KUALA LUMPUR: Selangor FC membelasah Perak FC 4-0 dalam aksi Liga Super 2023 di Stadium Perak, Ipoh , Perak malam tadi dan membawa pulang tiga mata berharga.
Turun dengan kesebelasan terbaik, anak buah Tan Cheng Hoe bagaimanapun hanya berhasil menembusi kubu Bos Gaurus memasuki lima minit terakhir sebelum wisel separuh masa pertama ditiup menerusi jaringan pemain import Colombia Ayron del Valle.
Berselang lima minit kemudian, penyerang kebangsaan Mohamad Faisal Abdul Halim menggandakan jaringan buat Gergasi Merah apabila bijak melepasi perangkap ofsaid pertahanan Perak sebelum menewaskan penjaga gawang T Shaheeswaran.
Bersambung babak kedua, Selangor terus melebarkan jaringan kepada 3-0, kali ini giliran pemain tengah Muhammad Mukhairi Ajmal mencetak nama selaku penjaring apabila rembatan padu daripada luar kotak penalti pada minit ke-51 gagal ditepis kemas Shaheeswaran.
Ayron kemudian terus menjadi duri dalam daging kepada pasukan tuan rumah apabila mudah menanduk masuk bola hantaran lintang dari sebelah kanan gawang dilakukan Mohd Nor Hakim Hassan pada minit ke-69 sekali gus menjadikan kedudukan 4-0 sehingga wisel penamat ditiup.
Dalam pada itu, Kelantan United FC terus hampa dalam misi memburu kemenangan sulung selepas 11 perlawanan Liga Super apabila tewas 1-3 di kepada Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan.
KL City membuka jaringan pendahuluan menerusi T Saravanan pada minit ke-17 diikuti Sean Giannelli pada minit ke-23 sebelum disudahi dengan gol ketiga jaringan Paulo Josue pada masa kecederaan manakala Kelantan United memperolehi jaringan sulung daripada Devid Silva pada minit ke-34.
Sementara itu, di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang menyaksikan Sri Pahang FC yang berada di kedudukan ketiga Liga Super terus memberikan cabaran sengit kepada Selangor di kedudukan kedua selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Penang FC petang tadi.
Seawal babak permainan, kedua-dua pasukan dilihat tampil berhati-hati sambil mengatur gerak untuk merobek benteng pertahanan lawan.
Kelebihan bermain di halaman sendiri ternyata memberikan tuah buat Sri Pahang selepas meraih gol tunggal perlawanan hasil jaringan penalti Kpah Sherman pada minit ke-49 sekali gus berjaya mengelakkan pasukan itu keciciran tiga mata.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 20 2023
Pemain Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim (dua, kanan) mengawal bola ketika bertemu Perak Fc dalam saingan Liga Super Malaysia 2023 di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi. --fotoBERNAMA
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Devan tagih pemain Melaka FC yakin, tunjuk kemampuan saingi lawan lebih kuat
Biarpun pasukannya dianggap 'underdog', mereka tidak berada dalam tekanan untuk melayan kunjungan Sang Penyu di Stadium Hang Jebat.
Aksi Perak-JDT: FAM rehatkan dua pengadil bertugas
Kedua-dua pengadil itu gagal membuat keputusan yang tepat berhubung insiden situasi penalti pada minit ke-38 dan pergelutan pada minit ke-84.
Liga Super: Penang FC umum Wan Rohaimi sebagai ketua jurulatih baru
Penang FC mengumumkan pelantikan Wan Rohaimi Wan Ismail sebagai ketua jurulatih skuad senior mereka dalam saingan Liga Super.
FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.
Sepatutnya pilihlah stadium berkecuali - Penyokong Perak FC
Muhammad Hamzah berkata, apa juga alasan yang diberikan, seharusnya lokasi berkecuali dipilih dalam perlawanan penting seperti ini.
Sepatutnya pilihlah stadium berkecuali - Penyokong Perak FC
Keputusan MFL menukar lokasi perlawanan tertunda Liga Super di antara Perak FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) mengecewakan peminat tuan rumah.
Liga Super: Penyokong Perak cadang boikot aksi bertemu JDT
Rata-rata penyokong The Bos Gaurus melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan pertukaran gelanggang ke Stadium Sultan Ibrahim.
Aksi tertunda Perak, JDT diubah ke Stadium Sultan Ibrahim
Perak telah diminta untuk menamakan venue alternatif, berikutan risiko keselamatan bagi perlawanan berprofil tinggi itu.
Kim Swee mahu terus bersama Sabah FC
Datuk Ong Kim Swee kekal memilih Sabah FC sebagai pilihan utama untuk meneruskan tugasnya sebagai pengendali skuad itu pada musim akan datang.
Sabah FC teruskan rentak kemenangan, tewaskan Kelantan 4-1
Kemenangan dimulakan dengan jaringan Joao Pedro menerusi tandukan hasil hantaran lintang daripada Stuart Wilkin pada minit ke-17.