KUALA LUMPUR: Pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou 2022, atlet gimnastik negara Muhammad Sharul Aimy Kamaru Hisam melakar sejarah apabila merangkul pingat sulung negara di Kejohanan Gimnastik Artistik Lelaki Asia 2024 di Tashkent, Uzbekistan semalam.
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang jaguh dari Filipina Carlos Yulo (14.883 mata) dan atlet tuan rumah Abdulaziz Mirvaliev (14.783 mata) yang masing-masing mengutip pingat emas dan perak.
Bagaimanapun, Naib Presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) Francis Loh berkata kejayaan manis tersebut tidak cukup untuk melayakkan Muhammad Sharul meraih slot Sukan Olimpik 2024 di Paris dijadual berlangsung dari 26 Julai-11 Ogos.
Katanya, pemenang gangsa melombol Sukan Asia Hangzhou 2022 itu hanya menyertai satu acara manakala slot ke Sukan Olimpik 2024 pula diberikan kepada pemenang acara all-around lelaki.
"Ini adalah persembahan yang sangat baik kerana ini kali pertama kami mendapat pingat di Kejohanan Asia, "katanya kepada Bernama.
Sehubungan itu, Loh berkata MGF akan memberi tumpuan bagi membantu atlet dari Terengganu untuk mahir dalam acara all-around sekali gus mencerahkan peluang beraksi pada Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles (LA28).
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 19 2024

Sharul Aimy (kanan) merangkul pingat sulung negara di Kejohanan Gimnastik Artistik Lelaki Asia 2024 di Tashkent, Uzbekistan pada Ahad. - Foto MGF
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.