Sepang International Circuit (SIC) yakin sekurang-kurangnya 30,000 penonton akan membanjiri Litar Antarabangsa Sepang sempena penganjuran sulung Races of Malaysia.
Races of Malaysia membabitkan perlumbaan serentak dua roda World Endurance Championship (EWC) Sepang 8 Hours dan empat roda World Touring Car Cup (WTCR) pada 13 sehingga 15 Dis.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC Datuk Razlan Razali berkata untuk tahun pertama ini, SIC menganggap ia sebagai 'pengenalan' kepada peminat sukan permotoran tempatan dan luar negara mengenai penganjuran pertama kali dua kejohanan dunia di Malaysia.
"Kalau hendak dibandingkan dengan MotoGP dan Formula Satu (F1), ia agak berlainan. Mungkin sebab rakyat Malaysia belum tahu apakah event ini lagi. Jadi, kita hanya sasarkan 25,000 hingga 30,000 penonton sahaja.
"Harapan kita tahun pertama ini, untuk kita wujudkan kesedaran sebab kita ada hak penganjuran event ini selama tiga tahun. Tahun pertama untuk kesedaran dan dapat lihat apa yang akan berlaku minggu ini. Insya-Allah tahun kedua dan ketiga ia akan meningkat lebih baik lagi," katanya.
Razlan berkata memandangkan EWC dan WTCR adalah dua kejohanan dunia penutup bagi sukan permotoran, penganjuran di Malaysia secara tidak langsung dapat membantu mempromosikan kempen Visit Malaysia Year 2020.
"Ini adalah event yang terakhir untuk FIA dan FIM. Dengan tiadanya F1, MotoGP dan WSBK semua tumpuan akan berada kepada Malaysia. Seluruh dunia akan tengok Malaysia anjurkan sukan ini," katanya.
Perlumbaan EWC yang dikenali sebagai Sepang 8 Hours itu, julung kali dianjurkan di Litar Sepang, adalah pusingan kedua dalam kalendar kejuaraan EWC musim 2019-2020, selain menjadi pusingan kelayakan bagi pasukan Asia untuk layak ke Suzuka 8 Hours, tahun depan.
Sementara WTCR pula adalah pusingan akhir dan akan menyaksikan seorang pelumba bakal dinobatkan sebagai juara dunia.
Perlumbaan WTCR terdiri daripada tiga perlumbaan singkat pada waktu siang, petang dan pada malam di bawah lampu limpah pada Ahad, 15 Dis di Litar Antarabangsa Sepang.
Pelumba negara seperti Hafizh Syahrin Abdullah, Zaqhwan Zaidi, Azlan Shah Kamaruzaman, Adam Norrodin bakal membuat penampilan dalam perlumbaan EWC manakala Mitchell Cheah, Douglas Koo dan Hafizh Syahrin mendapat tiket wildcard untuk WTCR.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 11 2019
Sebahagian daripada pelumba yang menyertai pelumbaan Races of Malaysia. - Bernama
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Toyota kekal peneraju pengeluar kereta terbesar dunia pada 2024
Toyota Motor Corp mengekalkan gelaran sebagai pengeluar kereta terbesar dunia berdasarkan jumlah jualan untuk tahun kelima berturut-turut pada 2024, didorong oleh permintaan kukuh bagi kenderaan hibrid, menurut data yang dikeluarkan pada Khamis.
Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat bencana banjir selepas Jumaat
Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.
SIC sasar 30,000 penonton saksi Races of Malaysia
Babitkan perlumbaan serentak dua roda World Endurance Championship Sepang 8 Hours dan empat roda World Touring Car Cup pada 13 sehingga 15 Dis.