KUALA LUMPUR: Pelumba negara Saniy Syahmi Mohd Safiee terlepas gelaran juara kebangsaan selepas terjatuh ketika beraksi dalam saingan kategori elit lelaki Kejohanan BMX Kebangsaan 2022 di Trek BMX Kebangsaan Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan hari ini.
Nasib malang menimpa pelumba berusia 21 tahun itu turut menafikan tiket ke Kejohanan Lumba Basikal BMX Asia (BMX ACC) pada September depan.
Pada saingan hari ini, Saniy Syahmi yang mendahului tujuh pelumba lain gagal menuju ke garisan penamat apabila terjatuh di selekoh kedua terakhir akibat pelanggaran dengan Amer Akbar Anuar yang terjatuh lebih awal.
Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata PKBM akan melakukan sesuatu bagi menjamin nasib kedua-dua pelumba Terengganu Hanelang itu.
"Agak malang apabila anda terjatuh ketika mendahului sesuatu perlumbaan. Sekalipun anda peserta pilihan, pingat emas akan jadi milik orang lain sekiranya anda terjatuh," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pelumba Singapura, Mas Ridzwan Mohammad Ali merangkul emas dengan catatan masa 36.011 saat (s) diikuti pelumba Sarawak, Mohamad Faris Mohd Nashari di tempat kedua (36.196s) sekali gus diberi penghargaan sebagai juara kebangsaan.
Pingat gangsa menjadi milik seorang lagi wakil Sarawak, Yohannes Larenza Meahian yang merakam masa 36.323s.
Sementara itu, bagi kategori wanita, pelumba Terengganu Hanelang Eddyna Nasuhar Zainal Abidin muncul juara kebangsaan selepas merangkul emas manakala pelumba skuad Sukma Selangor Siti Natasha Mohd Basri dan wakil OSBMX Johor, Siti Qamariyana Mt Sali masing-masing meraih perak dan gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 03 2022
Saniy Syahmi (kanan) yang mendahului tujuh pelumba lain gagal menuju ke garisan penamat apabila terjatuh di selekoh kedua terakhir akibat pelanggaran dengan Amer Akbar Anuar yang terjatuh lebih awal. - Gambar/ cycling-malaysia.com
Deretan gerai berhampiran Plaza TAR terbakar
Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati api sedang marak di deretan gerai berkenaan.
[Data & Statistik] Indeks Sentimen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Trend peningkatan Indeks Sentimen PKS mencerminkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik, jangkaan jualan yang kukuh serta perancangan yang diperbaharui untuk pengembangan dan penciptaan peluang pekerjaan.
Strategi Malaysia mendepani dasar luar jangka era Trump
Rantau Asia terutama ASEAN dilihat berada pada kedudukan paling stabil terutama dari segi pertumbuhan ekonomi, geopolitik dan keselamatan pada ketika ini. Bagaimana Malaysia harus respond kepada perang dagang 2.0 antara AS-China yang mungkin memuncak?
Semangat membara Soon Huat-Shevon
Kejayaan mara ke separuh akhir WTF di China pertengahan bulan ini sebagai pencapaian yang tidak pernah mereka gambarkan.
Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.
KLCC Holdings akan majukan tanah di Bandar Malaysia
Ia adalah tapak bekas pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi, di Kuala Lumpur.
AWANI Ringkas: 7 maut, 33 yang lain cedera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Disember 2024]
Fokus Awani Pagi Bersama Syazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi
1. PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
2. Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
3. Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
1. PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
2. Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
3. Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
#AWANIRingkas 24 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Disember 2024
1️⃣ 7 maut, 33 yang lain cedera
2️⃣ Penipuan melibatkan MyPR di Facebook
3️⃣ Pendedahan tingkatkan ketegangan Iran-Israel
#awaniringkas
1️⃣ 7 maut, 33 yang lain cedera
2️⃣ Penipuan melibatkan MyPR di Facebook
3️⃣ Pendedahan tingkatkan ketegangan Iran-Israel
#awaniringkas
Bangladesh minta ekstradisi Sheikh Hasina dari India
Pihaknya menghantar nota rasmi kepada kerajaan India mengatakan bahawa kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali untuk proses kehakiman.
Saniy Syahmi terjatuh, terlepas gelaran juara kebangsaan
Pelumba negara Saniy Syahmi Mohd Safiee terlepas gelaran juara kebangsaan selepas terjatuh ketika beraksi dalam saingan kategori elit lelaki Kejohanan BMX Kebangsaan 2022.