BEBERAPA hari selepas dibelasah 4-0 oleh Everton, Paul Pogba dalam satu temu bual bersama Sky Sports menyatakan bahawa persembahan para pemain Manchester United ‘tidak menghormati’ setiap individu yang terlibat di kelab itu.
Pemain warga Perancis itu turut menegaskan bahawa mentaliti setiap pemain perlu berubah menjelang pertemuan dengan seteru tetangga, Manchester City pada Rabu yang menyaksikan mereka tewas 0-2 di laman sendiri.
Bagaimanapun setiap kata-katanya itu langsung tidak bermakna buat legenda kelab, Roy Keane.
“Sepatah pun cakap dia saya tak percaya. Tiada makna di sebaliknya. Saya rasa dia pun tak percaya dengan apa yang dia cakap itu.
“Dia berkata tentang menjadi rakan sepasukan. Kalau anda rakan sepasukan yang baik anda sepatutnya berlari balik apabila sedang bertahan.
“Hal jadi panas lepas perlawanan dengan Everton itu, saya dengar mereka melempar gel rambut sesama mereka. Hal jadi panas,” kata Keane.
Keane mempersoalkan kejujuran Pogba malah menuding jari kepada pemain berusia 26 tahun itu, menyifatkannya sebagai ‘masalah besar’ kepada United.
Beliau memetik kata bekas pemain Liverpool, Graeme Souness yang menyatakan bahawa United memerlukan pemain senior yang baik dalam kelab, tetapi Pogba tidak memiliki ciri-ciri diperlukan walaupun sudah berpengalaman bermain dalam kejohanan besar dan memenangi gelaran utama.
“Saya tidak tahu dia bagaimana orangnya di padang latihan, tetapi daripada apa yang saya lihat.
“Dia menyebut bahasa tubuh dan kebanggaan, tetapi saya tidak nampak benda-benda itu dalam persembahannya. Mata saya tidak membohong saya,” ujar legenda berusia 47 tahun itu.
Selepas tewas kepada Everton hujung minggu lalu, United bolos dua lagi gol tanpa balas di Old Trafford yang menyaksikan Bernardo Silva dan Leroy Sane meletakkan City kembali di persada liga apabila berkelebihan satu mata dengan pencabar terdekat, Liverpool.
United kini menghuni tangga keenam selepas 35 perlawanan, bergelut untuk merebut tempat empat teratas dengan berbaki lagi tiga.
Anak buah Ole-Gunnar Solskjaer akan berdepan penghuni tangga keempat yang dibezakan hanya empat mata antara mereka, sebelum berkunjung ke laman Huddersfield dan menerima pelawat dari Cardiff sebelum musim ini melabuhkan tirai.
Israr Khalid
Thu Apr 25 2019
!['Sepatah pun cakap dia saya tak percaya' - Roy Keane selar Pogba 'masalah besar' United 'Sepatah pun cakap dia saya tak percaya' - Roy Keane selar Pogba 'masalah besar' United](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/71556182054_ROYKEANE.jpg)
Keane mempersoalkan kejujuran Pogba malah menuding jari kepada pemain berusia 26 tahun itu, menyifatkannya sebagai masalah besar kepada United. - Foto REUTERS
![Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana? Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739343632_TBZAQUANjpg.jpg)
Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana?
Zaquan Adha berkongsi bahawa anak-anaknya masih terkejut dengan berita pemergian adik bongsu mereka, Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees.
![22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang 22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739343500_tbCEOGISBDatukNa.jpg)
22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang
Seramai 22 individu dikaitkan dengan GISB termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
![KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738734281_KWSPEPFAkaunSim.jpg)
KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
![Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739340247_TBCourtHammer.jpg)
Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon
Mahkamah Tinggi memutuskan seorang lelaki yang didakwa sebagai Datuk Paiman Shakimon yang dihukum penjara 13 tahun kerana menipu dan memalsukan dokumen adalah bukan ahli perniagaan itu.
![Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739340326_TBBUNUHEMAK.jpg)
Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua
Seorang lelaki dituduh membunuh ibu mentuanya yang juga seorang warga emas di sebuah rumah di Taman Sri Skudai pada awal bulan ini.
![Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia' Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739340661_tbKonvoiwargabrun.jpg)
Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia'
Seorang peserta wanita konvoi '2,000 Selekoh Malaysia' maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah lori di KM 17 Jalan Bera-Mayam, Bera semalam.
![KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731596380_AaronAgoDagang.jpg)
KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago
Kementerian Perpaduan Negara mengambil pendekatan melalui pelaksanaan program berasaskan tema untuk merapatkan jurang sosial antara rakyat Malaysia.
![EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333086_UkrainianArmedForc.jpg)
EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine
Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) membelanjakan sejumlah EUR134 bilion (US$138.8 bilion) bagi menyokong serta membekalkan senjata kepada Ukraine.
AWANI Ringkas: Penyeragaman agensi kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738661163_WongKahWoh.jpg)
KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI
SiPKPM bertujuan untuk mengesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, diperkukuhkan dengan AI
![EPL: Bekas jurulatih Manchester United ke Everton EPL: Bekas jurulatih Manchester United ke Everton](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736640209_tbDavidMoyes.jpg)
EPL: Bekas jurulatih Manchester United ke Everton
Moyes kini kembali untuk membantu Everton bagi menghadapi baki saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
![EPL: Kemarau kemenangan Manchester City berterusan EPL: Kemarau kemenangan Manchester City berterusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735257069_ManchesterCityEve.jpg)
EPL: Kemarau kemenangan Manchester City berterusan
The Citizens bimbingan Pep Guardiola terlebih dulu memimpin permainan hasil jaringan Bernardo Silva pada minit ke-14.
![Pertelingkahan Jackson-Madueke bayangi empat gol Palmer buat Chelsea Pertelingkahan Jackson-Madueke bayangi empat gol Palmer buat Chelsea](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713234167_TBPremierLeague.jpg)
Pertelingkahan Jackson-Madueke bayangi empat gol Palmer buat Chelsea
Dua pemain Chelsea terlibat dalam pertengkaran fizikal mengenai siapa yang harus bertanggungjawab mengambil sepakan penalti.
![Bekas jurulatih China bersalah terima rasuah RM47 juta Bekas jurulatih China bersalah terima rasuah RM47 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711681076_TBLiTiejpg.jpg)
Bekas jurulatih China bersalah terima rasuah RM47 juta
Li dituduh memberi dan menerima rasuah serta mengambil bahagian dalam mengatur perlawanan.
![EPL: Dua sepakan penalti beri sinar harapan buat MU merebut tempat ke UCL EPL: Dua sepakan penalti beri sinar harapan buat MU merebut tempat ke UCL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710035799_ManchesterUnited.jpg)
EPL: Dua sepakan penalti beri sinar harapan buat MU merebut tempat ke UCL
Fernandes dan Rashford meledakkan jaringan melalui dua sepakan penalti ketika Manchester United meraih kemenangan 2-0 menentang Everton.
![EPL: Roy Hodgson dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke hospital EPL: Roy Hodgson dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke hospital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708055403_TBCrystalPalace.jpg)
EPL: Roy Hodgson dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke hospital
Pengendali berusia 76 tahun berkenaan sepatutnya menghadiri sidang media menjelang aksi menentang Everton awal pagi Selasa.
![Manchester City kembali di kelompok empat terbaik Manchester City kembali di kelompok empat terbaik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703737849_TBManchesterCity.jpg)
Manchester City kembali di kelompok empat terbaik
Penyandang juara Manchester City kembali berada dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Everton, 3-1.
![EPL: Sentuhan magis Garnacho inspirasi kemenangan Man United di Goodison Park EPL: Sentuhan magis Garnacho inspirasi kemenangan Man United di Goodison Park](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41701050515_TBBritainSoccer.jpg)
EPL: Sentuhan magis Garnacho inspirasi kemenangan Man United di Goodison Park
Garnacho sempurnakan hantaran silang Dalot dengan melakukan sepakan gunting yang menembusi gawang seawal minit kedua permainan.
![Langgar peraturan kewangan, Everton hilang 10 mata Langgar peraturan kewangan, Everton hilang 10 mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700257812_tbEverton.jpg)
Langgar peraturan kewangan, Everton hilang 10 mata
EPL merujuk Everton kepada suruhanjaya bebas pada Mac atas dakwaan melanggar peraturan keuntungan dan kemampanannya.
![Everton berdepan pemotongan 12 mata akibat terus rugi Everton berdepan pemotongan 12 mata akibat terus rugi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698289729_Everton.jpg)
Everton berdepan pemotongan 12 mata akibat terus rugi
Ppengelola liga itu dilaporkan meminta suruhanjaya bebas yang mendengar pertuduhan terhadap kelab Merseyside itu agar dikenakan sekatan.