SEPANG: Kejuaraan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2023 yang berlangsung selama tiga hari menutup tirainya secara rasmi semalam, dengan menarik seramai 182,912 penonton menyaksikan acara tahunan itu di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif bersyukur, apabila kehadiran musim ini mengatasi jumlah 163,567 penonton tahun lepas, hasil kerjasama semua pihak yang bertungkus lumus memastikan perjalanan perlumbaan berprestij itu berjalan lancar.
Beliau berkata selepas kejayaan itu, pihaknya kini akan mengalihkan tumpuan kepada penambahbaikan permukaan SIC mengikut saranan pemegang hak MotoGP, Dorna Sports dan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) sebelum Ujian Pra Musim Grand Prix (MotoGP) 2024, dijangka bermula Februari depan.
"Kita ada dapat maklum balas daripada FIM dan Dorna Sports untuk buat sedikit penambahbaikan di selekoh 7 (ada bump) dan 9 yang perlu diperbaiki, sebelum tahun hadapan.
"Alhamdullilah tiada insiden yang besar kerana walaupun ada pelumba jatuh, tiada yang teruk tahun ini. Jadi kita akan duduk balik dengan pihak kontraktor macam mana boleh ditambah baik," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Seramai 21,364 penonton direkodkan hadir ke SIC pada Jumaat, diikuti 70,911 (Sabtu) dan 90,637 semalam.
Saingan GP Malaysia menyaksikan pelumba Ducati Lenovo Team Enea Bastianini merangkul kemenangan pertamanya musim ini, selepas memenangi perlumbaan kelas MotoGP, sementara Fermin Aldeguer dari Beta Tools SpeedUp menjuarai kelas Moto2, manakala Collin Veijer dari Liqui Moly Husqvarna Intact GP memenangi gelaran Moto3. - BERNAMA
Bernama
Mon Nov 13 2023

Kejuaraan Grand Prix Motosikal Malaysia 2023 yang berlangsung selama tiga hari menutup tirainya secara rasmi semalam, dengan menarik seramai 182,912 penonton menyaksikan acara tahunan itu di Litar Antarabangsa Sepang. - Gambar BERNAMA

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Jualan tiket GP Malaysia capai lebih 50 peratus - SIC
Azhan Shafriman berkata, biarpun SIC berdepan cabaran tertentu, pihaknya berusaha keras untuk memastikan sasaran 170,000 penonton tercapai.

Tekad untuk kembali semula ke MotoGP - Hafizh Syahrin
Pada penampilan terakhir kelas MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini, Hafizh menamatkan saingan GP Malaysia 2019 di tempat ke-16.