JUERGEN Klopp menyalahkan diri sendiri apabila Liverpool tersingkir dalam Piala FA selepas tewas di tangan Wolverhampton 1-2 di Anfield, malam tadi.
Wakil kelab Liga Kejuaraan itu mengejutkan Liverpool dalam pusingan keempat saingan itu hasil dua jaringan pada separuh masa pertama masing-masing menerusi Richard Stearman dan Andreas Weimann.
The Reds cuba bangkit di penghujung permainan menerusi jaringan Divock Origi, bagaimanapun, ia terlalu lewat untuk mengejar Wolves.
Klopp membuat sembilan perubahan terhadap kesebelasan utama yang tewas 0-1 kepada Southampton dalam separuh akhir Piala EFL pada pertengahan minggu lalu.
Jurulatih dari Jerman itu mengakui dia adalah orang yang bertanggungjawab terhadap kekalahan terbaru ini.
"Kami mempamerkan prestasi yang sangat buruk. Kami memulakan permainan dengan teruk dan tiada peningkatan," katanya.
"Tidak ada banyak perkara yang baik. Ia adalah sukar untuk menjelaskan kekalahan ini. Permulaan itu memberikan mereka keyakinan. Kami tidak bersedia. Kami memberikan bola kepada mereka dan membuat kesilapan yang membolehkan mereka mendahului.
"Kami cuba, tetapi tidak cukup baik dalam separuh masa pertama. Separuh kedua adalah lebih baik, tetapi tidak cukup.
"Saya bertanggungjawab, bukan pemain muda. Kami banyak belajar dalam permainan seperti ini, tetapi saya bertanggungjawab.
"Kami akan lihat sejauh mana ia memberi kesan kepada kami. Masalah kami adalah jelas, kami sendiri yang menjadi punca.
"Tetapi kami tidak harus lupa Wolves bermain amat baik. Mereka bertahan dengan baik dan melakukan serangan balas dengan baik. Tetapi kami tidak cukup baik."
Astro Arena
Sun Jan 29 2017
Reaksi jurulatih Liverpool Juergen Klopp ketika perlawanan antara Liverpool dan Wolverhampton Wanderers di Anfield, 28 Januari, 2017. REUTERS / Livepic
Dua beradik menangis diberitahu ibu bapa meninggal dunia
Datuk Ngwe Hee Sem berkata Muhammad Uwais dan Nur Sofea jelas tidak dapat menahan perasaan sedih semasa menerima berita mengenai kematian kedua-dua ibu bapa dan adik bongsu mereka dalam nahas berkenaan.
AWANI Borneo [28/12/2024] – Pelaburan RM29.87 bilion | Tunggu dua tahun lagi | Rock In The Jungle
AWANI Borneo Sabtu, 28 Disember 2024 bersama Irfan Faruqi
1. Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) dijangka mula beroperasI 2026.
2. Ewon Benedick mahu fokus laksana mandat selaku Pengerusi PH Sabah.
3. 'Papa Rock' teruja beraksi di kaki Gunung Santubong
1. Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) dijangka mula beroperasI 2026.
2. Ewon Benedick mahu fokus laksana mandat selaku Pengerusi PH Sabah.
3. 'Papa Rock' teruja beraksi di kaki Gunung Santubong
Jumlah kanak-kanak tinggal di kawasan konflik catat rekod tertinggi - UNICEF
Lebih ramai kanak-kanak kini tinggal di kawasan konflik atau terpaksa meninggalkan kediaman mereka akibat pertempuran berbanding sebelum ini.
Pengarah hospital Gaza ditahan Israel, kata pihak berkuasa Hamas
Pihak berkuasa kesihatan yang dikawal Hamas di Semenanjung Gaza menuduh tentera Israel menahan seorang pengarah hospital.
Persiapan sambutan ambang tahun baharu 2025 lancar
Beberapa laluan di sekitar Bandaraya Kuching akan ditutup sempena sambutan ambang tahun baharu 2025 akan ditutup bagi memastikan aliran trafik sentiasa terkawal sepanjang acara sambutan ambang tahun baharu 2025 lancar.
Papa Rock teruja beraksi di kaki Gunung Santubong
Penghibur legenda Datuk Ramli Sarip tersentuh apabila diberi peluang untuk menghiburkan peminat rock dalam edisi sulung Konsert Rock In The Jungle yang berlangsung di Kampung Budaya Sarawak.
Kemudahan perubatan utama terakhir di utara Gaza ditutup susulan serangan Israel - WHO
Kemudahan perubatan utama terakhir di utara Semenanjung Gaza, Hospital Kamal Adwan, telah menghentikan operasinya selepas serangan oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF).
Rumah perantaraan beri peluang banduan baiki kehidupan
Satu pejabat parol daerah atau rumah perantaraan diwujudkan di lahad datu bagi menambah kemudahan prospek untuk mengakses perkhidmatan pemulihan dan sokongan diperlukan secara langsung.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) bagi beberapa kawasan di Sabah sehingga 30 Disember 2024.
Ewon mahu terus laksana tugas, enggan layan pertikaian
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah Datuk Ewon Benedick enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan pihak yang mempertikai pelantikannya sebagai Pengerusi PH Sabah.
EPL: Kemarau 29 tahun Liverpool berterusan
Penantian 29 tahun Liverpool untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) berterusan apabila terpaksa berpuas hati untuk muncul naib juara musim ini.
Liverpool had no option but to sell Coutinho, coach says
Liverpool fought "until the last second" to convince Philippe Coutinho to stay at Anfield but ultimately had no other option than sell him to Barcelona.
Saya bertanggungjawab, kata Klopp selepas tersingkir dalam Piala FA
Wakil kelab Liga Kejuaraan itu mengejutkan Liverpool dalam pusingan keempat saingan itu hasil dua jaringan pada separuh masa pertama masing-masing menerusi Richard Stearman dan Andreas Weimann.
Countiho-Henderson hadirkan semula kualiti The Reds
Coutinho kembali beraksi bersama The Reds ketika mereka tewas 1-0 di tangan Southampton pada Rabu selepas direhatkan selama enam minggu kerana mengalami kecederaan buku lali.