KUALA LUMPUR: Atlet olahraga negara Shereen Samson Vallabouy terus mencipta sensasi di Amerika Syarikat selepas menjuarai acara 400 meter (m) pada Kejohanan Trek dan Padang Divisyen II Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di Pueblo, Colorado, hari ini.
Menurut laman sesawang kejohanan itu, Shereen yang mewakili Winona State University di Minnesota berjaya merekodkan 52.74 saat (s) sekali gus mengesahkan kemenangan pingat emas di bumi "Uncle Sam" itu.
Pelari Azusa Pacific, Alayna Verner pula menduduki tempat kedua dengan catatan 52.78s manakala Corrssia Perry yang mewakili West Texas A&M pada kedudukan ketiga dengan 53.39s
Bulan lepas, anak perempuan kepada pasangan bekas pelari trek negara, Samson Vallabouy dan Josephine Mary meleburkan rekod 400m kebangsaan berusia 30 tahun apabila berjaya mencatatkan 51.80s pada Kejohanan Olahraga Tahunan Mt SAC Relays ke-63 di California, Amerika Syarikat.
Beliau yang menggalas cabaran negara pada Sukan SEA Kemboja baru-baru ini juga nyata berada dalam kelas tersendiri apabila menepati ramalan memenangi pingat emas acara 400m selepas merekodkan 52.53s.
Pada Mac tahun lepas, Shereen mula mencuri tumpuan apabila berjaya meleburkan rekod kebangsaan 400m dalam dewan milik Noraseela Mohd Khalid (54.58s) yang dicipta pada 2006 dengan catatan masa 53.79s.
Beliau kemudian memperbaharui rekod berkenaan dengan catatan 53.47s ketika Kejohanan Bearson Gathje Classics di Minnesota, Januari lepas sebelum sekali lagi membuat kejutan pada Kejohanan Olahraga Jemputan Lewis Illinois, Chicago dengan catatan 52.87 saat (s) pada Febuari dengan memenangi pingat emas.
Shereen kemudiannya terus menampilkan aksi terbaik apabila sekali lagi menggenggam emas pada Kejohanan Trek dan Balapan Dalam Dewan Divisyen II NCAA di Virginia Beach, Virginia, dengan merekodkan 52.27s pada bulan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2023

Shereen yang mewakili Winona State University di Minnesota berjaya merekodkan 52.74 saat (s) sekali gus mengesahkan kemenangan pingat emas di bumi "Uncle Sam" itu. - Gambar fail
Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.
Anwar puji Wisma Putra berjaya perkukuh imej Malaysia di peringkat global
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memuji kementerian luar atau wisma putra atas kejayaannya dalam memperkukuh imej dan pengaruh malaysia di peringkat global.
Selangor sedia bantu keluarga dua pelajar terbabit kemalangan di Jordan
Kerajaan Selangor bersedia untuk membantu keluarga dua pelajar yang terbabit dalam kemalangan di Jordan.
Kesihatan: KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah
Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan semua jenis makanan yang boleh membahayakan kesihatan murid termasuk gula-gula berbentuk vape tidak dibenarkan dijual dalam premis sekolah.
Polis terima laporan warga asing curah anjing dengan air panas
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian seorang lelaki menganiaya seekor anjing di Menglembu, Ipoh seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Polis tahan lelaki cetus kekecohan di rumah ibadat
Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai mempunyai masalah mental kerana mengamuk di Gereja St Joseph dekat Kuching pada Sabtu.

Letupan bom di Sungai Golok: Pelbagai langkah diambil KPM pastikan keselamatan murid
KPM sentiasa bekerjasama dengan pasukan keselamatan untuk memastikan keselamatan murid terutamanya mereka yang melintas sempadan setiap hari.
Jumpa mayat: mayat lelaki warga asing ditemukan terapung di sungai pantai
Mayat seorang lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai berdekatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Angkasapuri, di sini pada 4.39 petang, pada Ahad.

Faisal Halim dedikasikan hatrik kepada penyokong Selangor
Hatrik itu menamatkan kemarau jaringan Faisal dalam saingan kompetitif sejak kembali beraksi selepas insiden simbahan asid pada Mei tahun lepas.

Israel putuskan bekalan elektrik ke Gaza, jejaskan loji penyahgaraman air minuman
Kekejaman Israel itu disifatkan Hamas sebagai sebahagian daripada "dasar kebuluran" Israel.

KOM belum putuskan atlet ke Olimpik Paris 2024
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menegaskan badan induk itu belum memutuskan atlet mana yang bakal mengisi slot wild card di Olimpik Paris.

Terbuka Kazakhstan: Shereen, Azeem raih podium - Slot Sukan Olimpik kian samar?
Kedua-dua mereka masih menunggu peluang saat akhir untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris.

Azeem Fahmi, Shereen tempah slot final acara 100m, 400m Terbuka Kazakhstan
Harapan dua pelari negara, Muhammad Azeem Fahmi dan Shereen Samson Vallabouy untuk beraksi di temasya Olimpik Paris masih terbuka.

Shereen lebur rekod kebangsaan 400m miliknya di Tennessee
Atlet olahraga wanita negara Shereen Samson Vallabouy berjaya meleburkan rekod kebangsaan miliknya dalam acara 400 meter (m) pada Kejohanan Music City Track Carnival di Tennessee, Amerika Syarikat.

Sukan Asia Hangzhou: Shereen butir pingat gangsa 400m
Atlet olahraga negara, Shereen Samson Vallabouy, meraih pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou dalam acara 400 meter sebentar tadi.

Sukan Asia: Muhammad Azeem, Shereen lepasi halangan pertama
Sasaran Muhammad Azeem adalah untuk memenangi peringkat saringan sekali gus mara ke peringkat seterusnya.

Shereen pecah rekod kebangsaan 200m berusia 25 tahun milik G. Shanti
Pada saingan final yang berlangsung di Kolej Rhodes di Memphis itu, Shereen menamatkan perlumbaan di tempat keempat dengan catatan masa 23.33 saat.

Shereen raih emas acara 400m Kejohanan NCAA di Amerika Syarikat
Atlet olahraga negara Shereen Samson Vallabouy terus mencipta sensasi di Amerika Syarikat selepas menjuarai acara 400 meter (m) pada NCAA.

Sukan SEA: Shereen tepati ramalan raih emas
Shereen Samson Vallabouy ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila memenangi pingat emas acara 400 meter (m) akhir wanita Sukan SEA Kemboja 2023.

Hannah akan jumpa Shereen, bincang keperluan dan kebajikan
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan Shereen Samson Vallabouy pada Selasa ini bagi membincangkan keperluan dan kebajikan atlet olahraga negara itu.