KUALA LUMPUR: Selepas mencatatnya kemenangan 'knockout 36 saat' ke atas Edgar Tabares, Sabtu lalu, Johan 'Jojo' Ghazali kini mendapati dirinya semakin dibandingkan dengan jaguh Muay Thai terkenal dari Thailand, Rodtang Jitmuangon.
Meskipun berbesar hati dengan perbandingan tersebut, petarung sensasi muda negara itu berkata, dia tidak mahu diingati sebagai 'Rodtang seterusnya' (the next Rodtang), sebaliknya mahu menjadi 'Jojo yang pertama'.
"Pada mulanya memang 'cool', orang panggil saya ‘Rodtang Melayu.’ 'Cool' bila disebut setaraf dengan salah seorang idola saya.
“Tetapi saya tidak mahu diingati sebagai Rodtang seterusnya... saya mahu diingati sebagai ‘Jojo yang pertama', Johan Ghazali yang pertama.
"Jadi, saya bersyukur. Saya berbesar hati... bukan (bermaksud) berada pada tahap yang sama dengannya (Rodtang), tetapi disebut dengannya. Tetapi ya, saya mahu menjadi diri saya sendiri," katanya seperti dipetik di laman onefc.com.
Walaupun ramai peminat mahu menyaksikan pertarungannya dengan 'The Iron Man' itu, namun Johan mengakui dia tidak tergesa-gesa untuk bertarung dengan Juara Dunia ONE Flyweight Muay Thai tersebut.
Malah, petarung yang baru berusia 17 tahun itu memilih untuk terus meraih kemenangan menentang lawan-lawan lain yang sama mencabar.
"Sudah tentu, dalam masa beberapa tahun, siapa tahu? Saya mempunyai matlamat untuk bertarung dengan sesiapa dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang, tetapi saya akan bergerak secara perlahan-lahan dan naik ke ranking. Saya tidak mahu terlalu cepat.
"Jadi ya, sesiapa sahaja boleh berada dalam senarai saya. Sesiapa yang menghiburkan, sesiapa yang kecoh, sudah tentu saya mahu lawan mereka," katanya.
Begitupun, Johan berkata dia mahu menghabiskan persekolahannya terlebih dahulu.
“Kalau ikutkan saya, minggu depan pun saya nak lawan. Tetapi saya perlu pulang. Saya perlu mendapatkan lesen memandu saya. Saya kena habiskan sekolah terlebih dahulu.
"Saya akan menamatkan persekolahan pada bulan Februari, jadi mungkin Mac (baru boleh lawan), saya tidak tahu.
"Apabila saya tamat sekolah nanti, saya akan kembali (bertarung) secepat mungkin," kata Johan sambil menambah bahawa dia terbuka untuk bertarung dengan mana-mana 'striker' flyweight yang terbaik.
Dia turut memetik nama petarung veteran Jepun, Taiki Naito, dan juga Dedduanglek Tded99 dari Thailand, yang masing-masing berada di kedudukan ketiga dan keempat dalam ranking flyweight Muay Thai di ONE Championship.
Sebagai rekod, Johan yang mula beraksi di ONE Championship sejak Februari lalu, belum pernah mengalami kekalahan dalam kesemua lima pertarungannya.
Petarung yang mewakili Rentap Muay Thai Gym itu berjaya meraih kontrak enam angka di organisasi itu dengan rekod tanpa kalahnya 4-0 dalam acara siri ONE Friday Fights.
Sungguhpun masih muda, Johan dilihat sebagai bintang yang meningkat naik dalam sukan pertempuran tahun ini.
Bakatnya semakin disedari terutama selepas kejayaan menumpaskan Tabares, yang merupakan juara Muay Thai Antarabangsa WBC, dalam penampilan sulung aksi Primetime US, ONE Championship pada Sabtu lalu.
Haider Yutim
Thu Dec 14 2023

Johan berkata, dia tidak mahu diingati sebagai 'Rodtang seterusnya' (the next Rodtang), sebaliknya mahu menjadi 'Jojo yang pertama'. - Foto Instagram/Muhammad Johan Ghazali
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Saya akan kembali - Jojo
Menurut Jojo, kekalahan itu hanya satu rintangan kecil dalam perjalanan kariernya.

One Championship: Jojo Ghazali kekalkan 'trademark' berbaju Melayu
Pakaian tradisi, baju Melayu dan samping, kekal menjadi pilihan Johan 'Jojo' Ghazali ketika sesi 'face off' One Championship, semalam.

Jojo bakal berentap dengan Johan 'Panda Kick' di Bangkok
Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali, bakal menggegarkan pentas ONE Championship pada 24 Januari depan apabila dijadualkan menentang bintang Colombia yang belum pernah tewas, Johan Estupinan.

Khabib pelawa Jojo berlatih di Dagestan
Khabib Nurmagomedov mempelawa jaguh Muay Thai negara Johan Ghazali Zulfikar untuk berlatih di pusat latihannya di Republik Dagestan, Rusia.

'Saya mampu lakukan apa sahaja termasuk berlakon' - Jojo
'Saya mampu lakukan apa sahaja termasuk berlakon' - Jojo

Cabar petinju lain dulu, pesan Denis Puric buat Jojo
Puric manyarankan jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo supaya memilih lawan yang lebih sesuai.

One 168: "Syukur Alhamdulillah, Malaysia Boleh!" - Jojo
Lebih bermakna, kejayaan itu juga diraih di negara kelahiran ibunya, Jeanna Johnson.

Jojo tumbangkan Cruz menerusi 'knockout' di pusingan pertama
Jaguh Muay Thai negara Johan 'Jojo' Ghazali, berjaya menumbangkan Josue Cruz di pusingan pertama pada aksi ONE 168 di Denver, Amerika Syarikat.

Johan 'Jojo' Ghazali abai komen Muay Thai tidak boleh pergi jauh
Johan Jojo Ghazali berkata dia bertuah dikurniakan 'darah pahlawan' menyebabkan namanya kini sentiasa disebut-sebut sebagai masa hadapan dunia sukan Muay Thai.

Jojo idam buka gelanggang Muay Thai sendiri di Sarawak
Jojo ingin mewujudkan arena gelanggang Muay Thai di tempat dia membesar sendiri iaitu di Sarawak.