WALAUPUN Arsenal berdepan detik sedih selepas terlepas aksi Liga Juara-Juara buat musim ketiga berturut-turut pada tahun ini, namun pemainnya, Mesut Ozil membuktikan bahawa bola sepak bukan segala-galanya.
Pemain berdarah Turki itu memberi sinar harapan kepada 1,000 kanak-kanak apabila mengumumkan bakal membiayai rawatan kanak-kanak yang memerlukan.
Menurut laporan media antarabangsa, bintang bola sepak berusia 30 tahun itu merancang membuat projek amal itu bersama tunangnya, Amine Gulse, sempena perkahwinan mereka di Istanbul pada Jumaat waktu tempatan.
"Ramai peminat, saudara mara dan rakan-rakan bertanya mengenai hasrat kami menjelang majlis perkahwinan (kami) esok. Sebagai pemain bola sepak profesional, saya bertuah dan berada pada kedudukan yang istimewa.
"Bagaimanapun, saya menjemput sesiapa sahaja yang bersedia dan boleh membantu menyokong projek khas ini yang sangat dekat dengan hati kami, di mana kami akan lakukan bersama dengan BigShoe," katanya menerusi kemaskini di laman Instagram, pada Khamis.
Jelas Ozil, ia melibatkan pembedahan kanak-kanak yang memerlukan rawatan selain menambah akan berasa lebih gembira sekiranya dapat membantu lebih ramai orang di seluruh dunia.
BigShoe bekerjasama dengan doktor dari Jeman dan Switzerland untuk menyediakan pembedahan yang bakal mengubah nasib kanak-kanak di seluruh dunia.
Jelas Ozil, beliau telah berkolaborasi bersama kumpulan itu dengan melaksanakan pembedahan di Brazil, Afrika dan Rusia pada Piala Dunia, baru-baru ini.
"Sekarang kami mahu bergerak ke peringkat seterusnya dan membantu kanak-kanak di seluruh dunia," ujarnya.
Ozil dan Amine, 25 tahun, yang merupakan bekas ratu cantik Turki mengumumkan pertunangan mereka pada Jun 2018.
Hasimi Muhamad
Fri Jun 07 2019
Ozil dan Amine yang mengumumkan pertunangan mereka pada Jun 2018 telah melangsungkan perkahwinan pada Jumaat. Foto Instagram @m10_official
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Hubungan China seperti 'sahabat yang hebat' - Anwar
Dalam pertemuan dengan Premier China, Li Qiang pada Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat'.
Satelit kayu pertama dihantar ke angkasa
Dinamakan LignoSat, ia mempunyai saiz sebesar tapak tangan dan ia ditugaskan untuk membuktikan kayu adalah bahan gred angkasa.
Dua warga China cedera ditembak di Karachi
Insiden tembakan di Karachi, Pakistan pada Selasa mengakibatkan dua warganegara China cedera. Perkara itu disahkan oleh pihak hospital dan kenyataan pihak polis yang mana ia dipercayai berkaitan dengan siri keganasan melibatkan warganegara China di negara itu baru-baru ini.
Apa yang kita perlu tahu tentang Electoral College?
Mari kita lihat keunikan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.
Kebangkitan sentimen persaingan 'populisma' rakyat
Timbalan Ketua Strategi Ibu Pejabat Asia UNSDSN (Universiti Sunway), Prof Wong Chin Huat berpandangan, persaingan dalam pilihan raya Amerika Syarikat kali ini menyuntik kelainan tersendiri kerana ia bukan lagi menunjukkan sokongan rakyat berdasarkan sayap parti di negara itu. Sebaliknya, keputusan itu nanti mencerminkan kebangkitan sentimen 'populisma terhadap pemimpin yang dilihat berupaya menyumbang secara terus kepada rakyat tanpa bergantung kepada sistem standard tadbir urus.
Sempena perkahwinan, Ozil umum biayai pembedahan 1,000 kanak-kanak
Bintang bola sepak berusia 30 tahun itu merancang membuat projek amal itu bersama tunangnya, Amine Gulse, sempena perkahwinan mereka di Istanbul pada Jumaat waktu tempatan.