TERDAPAT banyak perkhidmatan penstriman muzik yang boleh dilanggan tetapi kerana faktor kos, anda mungkin ingin mengubah ke platform lain tetapi terasa sayang pula senarai muzik yang disimpan bertahun lamanya akan hilang.


Ringkasan AI
  • Apple Music kini membolehkan pelanggan memindahkan senarai lagu yang dihasilkan sendiri ke YouTube Music.
  • Lagu yang dibeli, tiada di YouTube Music, podsiar, dan lagu yang dimuat naik sendiri oleh pengguna tidak boleh dipindahkan.
  • Ciri ini membantu pengguna yang ingin berpindah platform tanpa kehilangan senarai lagu peribadi mereka. Sebelum ini, Apple Music juga menguji ciri mengimport senarai lagu daripada Spotify.


Hari ini Apple Music menerbitkan dokumen bantuan untuk pelanggan memindahkan senarai lagu ke YouTube Music.

Hanya senarai lagu yang dihasilkan sendiri oleh pengguna boleh dipindahkan ke YouTube Music.

Lagu yang dibeli, lagu yang tiada di YouTube Music, podsiar dan lagu yang dimuat naik sendiri oleh pengguna walau bagaimanapun tidak boleh dipindahkan.

Dengan ciri ini isu tidak mampu berpindah kerana sayang kehilangan senarai lagu peribadi tidak akan menjadi masalah.

Sebelum ini Apple Music ada menguji ciri mengimport senarai lagu daripada Spotify. -Amanz