IPOH: Selangor dinobatkan selaku juara Kejohanan Ragbi Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Malaysia 10 Sebelah 2023 selepas menumbangkan PDRM 19-0 dalam perlawanan akhir kategori Cup di Stadium Ragbi Perak, di sini hari ini.
Kejayaan tersebut sekali gus menebus kekecewaan Selangor yang sekadar merangkul kedudukan naib juara dalam kejohanan sama tahun lepas, setelah tewas kepada ATM 0-3.
Dalam perlawanan itu, Selangor yang dibimbing bekas jurulatih kebangsaan Raimi Mohd Yusof, dilihat lebih mendominasi aksi apabila mendahului PDRM 7-0 menerusi try oleh Muhammad Nazreen Fitri Nasrudin pada minit kelapan, serta conversion yang berjaya disempurnakan Muhammad Faridzur Ismail di minit kesembilan.
Bersambung di babak kedua, Selangor terus melebarkan kedudukan kepada 14-0, kali ini giliran Muhammad Farid Fauzi berjaya menyudahkan try pada minit ke-12 manakala Muhammad Nazreen Fitri melakukan conversion di minit ke-13.
Muhammad Nazreen Fitri terus menjadi duri dalam daging kepada pasukan lawan apabila menyempurnakan try pada minit ke-20 sekali gus menutup peluang PDRM untuk bangkit.
Mengulas mengenai perlawanan, Raimi berkata kejuaraan Selangor adalah bersandarkan kepada faktor pengalaman selain komitmen para pemainnya yang berjaya mengunci pergerakan dan strategi pasukan lawan.
"Kelebihan kita adalah berdasarkan faktor pengalaman iaitu empat bekas pemain kebangsaan dan seorang pemain kebangsaan berada dalam pasukan. Faktor ini yang kita gunakan sepenuhnya dan menjadi sebab utama kita muncul juara," katanya.
Sementara itu, bagi perlawanan akhir kategori Shield, Melaka berjaya menggenggam kejuaraan selepas mengalahkan Pulau Pinang dengan jaringan 17-5, manakala dalam aksi final kategori Bowl, Johor muncul juara selepas 'membelasah' Pahang 48-0.
ATM pula menjulang kejuaraan dalam kategori Plate selepas menundukkan Sabah 22-0.
Sebanyak 17 pasukan menyertai kejohanan kali ini, terdiri daripada ATM, Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Penjara Malaysia, Kelantan, PDRM, Perlis, Sabah, Johor, Sarawak, Perak, Labuan, Kuala Lumpur dan Pahang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 12 2023
Para pemain Pasukan Ragbi Selangor selepas menjuarai kategori Cup ketika menentang pasukan PDRM pada saingan Kejohanan Ragbi MAKSAK Malaysia 10 Sebelah 2023 di Stadium Ragbi Perak hari ini. - Foto BERNAMA
JAKOA nafi gagal selenggara air bersih untuk perkampungan Orang Asli Gua Musang
JAKOA menafikan dakwaan bahawa isu air di Gua Musang melibatkan perkampungan Orang Asli berpunca daripada kegagalan jabatan itu menyelenggara sistem rawatan air yang disediakan.
[TERKINI] Majlis perasmian Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia
Bahasa Malaysia sangat istimewa - Warga Jerman
"Semakin ramai yang melupakan, dan cenderung untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris di rumah, berbanding bahasa ibunda sendiri".
Itu apa yang diluahkan seorang warga Jerman, Michael Luebke yang gusar dengan segelintir masyarakat Malaysia yang dilihat kurang menjunjung budaya dan identiti mereka.
Menurut beliau selain bahasa merupakan wadah penting untuk komunikasi, ia menggambarkan keagungan dan keluhuran sesebuah tamadun.
Itu apa yang diluahkan seorang warga Jerman, Michael Luebke yang gusar dengan segelintir masyarakat Malaysia yang dilihat kurang menjunjung budaya dan identiti mereka.
Menurut beliau selain bahasa merupakan wadah penting untuk komunikasi, ia menggambarkan keagungan dan keluhuran sesebuah tamadun.
[TERKINI] Lonjak kedudukan Malaysia dalam Indeks Inovasi Global - PM
Perdana Menteri berkata, walaupun kedudukan Malaysia tidak terlalu tercorot tetapi beliau menyifatkan pencapaian berkenaan belum boleh dibanggakan.
Dua pesawat digunakan cari dua lagi mangsa bot karam
Operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) dua lagi mangsa bot karam yang masih hilang diteruskan pagi ini dengan bantuan dua pesawat udara di mana Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Ariffin Ghazali, berkata sektor pencarian memasuki hari kedua itu akan diperluas membabitkan kawasan seluas 67 batu nautika.
AWANI Ringkas: PM: Gerakkan usaha, lonjak kedudukan GII
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi
AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PM jawab khabar angin rombakan kabinet
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penceroboh Menara Eiffel ditangkap beberapa jam sebelum upacara penutupan Olimpik Paris 2024
Polis Perancis terpaksa mengosongkan kawasan sekitar Menara Eiffel selepas seorang lelaki dikesan didapati menceroboh dan mendaki mercu tanda Paris - beberapa jam sebelum majlis penutupan Sukan Olimpik Paris 2024.
Niaga AWANI: Jiwa SME: Inovasi air nira kelapa menjadi gula kelapa granules
Jika sebelum ini air nira kelapa dijadikan sebagai gula keping atau gula nisan. Namun Golden nira Sdn Bhd melakukan inovasi dengan menghasilkannya dalam bentuk granules atau butiran yang lebih mudah digunakan.
KPT tidak pernah abai pendidikan masyarakat Orang Asli
Kementerian Pengajian Tinggi tidak pernah mengabaikan pendidikan masyarakat anak Orang Asli, khususnya dalam pelbagai bidang di Pusat Pengajian Tinggi Awam (PPTA) dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Selangor muncul juara Kejohanan Ragbi MAKSAK Malaysia 10 sebelah 2023
Selangor dinobatkan selaku juara Kejohanan Ragbi Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Malaysia 10 Sebelah 2023.