SHAH ALAM: Tonggak utama pasukan bola sepak Selangor FC, Faisal Halim mengakui sanggup kehilangan pendapatan puluhan ribu ringgit setiap bulan asalkan ahli keluarganya berada dalam keadaan selamat.


Ringkasan AI
  • Mengorbankan Pendapatan Demi Keselamatan Keluarga: Faisal Halim, pemain bola sepak Selangor FC, dengan tulus mengakui sanggup kehilangan pendapatan bulanan yang besar untuk memastikan keselamatan keluarganya. Beliau menyatakan sanggup kehilangan RM50,000 gaji dan kembali ke kampung untuk menjalani kehidupan yang tenang. Baginya, keselamatan keluarga adalah yang terutama, dan dia tidak mahu hidup dalam ketakutan.
  • Hubungan Emosional dengan Anak: Faisal menekankan pentingnya hubungannya dengan anaknya. Walaupun belum dapat memeluk anaknya akibat keadaan, dia tetap berharap. Anaknya menjadi sumber semangat dan kekuatannya. Faisal berharap dapat memberikan hadiah untuk anaknya di masa depan. Namun, dia juga mengakui ketidakpastian mengenai kemampuannya untuk kembali bermain bola sepak selepas menjadi mangsa serangan asid pada 5 Mei.
  • Pulih dan Harapan: Faisal berharap untuk pulih sepenuhnya dan berpeluang bermain bola lagi. Beliau menghargai sokongan dan doa dari semua pihak dalam menghadapi cabaran ini .


Faisal memaklumkan dia kini hanya mahu pulang ke kampung dan menjalani kehidupan yang tenang.

“Saya beritahu isteri saya, keluarga saya termasuk abang saya, saya tidak kisah hilang gaji RM50,000 dan nak balik kampung. Saya hanya mahu hidup tenang, saya boleh ambil gaji RM50 sehari janji keluarga saya selamat saya tak nak hidup dalam ketakutan.

“Apa yang berlaku ini di luar jangkaan, saya tak boleh terima keluarga saya dalam ketakutan,” katanya sidang media bersama pengurusan Selangor FC di sini hari ini.


 
Tambahnya, keutamaannya ketika ini adalah keselamatan terutama anaknya memandangkan hubungan yang sangat rapat.

“Bukan perkara mudah kasih sayang seorang ayah, bila balik saya masuk tak dapat peluk sayang anak saya. Sehinggalah baru-baru ini dalam empat lima hari ke belakang ini dapat peluk anak saya lagi.

“Saya belum dapat tidur dengan dia lagi. Anak saya semangat, kekuatan saya. Apa jadi saya terima dengan reda dan hati yang terbuka.

“Saya harap saya dapat kembali memberikan hadiah untuk anak saya,” katanya lagi.

Tambahnya, dia tidak tahu sama ada mampu untuk kembali bermain bola sepak selepas menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei.

Faisal juga mengharapkan semua pihak mendoakannya untuk kembali pulih seperti sebelum ini dan kembali bermain semula.