RATU boling tenpin negara, Shalin Zulkifli, mengorak langkah lebih panjang apabila beralih ke kancah profesional selepas mengumumkan persaraannya awal tahun ini.

Pengundurannya daripada kem kebangsaan membuka ruang untuknya merealisasikan impian sejak kecil.

Atlet berusia 42 tahun itu mendahului Diamond All-Events Kejohanan Wanita Kongres Boling Tenpin Amerika Syarikat (USBC) dengan 2,253 jatuhan pin.

Ia langkah awalnya untuk mula menumpukan karier dalam sirkit Profesional Jelajah PWBA Ogos depan.

"Saya sasarkan satu (gelaran) sirkit kejohanan profesional di sini.

"Ia memang idaman sejak saya mula berkecimpung dalam boling tenpin ketika berumur 10 tahun," katanya ketika muncul dalam Nadi Arena pada Khamis.

 
Sumber Facebook USBCWomensChamp

BACA: Shalin mahu tumpu impian juarai profesional

TONTON: Bowling | Shalin Zulkifli buktikan keunggulan

Menurutnya lagi, 2009 dan 2010 merupakan tahun terdekatnya hampir memenangi kejohanan utama selepas layak ke separuh akhir Terbuka AS sementara dua tahun lalu, saya dalam kalangan 16 terbaik di Queens.

"Saya mahu menang atau setidak-tidaknya (menaiki) podium."