KUALA LUMPUR: Bekas ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe menafikan dakwaan bahawa dirinya dijadikan sebagai kambing hitam sehubungan keputusannya melepaskan jawatan penting itu.
Cheng Hoe menjelaskan, bahawa tiada pihak yang mendesaknya untuk berbuat demikian, sebaliknya menganggap itu sebagai satu cabaran untuknya.
“Tidak, saya tidak rasa dikambinghitamkan dan sudah tentu saya mengambil itu sebagai satu cabaran buat kerana sasaran sebagai jurulatih memang kita ingin mencapai kemenangan, kalau saya gagal mungkin sebab itulah saya letak jawatan.
“Sudah tentu, sepanjang empat tahun saya bersama dengan skuad kebangsaan, saya kena berterima kasih kepada presiden dan juga barisan exco, jurulatih, pemain, penyokong dan juga rakan-rakan media yang selalu memberikan sokongan terbaik untuk saya.
“Juga, saya juga tidak akan lupakan individu yang banyak memberi sokongan terbaik kepada saya iaitu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
“Tunku Ismail selalu memberikan sokongan motivasi terbaik sepanjang saya bersama dengan skuad kebangsaan, menjunjung kasih Tunku,” kata Cheng Hoe dalam temu bual bersama Astro Arena pada Isnin.
BACA: Cheng Hoe lepaskan jawatan ketua jurulatih kebangsaan
Cheng Hoe, yang berasal dari Kedah, turut memberitahu bahawa masih belum ada sebarang perancangan selepas ini selain menyatakan hasratnya untuk meneruskan kariernya sebagai jurulatih untuk masa akan datang.
“Memang saya belum fikir apa-apa perancangan untuk masa depan lagilah, saya rasa saya perlu bersama dengan keluarga, dan juga kerana agak lama saya telah tinggalkan family kerana bola sepak.
“Tetapi, saya rasa bola sepak masih lagi minat saya dan saya perlu teruskan karier sebagai jurulatih pada masa akan datang nanti,” tambahnya
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan peletakan jawatan pengendali skuad Harimau Malaya berusia 53 tahun itu, berikutan kegagalan dan prestasi mengecewakan skuad kebangsaan melangkah ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura, baru-baru ini.
Faris Danial Razi
Mon Jan 03 2022
Cheng Hoe menafikan dakwaan bahawa dirinya dijadikan sebagai kambing hitam, susulan keputusannya dalam melepaskan jawatan penting itu. - Gambar fail
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
'Saya tidak jadi 'kambing hitam' - Cheng Hoe
Cheng Hoe menjelaskan bahawa tiada pihak yang mendesaknya untuk berbuat demikian, sebaliknya menganggap itu sebagai satu cabaran untuknya.