KUALA LUMPUR: Pejam celik pejam celik, Piala Malaysia yang merupakan kejohanan bola sepak terunggul dan dinanti ramai peminat di negara ini menyambut ulang tahun ke-100 penganjurannya tahun ini, dengan sepak mula saingan musim 2021 bermula hari ini.
Menyingkap sejarahnya, Piala Malaysia yang bermula dengan Piala Malaya mula dipertandingkan pada awal 1920-an melibatkan negeri-negeri di Tanah Melayu, menyaksikan Singapura muncul juara edisi pertama pada 1921 selepas menewaskan Selangor 2-1.
Pada tahun 1933, Piala Malaya ditukar nama kepada Piala HMS Malaya sempena nama kapal perang British HMS Malaya sebelum pada 1967 trofi kejuaraan tersebut digantikan dengan yang baharu iaitu Piala Malaysia sehingga ke hari ini.
Pelbagai kisah di sebalik penganjuran Piala Malaysia yang juga antara kejohanan tertua di rantau Asia, antaranya Perang Dunia Kedua memaksa kejohanan itu dihentikan dari 1942 hingga 1947 dan disambung semula pada 1948, selain pandemik COVID-19 turut memaksa kejohanan itu dibatalkan tahun lepas.
Selangor menjadi pasukan paling berjaya dalam sejarah penganjuran Piala Malaysia dengan rekod juara sebanyak 33 kali jauh meninggalkan Singapura (24 kali), Perak (lapan kali) dan Kedah sebanyak lima kali.
Pasukan Perak menjadi pasukan pertama menjulang Piala Malaysia di Stadium Merdeka pada 1957 apabila buat julung kalinya perlawanan akhir diadakan di venue itu selepas semua pertembungan final terdahulu berlangsung di Padang Kelab Selangor yang kini merupakan Dataran Merdeka.
Jaguh badminton negara era 60-an Datuk Ng Boon Bee pernah meledak 10 gol untuk muncul penjaring terbanyak edisi 1959 bersama pasukan Perak sebelum akhirnya memilih sukan badminton dan membantu Malaysia menjulang Piala Thomas pada 1967.
Pada 1964, Piala Malaysia mencipta satu lagi sejarah terpenting apabila buat kali pertama ia disiarkan secara langsung di televisyen dengan perlawanan akhir dimenangi Singapura sekali gus meraih kejuaraan ke-20 selepas mengatasi Perak 3-2 menerusi dua jaringan pada dua minit terakhir.
Kuala Lumpur menjadi pasukan terakhir mencipta kejuaraan hatrik pada 1987, 1988 dan 1989 dengan menewaskan lawan sama di ketiga-tiga final iaitu Kedah, selain Singapura dan Selangor turut berada dalam senarai pasukan yang berjaya mempertahankan gelaran juara selama tiga tahun berturut-turut.
Pada 1994, Singapura membuat kemunculan terakhir dalam kempen Piala Malaysia dan berjaya menjuarai kejohanan berprestij itu sekali gus mengumpul gelaran juara sebanyak 24 kali, termasuk dua gelaran bersama yang dikongsi bersama Selangor pada 1928 dan 1929.
Stadium Nasional Bukit Jalil yang mempunyai kapasiti melebihi 87,000 tempat duduk penonton julung kali digunakan bagi perlawanan akhir Piala Malaysia adalah pada edisi 1998 yang menyaksikan Perak muncul juara buat kali keenam selepas menewaskan Terengganu menerusi penentuan sepakan penalti.
Pada 1999, buat kali pertama dua pasukan dari Kepulauan Borneo beraksi pada perlawanan akhir dengan Brunei merangkul gelaran pertama selepas menewaskan Sarawak 2-1 di Stadium Merdeka yang juga perlawanan final Piala Malaysia terakhir diadakan di venue tersebut.
Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) Selangor di bawah bimbingan bekas pemain kebangsaan Dollah Salleh menjadi pasukan berstatus kelab pertama yang memenangi Piala Malaysia pada 2003.
Aura Piala Malaysia yang cukup dekat dalam jiwa setiap peminat bola sepak tempatan tidak dapat dinafikan.
Ia dibuktikan apabila kira-kira 10,000 penyokong The Red Warriors dilaporkan membanjiri Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, bagi menyambut ketibaan Piala Malaysia selepas Kelantan mengatasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 di final sekali gus meraih gelaran kedua dalam tempoh tiga musim.
Pada edisi 2013, Pahang berjaya menamatkan penantian selama 21 tahun menjulang Piala Malaysia apabila mengalahkan juara bertahan Kelantan 1-0 di final dan mempertahankan kejuaraan musim berikutnya sebelum Selangor melengkapkan 'Misi 33' pada 2015 selepas menewaskan Kedah 2-0 pada aksi final.
Juara Liga Super lapan kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi pasukan terakhir menjuarai Piala Malaysia pada 2019 sebelum kejohanan itu menerima tamparan apabila saingan yang telah berlangsung terpaksa dibatalkan pada November tahun lalu susulan ancaman pandemik COVID-19.
Bagaimanapun, ulang tahun ke-100 Piala Malaysia pastinya menyaksikan setiap individu yang mempunyai rasa cinta terhadap sukan itu ingin melihat kejohanan berprestij berkenaan berjaya dilangsungkan meskipun ketika ini ia terpaksa dijalankan tanpa kehadiran penonton ke stadium.
Dengan Piala Malaysia 2021 kekal menawarkan slot ke kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan, setiap pasukan yang memasang impian beraksi di Asia sudah tentu tidak ingin melepaskan peluang keemasan tersebut sekali gus menjadikan saingan musim ini lebih sengit dan menarik.
Mengekalkan format sama iaitu penyertaan 11 pasukan Liga Super dan lima pasukan dari Liga Premier yang dibahagikan kepada empat kumpulan, Penang FC dan Kuala Lumpur (KL) City FC menjadi pasukan pilihan dalam Kumpulan A yang turut dibarisi Sri Pahang FC dan Sarawak United FC.
Kumpulan B pula dianggap kumpulan maut apabila menghimpunkan tiga nama besar dalam kempen Piala Malaysia iaitu Terengganu FC, Selangor FC, Perak FC dan Kuching City FC manakala Kumpulan C bakal dihangatkan Kedah Darul Aman FC, Melaka United FC, Negeri Sembilan FC dan Kelantan United FC.
Sementara itu, JDT akan dicabar Petaling Jaya City FC, Sabah FC dan Kelantan FC dalam saingan Kumpulan D. Kempen Piala Malaysia bermula dengan saingan peringkat kumpulan yang dijadual berlangsung hari ini sehingga 10 Nov dan dijalankan secara timbal balik termasuk aksi suku akhir dan separuh akhir sementara final hanya melibatkan satu perlawanan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 25 2021
![Sepak mula Piala Malaysia hari ini, bangkitkan kembali nostalgia 100 tahun bola sepak negara Sepak mula Piala Malaysia hari ini, bangkitkan kembali nostalgia 100 tahun bola sepak negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71632603589_LigaBolasepakMalay.jpg)
Pada 1964, Piala Malaysia mencipta satu lagi sejarah terpenting apabila buat kali pertama ia disiarkan secara langsung di televisyen. - Foto Astro ARENA
![Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354301_HannahYeoh.jpg)
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
![Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720348842_TBdroneattack.jpg)
Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine
Keadaan darurat diisytiharkan di daerah Podgorensky wilayah Voronezh, Rusia selepas kebakaran tercetus akibat serangan dron Ukraine, kata gabenor wilayah, Alexander Gusev pada Ahad.
![Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720349985_TBmassage.jpg)
Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing
Polis menahan 39 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut dalam serbuan di 10 premis urut sekitar Lembah Klang, Jumaat lepas.
PDRM kutip lebih RM1 juta diskaun saman
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pahang Deputi superintanden Ahmad Ridha Hariri berkata jumlah itu ialah hasil bayaran yang diterima daripada 2,000 pengunjung yang mendapatkan tawaran diskaun 50 peratus daripada PDRM.
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350574_ExistsUngu.jpg)
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Impian terakhir Muslim Ahmad Impian terakhir Muslim Ahmad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708845549_MuslimAhmad.jpg)
Impian terakhir Muslim Ahmad
BEKAS pemain kebangsaan, Muslim Ahmad menafikan sudah bersara daripada bola sepak selepas dia dilihat aktif dalam sukan Muay Thai.
![Spekulasi perpindahan: Kapten skuad B-23 Kyrgyzstan dalam radar dua pasukan Liga Super? Spekulasi perpindahan: Kapten skuad B-23 Kyrgyzstan dalam radar dua pasukan Liga Super?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704426644_kyrgyzstan.jpg)
Spekulasi perpindahan: Kapten skuad B-23 Kyrgyzstan dalam radar dua pasukan Liga Super?
Dua pasukan Liga Super dikatakan sedang berusaha untuk mendapatkan kapten skuad B-23 Kyrgyzstan, Adilet Kanybekov.
![Rahsia 10 tahun kejayaan JDT Rahsia 10 tahun kejayaan JDT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702119965_TBPIALAMALAYSIA.jpg)
Rahsia 10 tahun kejayaan JDT
Antara elemen penting ialah sikap profesional dan kemudahan yang dimiliki JDT serta sokongan komuniti dan peminat.
![Pelukan, ciuman terakhir suami sebelum meninggal dunia ketika final Piala Malaysia Pelukan, ciuman terakhir suami sebelum meninggal dunia ketika final Piala Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702248435_NorAsiahRashid.jpg)
Pelukan, ciuman terakhir suami sebelum meninggal dunia ketika final Piala Malaysia
Nor Asiah berkata dia dan suaminya, serta anak mereka, duduk berasingan ketika perlawanan bola sepak itu berlangsung.
![Tidak dilayangkan kad merah, Amat percaya pengadil buat keputusan tepat Tidak dilayangkan kad merah, Amat percaya pengadil buat keputusan tepat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702096930_TBJordiAmat.jpg)
Tidak dilayangkan kad merah, Amat percaya pengadil buat keputusan tepat
Kapten JDT Jordi Amat percaya pengadil membuat keputusan yang tepat dengan tidak mengeluarkannya daripada perlawanan akhir Piala Malaysia 2023.
![Final Piala Malaysia: Padang kurang cantik, tapi tak terkopak Final Piala Malaysia: Padang kurang cantik, tapi tak terkopak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702076108_PialaMalaysia.jpg)
Final Piala Malaysia: Padang kurang cantik, tapi tak terkopak
Keadaan hujan lebat yang turun sebelum perlawanan juga tidak menukar padang menjadi 'bendang'.
![Operasi LRT Stesen Bukit Jalil dilanjutkan hingga 1 pagi Jumaat ini Operasi LRT Stesen Bukit Jalil dilanjutkan hingga 1 pagi Jumaat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668297528_TrenGenerasiBaru.jpg)
Operasi LRT Stesen Bukit Jalil dilanjutkan hingga 1 pagi Jumaat ini
Ia bersempena dengan perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC.
![Stadium Nasional 90 peratus sedia untuk final Piala Malaysia Stadium Nasional 90 peratus sedia untuk final Piala Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701851997_StadiumNasionalBu.jpg)
Stadium Nasional 90 peratus sedia untuk final Piala Malaysia
Stadium Nasional Bukit Jalil sudah 90 peratus bersedia untuk menganjurkan perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 pada Jumaat ini.
!['Nampaknya formula anda berkesan' - TMJ 'Nampaknya formula anda berkesan' - TMJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701680700_TBpadangjpg.jpg)
'Nampaknya formula anda berkesan' - TMJ
Keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil kembali menimbulkan tanda tanya menjelang final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC, Jumaat ini.
![PBSNT tuntut skuad Penyu lebih fokus PBSNT tuntut skuad Penyu lebih fokus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701658583_TBLigaSuperjpg.jpg)
PBSNT tuntut skuad Penyu lebih fokus
Beliau yakin skuad Penyu telah membuat persiapan terbaik untuk menghadapi JDT yang dilihat sebagai pasukan pilihan.