SEPANG: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berharap dapat mengubah persepsi orang ramai yang sering beranggapan bahawa venue itu adalah untuk golongan elit.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, mereka kini sedang menumpukan usaha mempelbagaikan penganjuran acara yang tidak hanya terhad kepada sukan permotoran sahaja dengan membuka ruang kepada aktiviti lebih dekat dengan rakyat seperti konsert mahupun maraton.
"Persepsi orang ramai sebelum ini SIC adalah tempat untuk orang elit disebabkan kerana mungkin acara yang lepas seperti perlumbaan Formula 1 sehingga mereka anggap tempat ini mahal.
"Jadi kami mahu tukar persepsi bermula tahun ini dengan buka lebih lagi banyak ruang untuk acara lain. Kami berharap siapa nak cari venue acara untuk hubungi kami bagi dapatkan harga berpatutan di SIC," katanya kepada pemberita pada Hari Terbuka SIC, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan, bahawa setakat ini slot untuk hujung minggu bagi tahun ini telah habis ditempah penganjur namun masih terdapat slot yang boleh diisi pada hari biasa.
Dalam pada itu, Azhan Shafriman berkata, mereka kini masih lagi berbincang dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi mengurangkan atau memansuhkan sepenuhnya cukai hiburan 25 peratus yang dikenakan ke atas penonton bagi penganjuran Kejuaraan Motosikal Dunia 2023 termasuk Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP).
"Kami sedang melihat untuk dapatkan penepian sebanyak 25 peratus ataupun kurangkan sedikit cukai hiburan daripada kerajaan negeri bagi Kejuaraan Motosikal Dunia. Kami akan maklumkan sekiranya ada keputusan lanjut," katanya.
Beliau pada masa sama juga meletakkan sasaran agar kehadiran penonton ke perlumbaan berprestij dunia itu di sini meningkat lima peratus berbanding 164,000 pengunjung yang menyaksikan acara itu tahun lepas.
Katanya, peningkatan jumlah penonton terutamanya rakyat Malaysia ke Kejuaraan Motosikal Dunia di SIC tahun ini amat penting memandangkan wakil negara, Syarifuddin Azman atau lebih dikenali "Damok" akan membuat penampilan sulung bagi Kelas Moto3 bersama pasukan MTHelmets-MSI.
"Selain itu, KPI (indeks prestasi utama) bagi tahun ini juga adalah untuk menarik lebih ramai pelancong luar negara untuk menonton perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia di SIC," katanya.
Sementara itu, Azhan Shafriman berkata, objektif utama Hari Terbuka SIC hari ini adalah untuk meraikan sokongan penaja dan pelanggan yang diberikan selama ini selain mengumumkan perancangan pihaknya tahun ini. - BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2023

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berharap dapat mengubah persepsi orang ramai yang sering beranggapan bahawa venue itu adalah untuk golongan elit. - Gambar fail

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Malaysia bukan destinasi kemuncak MotoGP - Azhan
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berkemungkinan tidak menganjurkan pusingan kemuncak Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang sepatutnya berlangsung di Valencia.

ARRC: Hafizh Syahrin naik podium menjelang perebutan akhir kejuaraan di Buriram
Hafizh Syahrin melonjak ke tempat ketiga kategori Asia Superbike 1000cc (ABS1000) dengan catatan masa 25 minit 30.275 saat.

SIC dapat lampu hijau sambung kontrak anjur MotoGP Malaysia
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah mendapat 'lampu hijau' daripada kerajaan untuk melanjutkan kontrak penganjuran Perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2024 sehingga tahun 2026.

Ujian pramusim: Bastianini catat masa terpantas di Sepang
Pelumba Itali Enea Bastianini secara tidak rasmi muncul pelumba MotoGP terpantas selepas mengatasi rekod sepusingan terpantas musim lepas di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.

KBS, SIC bantu penempatan Qabil Irfan bagi latihan komprehensif
KBS bersama SIC akan membantu penempatan baharu Qabil Irfan Azlan di Selangor selepas beliau diserap masuk sebagai atlet sepenuh masa dalam Program Pembangunan Sukan Permotoran.

GP Malaysia tarik 182,912 penonton, SIC kini fokus tambah baik litar
Kehadiran musim ini mengatasi jumlah 163,567 penonton tahun lepas.

MotoGP: Marquez ungguli perlumbaan pecut, Bagnaia ketiga
Pelumba MotoGP Gresini Racing Alex Marquez muncul juara perlumbaan pecut yang buat pertama kalinya diadakan pada Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

SIC, ZK Racing bincang masa depan Damok
Pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan mengadakan perjumpaan bersama pengurus pasukan ZK Racing Zulfahmi Khairuddin bagi membincangkan masa depan pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman.

SIC perkenal tiket Rahmah RM49.90 saksikan GP Malaysia 2023
Sebanyak 7,000 tiket di K2 Hillstand mula dijual semalam kepada semua rakyat Malaysia secara dalam talian dan kaunter jualan tiket.

SIC rai delegasi antarabangsa, pamer fasiliti
Hari Terbuka SIC merupakan inisiatif dan pemangkin dalam meyakinkan pihak berkepentingan daripada industri permotoran Malaysia dan luar negara.