Ringkasan AI
- Tidak Pernah Bermusuh atau Membezakan Individu: Faisal Halim, penyerang pasukan Selangor FC, dengan tegas menyatakan bahawa dia tidak pernah bermusuh dengan mana-mana pihak. Beliau juga tidak membezakan individu sekelilingnya. Wataknya dikenali sebagai rendah hati dan tidak sombong.
- Harapan dan Lebih Berhati-hati: Faisal berharap agar pihak lain tidak membuat spekulasi berlebihan mengenai insiden yang masih dalam siasatan. Faisal turut menunjukkan kesedihan dan kekesalan, bahkan menitiskan air mata beberapa kali. Meskipun demikian, beliau berusaha untuk pulih dan mewakili pasukan Selangor FC.
- Komitmen Pasukan dan Keselamatan: Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Shahril Mokhtar, menegaskan bahawa pasukan akan memastikan kebajikan pemain dan memastikan Faisal kembali pulih. Semua pihak berharap agar Faisal dapat bermain semula setelah menjadi mangsa serangan asid pada 5 Mei.
Menurut Faisal dia juga tidak pernah membezakan mana-mana individu di sekelilingnya sebelum ini.
“Watak saya semua tahu saya tidak pernah sombong dengan semua orang walaupun di atas atau bawah saya.
“Saya layan dengan apa yang saya mampu. Saya tidak pernah buat masalah dengan orang, jadi selepas ini kalau perlu, saya akan berubah jadi sombong kalau itu untuk kebaikan diri saya,” katanya.
Faisal berkata demikian dalam sidang media di pusat latihan Selangor FC di Shah Alam pada Khamis.
Faisal turut berharap mana mana pihak tidak membuat sebarang spekulasi melampau terhadap insiden yang masih dalam siasatan dan menyerahkan kepada pihak polis melakukan tugas.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC,Shahril Mokhtar berkata pihaknya tetap akan memastikan kebajikan pemain dan memastikan Faisal kembali pulih dan mewakili pasukan.
Ketika sidang media berlangsung, Faisal kesihatan sugul dan sebak, malah menitiskan air mata beberapa kali ketika sidang media mengenangkan nasib yang menimpanya.
Melangkah masuk ke ruang sidang media pada jam 2.30 petang, Faisal turut dikawal ketat pasukan keselamatan manakala pihak media juga hanya dibenarkan meninggalkan lokasi selepas pemain itu bergerak pulang.
Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya pada 5 Mei lalu.