KUALA LUMPUR: Semua bantuan yang diperlukan oleh pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024 akan disediakan menerusi program 'Road To Gold' (RTG).
Pengerusi bersama jawatankuasa RTG Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, yang juga Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata pihaknya mahu mengurangkan apa juga bentuk halangan dalam membantu atlet itu menuju kejayaan di Olimpik.
"Apa sahaja bantuan yang diperlukan oleh beliau dari segi latihan, jurulatih dan keperluan lain kita akan bagi sokongan sepenuhnya berpandukan pada kriteria yang kita letakkan dalam RTG," katanya pada sidang media di Wisma OCM di sini hari ini.
Mohamad Norza, yang ditanya mengenai spekulasi kepulangan Zii Jia ke BAM selepas dua kali bertemu dengan pemain nombor empat dunia itu, berkata pihaknya sedia memberikan semua sokongan tanpa mengira sama ada pemain itu bernaung di bawah BAM atau bergerak secara profesional.
Katanya berikutan tempoh untuk Olimpik Paris yang dijadualkan bermula 26 Julai hingga 11 Ogos tahun depan tidak lama, beliau mahu mengetepikan isu yang tidak dapat diselesaikan sebelum temasya itu.
"Kita nak pastikan atlet yang dalam senarai RTG, dari segi keperluan dan laluan mereka untuk kelayakan, kita sediakan dan mengurangkan proses pentadbiran sebaliknya meningkatkan marjin pencapaian. Itu tujuan kita sebagai pentadbir.
"Kalau beliau (Zii Jia) rasa selesa dengan caranya, apa yang diperlukan untuk capai KPI (indeks prestasi utama) beliau, kita akan usahakan," katanya yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata beliau sedang berhubung dengan Zii Jia yang telah pulang ke tanah air dua hari lepas, untuk mendapatkan masa sesuai bagi mengadakan perjumpaan.
Sebelum ini, media melaporkan Yeoh, yang juga pengerusi bersama RTG, mahu mengadakan pertemuan empat mata dengan Zii Jia sebaik pemain profesional itu pulang daripada siri kejohanan di Eropah bagi membantu beliau susulan prestasi tidak menentu sejak kebelakangan ini.
Dalam pada itu, beliau berkata penyelaras projek RTG Stuart Ramalingam telah memulakan tugas sebaik pelantikannya dibuat pada awal bulan ini dan pengumuman berkaitan pelaksanaan program itu akan dibuat selepas perinciannya dimuktamadkan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2023
Norza berkata pihaknya mahu mengurangkan apa juga bentuk halangan dalam membantu Zii Jia menuju kejayaan di Olimpik. - Gambar Bernama
Pemandu mabuk sebabkan kematian pasangan suami isteri didakwa di mahkamah
Seorang lelaki mdidakwa atas dua pertuduhan memandu dengan kandungan alkohol berlebihan dalam badan sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri.
Sony bangunkan konsol mudah alih permainan PS5
Peranti konsol mudah alih baharu Sony ini mungkin mengambil masa beberapa tahun sebelum hadir ke pasaran.
'Tak payah anjur Anugerah Kredit Madani' - Mas Ermieyati
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik pelaksanaan Anugerah Kredit Madani dan menggesa agar KPKT menyatakan makenisme sesuai pantau syarikat kredit komuniti yang mengenakan faedah tinggi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LaLiga: Saya mahu bantu Real Madrid jaringkan gol - Kylian Mbappe
Kylian Mbappe percaya dia sudah mula bangkit bersama rakan sepasukannya di Real Madrid selepas menjaringkan gol ketika kemenangan 3-0 berdepan Leganes.
Mercedes cipta sistem brek EV terbina pada motor elektrik
Sistem brek ini tidak perlu diselenggara sepanjang hayat kenderaan dan tidak mencemarkan udara kerana serbuk brek yang terhasil tidak disebarkan ke udara.
Kementerian Perpaduan berjaya laksana lebih 300 program berimpak tinggi tahun ini
KPN laksanakan program merapatkan jurang sosial rakyat Malaysia sekali gus meraikan kepelbagaian budaya, adat resam, perayaan dan warisan.
Payung pantai lebih cantik dan tersusun di Telok Kemang bermula 16 Disember
MPPD menyediakan 33 plot perniagaan payung pantai baharu itu menggantikan khemah biru yang mencemarkan pandangan di kawasan Pantai Telok Kemang.
Mansuh peperiksaan di sekolah untuk kurangkan tekanan murid - Fadhlina
Keputusan Kementerian Pendidikan memansuhkan pembelajaran berorientasikan peperiksaan bertujuan mengurangkan tekanan murid sekolah.
Sidang Parlimen: Dasar tempoh kuarters kerajaan akan dikaji semula
Kerajaan sedang menilai cadangan dasar baharu berkaitan tempoh menduduki kuarters kerajaan untuk memastikan pengurusan lebih sistematik, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, beliau menyatakan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sedang meneliti cadangan memperkenalkan dasar tempoh penghuni, termasuk kemungkinan pelaksanaan dasar exit policy.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, beliau menyatakan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sedang meneliti cadangan memperkenalkan dasar tempoh penghuni, termasuk kemungkinan pelaksanaan dasar exit policy.
Sidang Parlimen: Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan
Kerajaan merancang melanjutkan tempoh pelaksanaan skim MySalam selama dua tahun lagi, menjadikannya empat tahun dari tempoh asal, menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memperluaskan perlindungan sosial bagi golongan berpendapatan rendah (B40) yang memerlukan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memperluaskan perlindungan sosial bagi golongan berpendapatan rendah (B40) yang memerlukan.
Perlu masa lakukan analisis, bina hubungan untuk dapat persefahaman - Kenneth Jonassen
Jurulatih perseorangan baru negara, Kenneth Jonassen, akan mengetuai misi negara membutirkan pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Rexy anggap peluang wakil negara raih gelaran Jelajah Dunia Akhir BWF makin tinggi
Rexy Mainaky merasakan peluang semakin tinggi untuk Malaysia mencipta sejarah merangkul gelaran pada Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF.
MOM ucap tahniah kepada Norza atas pelantikan sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup BAM
Majlis Olimpik Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria atas pelantikannya sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Badminton Malaysia.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Jurulatih baharu perlu kenal budaya badminton Malaysia - James Selvaraj
Jurulatih badminton perseorangan negara perlu benar-benar mengenali budaya sukan itu di Malaysia terlebih dahulu sebelum memulakan tugas.
Aaron Chia nafi minta gaji RM2 juta daripada BAM
Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia, menafikan dakwaan dia meminta gaji tahunan sejumlah RM2 juta daripada Persatuan Badminton Malaysia.
BAM sedia bantu Xi Quan dengan rawatan pemulihan
Persatuan Badminton Malaysia sedia tawar Ng Qi Xuan jalani rawatan pemulihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) susulan kecederaan lutut.
Jacky ingin nikmati baki aksi sebagai pemain BAM
Jacky menghargai barisan kejurulatihan dan penyokong yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bagi sepanjang bersama BAM sejak 2015.
BAM belum putuskan ketua jurulatih baharu
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih belum memutuskan ketua jurulatih baharunya.
Mulyo, Jonassen antara calon ketua jurulatih perseorangan lelaki - Rexy
Katanya, sesiapa pun jurulatih terpilih akan menandatangani kontrak hingga Sukan Olimpik 2028.