga pihak penganjur terpaksa menghentikan perlumbaan beberapa kali, sebelum polis dipanggil untuk mengawal keadaan, dan penganjur kemudiannya dikenakan kompaun RM20,000.
Minggu lepas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengarahkan SIC menangguhkan sebarang kejohanan drag buat sementara waktu, susulan insiden itu.
Bagi mengelak insiden sama berulang, Azhan berkata SIC sebagai penyedia venue akan bekerjasama rapat dengan penganjur acara di masa hadapan bagi memastikan semua SOP dipatuhi sepanjang masa bagi mengekang penularan COVID-19.
"Kita tidak mahu perkara sebegini menjejaskan acara-acara sukan permotoran yang lain, jadi pengajaran di sini adalah pihak penguatkuasaan perlu bersiap sedia bagi mengelak keadaan sedemikian berulang," katanya dan menambah kawasan SIC cukup lapang, untuk kemudahan jumlah kehadiran pengunjung yang tinggi sekiranya semua pihak mematuhi SOP.
Sementara itu Azhan berkata selepas perolehan hasil yang terjejas akibat kemunculan pandemik pada tahun 2020, SIC menjangka sinar penyelesaian sudah dapat dilihat pada tahun ini, apabila litar telah ditempah hampir setiap minggu sehingga hujung tahun, namun beliau berharap pandemik tidak akan merosakkan semua rancangan.
Sekurang-kurangnya tiga pusingan lagi kejohanan Malaysian Cub Prix, kejohanan Asia Road Racing Championship (ARRC) dijadualkan pada bulan Jun, di samping acara bukan sukan permotoran seperti berbasikal dan larian dirancang di litar itu, bergantung kepada kelulusan.
Menariknya juga, litar itu turut dibuka untuk pelbagai sesi bukan perlumbaan seperti rakaman pra-perkahwinan atau majlis perkahwinan, mahupun lain-lain acara yang dirasakan sesuai.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 22 2021

Azhan Shafriman Hanif ketika ditemu bual Bernama di SIC, 22 April, 2021. --fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

GP Malaysia: SIC sahkan pelumba negara beraksi tiket 'wildcard'
Beliau berkata butiran mengenai jumlah pelumba dan kelas bakal disertai akan diumumkan dalam masa terdekat oleh pihak penaja korporat.

SIC dapat lampu hijau sambung kontrak anjur MotoGP Malaysia
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah mendapat 'lampu hijau' daripada kerajaan untuk melanjutkan kontrak penganjuran Perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2024 sehingga tahun 2026.

SIC dijenamakan semula sebagai Litar Antarabangsa Petronas Sepang
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kini dikenali sebagai Litar Antarabangsa Petronas Sepang selepas pemeteraian perjanjian hak penamaan selama tiga tahun.

SIC perkenal tiket Rahmah RM49.90 saksikan GP Malaysia 2023
Sebanyak 7,000 tiket di K2 Hillstand mula dijual semalam kepada semua rakyat Malaysia secara dalam talian dan kaunter jualan tiket.

Malaysia bakal terima kedatangan 11,000 peminat Indonesia ke Grand Prix 2023
SIC komited untuk memberikan kualiti tertinggi untuk perlumbaan dan akan memastikan penonton akan menyaksikan aksi hebat di trek.

SIC mahu lari dari stigma tempat elit
SIC mahu tukar persepsi dengan buka lebih lagi banyak ruang untuk acara lain, tidak hanya terhad pada Formula 1 semata-mata.

Permukaan litar SIC bakal diturap bermula Mac
Penurapan litar tersebut hanya membabitkan sepanjang 5.54 kilometer (km) dan hanya melibatkan kira-kira satu km di Selekoh 7, 8 dan 9.

GP Malaysia: Damok sahut cabaran untuk berada di kelompok utama
Pelumba muda negara Syarifuddin Azman bertekad untuk berada dalam kelompok hadapan meskipun hanya beraksi atas tiket wild card' Moto3 pada pentas Kejuaraan MotoGP di Grand Prix (GP) Malaysia 2022.

SIC perkenal pusat pengalaman memandu pertama di Asia Tenggara
Fasiliti DEC itu selaku hab pendidikan permotoran, akan mula dibina di kawasan SIC pada bulan ini dan dijangka siap tahun hadapan.

Tiada perancangan anjur F1 di Malaysia dalam masa terdekat
Ini bukan waktu tepat untuk menganjurkan semula perlumbaan itu mengambil kira usaha kerajaan ketika ini dalam membantu rakyat membina semula kehidupan ekoran pandemik COVID-19.