PETALING JAYA: Penjaga gol Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi yang berjaya melakukan debut tanpa bolos bersama skuad Harimau Malaya menerusi kemenangan 4-0 ke atas Kemboja pada Jumaat lepas, berazam untuk bekerja keras bagi terus menyarung jersi nombor satu skuad kebangsaan pada aksi-aksi seterusnya.
Beliau yang bakal beraksi bersama Kedah Darul Aman FC pada musim depan mengakui, walaupun bukan tugas mudah untuk terus menjadi pilihan utama, namun pemain berusia 27 tahun kelahiran Pasir Puteh, Kelantan itu, bertekad membuktikan kemampuannya.
"Tanpa bolos dan kemenangan besar dalam debut memberikan semangat kepada saya untuk terus mempamerkan aksi terbaik dan komitmen tinggi sekiranya terus diberi kepercayaan oleh (Ketua Jurulatih) Kim Pan Gon. Banyak yang perlu saya perbaiki seperti tampil lebih tenang dan fokus.
"Bukan mudah untuk terus menjadi pilihan utama kerana ada Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Rahadiazli Rahalim dan Muhammad Azri Abdul Ghani yang mempunyai kelebihan masing-masing, jadi kena buktikan kemampuan saya kepada barisan jurulatih," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Wisma FAM, di sini pada Isnin.
Beliau tidak menafikan turut berasa gementar apabila menggalas tugas menjaga gawang gol negara buat kali pertama pada perlawanan itu, yang sebelum ini menjadi milik Farizal Marlias, namun semua itu dapat diatasi dengan sokongan padu yang diberikan oleh rakan sepasukan.
Farizal merupakan antara 12 pemain yang tidak dapat menyertai kem latihan kali ini atas beberapa faktor.
Sementara itu, tonggak pertahanan muda Muhammad Azam Azmi Murad, 21, berharap untuk mengekalkan momentum kemenangan dalam satu lagi aksi pemanas badan bertemu Maldives, Rabu ini.
"Semua pemain beraksi dengan sangat baik, dan komunikasi dalam pasukan cukup baik. Insya-Allah kita dapat kekalkan aksi tanpa bolos.
Ini merupakan kali kedua saya mendapat panggilan skuad kebangsaan, kali ini saya lebih memahami taktikal dan cara bermain yang barisan jurulatih mahukan," katanya.
Skuad Harimau Malaya bakal memulakan kempen Kumpulan B Piala AFF ke atas Myanmar di Yangon pada 21 Dis, diikuti aksi menentang Laos di Bukit Jalil pada 24 Dis, Vietnam di Hanoi (27 Dis) dan menerima kunjungan Singapura di Bukit Jalil (3 Jan).
Skuad Harimau Malaya yang merangkul gelaran juara pada 2010, terkandas di peringkat kumpulan pada edisi lepas di Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 13 2022
KALAMULLAH: Tanpa bolos dan kemenangan besar dalam debut memberikan semangat kepada saya untuk terus mempamerkan aksi terbaik dan komitmen tinggi sekiranya terus diberi kepercayaan oleh Pan Gon. - Facebook Kalamullah Al-hafiz
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
AB Rauf sahkan ada rombakan kabinet negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan kerajaan negeri akan melaksanakan rombakan portfolio exco dalam tempoh terdekat.
Penyedia diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan – Penyelidik MIROS
Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh berkata operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Tumpuan Sabtu – 28 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Petra belum dirujuk, tiada keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana PETRA belum dirujuk serta dimaklumkan oleh TNB berkaitan perkara tersebut.
Selepas aksi tanpa bolos, Kalamullah mahu kekal jersi nombor satu
Walaupun bukan tugas mudah, pemain berusia 27 tahun kelahiran Pasir Puteh itu bertekad membuktikan kemampuannya.
Kalamullah sedia galas tanggungjawab penjaga gol utama negara
Pemain berusia 27 tahun itu telah empat kali dipanggil menyertai pasukan kebangsaaan namun masih belum membuat sebarang penampilan.
Harimau Selatan kukuh cengkaman
Skuad kendalian Benjamin Mora memulakan pesta jaringan pada minit kedua hasil tandukan Gonzalo Cabrera yang menewaskan penjaga gol pelawat, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.