KUALA LUMPUR: Bekas penyerang prolifik kebangsaan, Mohd Safee Sali hari ini mengumumkan persaraannya selepas hampir dua dekad berkecimpung dalam arena bola sepak profesional.
Mohd Safee, 39, ketika mengumumkan perkara itu pada satu sidang media menyifatkan perjalanannya dalam sukan itu berakhir dengan cukup cemerlang menerusi pelbagai pencapaian di peringkat kelab mahupun ketika menyarung jersi kebangsaan.
Menjadi antara watak penting dalam kejayaan Malaysia memenangi Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) pada aksi final 2010 menentang Indonesia, beliau berkata, ini merupakan masa yang paling sesuai untuk bersara selepas mengambil kira usianya, selain tidak berupaya memberikan saingan sengit dalam perlawanan serta merebut slot kesebelasan utama.
"Memang berat untuk membuat keputusan ini. Biarpun tidak mengalami kecederaan serius, saya rasa inilah masa yang sesuai untuk berbuat demikian.
"Kini saya boleh memberikan tumpuan kepada perancangan untuk memanfaatkan pengalaman dan pengetahuan saya dalam menjadi pemangkin buat generasi bola sepak Malaysia seterusnya," katanya di sini, hari ini.
Mohd Safee memulakan karier profesionalnya pada 2004 dan pernah mewakili pelbagai kelab bola sepak terbaik negara dan di rantau ini antaranya Johor Darul Ta'zim (JDT), Kuala Lumpur City FC (KL CIty FC), Selangor FC dan Pelita Jaya FC dari Indonesia.
Beliau turut memegang rekod sebagai pemain bola sepak Malaysia pertama beraksi dalam dua perlawanan akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) iaitu semasa bersama JDT pada 2015 dan KL City FC pada 2022.
Sementara itu, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin merakamkan penghargaan kepada Mohd Safee yang telah membuat 76 penampilan bersama skuad Harimau Malaya.
"Safee merupakan legenda sebenar bola sepak Malaysia dan menjadi contoh kepada pemain muda dalam negara. Dedikasi, usaha keras dan semangat beliau terhadap sukan ini telah menempatkan dirinya di hati peminat di Malaysia dan komuniti bola sepak.
"Mewakili FAM, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Safee di atas sumbangan beliau terhadap bola sepak Malaysia dan semoga berjaya di masa hadapan," katanya.
Mohd Safee telah menjaringkan 136 gol untuk kelab dan 47 gol bersama Harimau Malaya.
Pemain kelahiran Selangor itu membuat penampilan terakhir bersama skuad kebangsaan ketika Malaysia mencatat keputusan seri 0-0 berdepan Filipina dalam aksi persahabatan pada Mac 2017. - BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2023
![Safee ucap selamat tinggal kepada dunia bola sepak profesional Safee ucap selamat tinggal kepada dunia bola sepak profesional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676963565_Pemainbolasepakte.jpg)
Mohd Safee Sali hari ini mengumumkan persaraannya selepas hampir dua dekad berkecimpung dalam arena bola sepak profesional. - Gambar fail BERNAMA
![Olimpik Paris 2024: Michelle Yeoh lakar sejarah sampaikan pingat pemenang 3m papan anjal Olimpik Paris 2024: Michelle Yeoh lakar sejarah sampaikan pingat pemenang 3m papan anjal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723221611_TBMICHELE.jpg)
Olimpik Paris 2024: Michelle Yeoh lakar sejarah sampaikan pingat pemenang 3m papan anjal
Tan Sri Michelle Yeoh melakar sejarah peribadi apabila buat pertama kali diberi penghormatan untuk menyampaikan pingat di Olimpik Paris 2024 kepada pemenang acara terjun 3 meter (m) papan anjal.
Move Forward Party yang dibubarkan bentuk parti rakyat
Mesyuarat yang berlangsung selama lebih dua jam itu telah memilih jawatankuasa eksekutif parti baharu termasuk Natthaphong Ruangpanyawut sebagai ketua parti dan Sarayut Jailak sebagai setiausaha agung.
10 terbunuh, 35 cedera di timur Ukraine
Imej dari lokasi kejadian menunjukkan kerosakan teruk bangunan dan sebuah bas.
205 pekerja bantuan terbunuh di Gaza sejak 7 Okt - UNRWA
Agensi PBB melaporkan bahawa serangan Israel yang berterusan ke atas Gaza mengakibatkan korban orang awam, perpindahan orang ramai dan kemusnahan struktur kediaman dan infrastruktur awam.
EU salur €43 juta untuk gaji pihak berkuasa Palestin
Kesatuan Eropah mengumumkan sumbangan 34 juta euro untuk membantuk pihak berkuasa Palestin (PA) membayar gaji dan pencen untuk pekerja dan pesaranya di tebing barat, menurut agensi berita Palestin (WAFA).
'Jangan boikot Pestabola Merdeka' - FAM
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berharap beberapa kumpulan penyokong termasuk Ultras Malaya tidak memboikot Pestabola Merdeka 2024.
Rafizi ajak Wan Ahmad Fayhsal berdebat
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam kemas kini di laman X berkata, isu tersebut perlu dibahaskan kerana ia idea yang paling bernas mengenai ekonomi yang pernah datang daripada Perikatan Nasional (PN).
Wanita cedera diserang ketika hendak menunaikan solat
Seorang wanita cedera apabila diserang ketika di dalam tandas sebuah madrasah. Wanita berkenaan dipercayai singgah sebentar untuk menunaikan solat Zohor.
PM ucap tahniah kepada Muhammad Yunus
Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, pengalaman luas yang dimiliki oleh Muhammad akan memberi jaminan untuk membimbing Bangladesh dengan bijaksana dan integriti.
![JDT berpesta gol, benam Kedah 6-0 JDT berpesta gol, benam Kedah 6-0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723220405_TBLIGASUPER.jpg)
JDT berpesta gol, benam Kedah 6-0
Juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) berpesta gol dengan membelasah Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 6-0 pada saingan Liga Super 2024-2025 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, malam ini.
![Safee harap provokasi netizen tidak ganggu rentak Harimau Malaya Safee harap provokasi netizen tidak ganggu rentak Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704964416_Pemainbolasepakte.jpg)
Safee harap provokasi netizen tidak ganggu rentak Harimau Malaya
Safee Sali menasihatkan skuad Harimau Malaya supaya terus fokus dan tidak terganggu dengan provokasi netizen di media sosial.
![Arif Aiman berpotensi lebarkan sayap di Timur Tengah - Safee Arif Aiman berpotensi lebarkan sayap di Timur Tengah - Safee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688203422_JDT.jpg)
Arif Aiman berpotensi lebarkan sayap di Timur Tengah - Safee
Safee berpandangan pemain berusia 21 tahun itu, seeloknya kekal bersama JDT terlebih dahulu bagi mengembangkan lagi bakatnya.
![Safee Sali kekal bersama PJ City musim depan Safee Sali kekal bersama PJ City musim depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/41463406864_SafeeSali.jpg)
Safee Sali kekal bersama PJ City musim depan
Beliau turut membayangkan musim depan pasukan itu bakal menampilkan beberapa muka baharu yang lebih berpengalaman dalam Liga Super.
![Budi bahasa bukan budaya kita? Budi bahasa bukan budaya kita?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/41445510278_OrangRamai.jpg)
Budi bahasa bukan budaya kita?
Melihat kepada keadaan yang berlaku pada hari ini, kita kembali semula kepada persoalan, adakah budi bahasa bukan lagi budaya kita?
![Lelaki bawa pistol, peluru dalam kereta Safee Sali didakwa di mahkamah Lelaki bawa pistol, peluru dalam kereta Safee Sali didakwa di mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/81464167111_ShalihoddinAzman.jpg)
Lelaki bawa pistol, peluru dalam kereta Safee Sali didakwa di mahkamah
Pekerja kedai aksesori kenderaan, Shalihoddin Azman, 34, mengaku tidak bersalah dan meminta perbicaraan.
![Safee Sali beri keterangan berhubung pistol, peluru hidup dalam kenderaannya Safee Sali beri keterangan berhubung pistol, peluru hidup dalam kenderaannya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/41463403514_SafeeSali.jpg)
Safee Sali beri keterangan berhubung pistol, peluru hidup dalam kenderaannya
Safee, 32, tiba di IPD JBU kira-kira 2.30 petang dan selesai memberi keterangan kira-kira sejam kemudian.
![Safee Sali kecewa tidak dapat beri sumbangan Safee Sali kecewa tidak dapat beri sumbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/81359189863_295x200.jpg)
Safee Sali kecewa tidak dapat beri sumbangan
Penyerang Johor DT, Safee Sali kecewa gagal membantu pasukannya merampas gelaran Piala FA musim ini.
![Medan Safiq, Safee kembalikan keyakinan Medan Safiq, Safee kembalikan keyakinan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/51370300934_295x200.jpg)
Medan Safiq, Safee kembalikan keyakinan
Latihan dua minggu skuad senior kebangsaan di Australia merupakan medan terbaik buat Safiq Rahim dan Safee Sali untuk mengembalikan semula keyakinan, masing-masing.
![Safee harap Nazmi tambah matang Safee harap Nazmi tambah matang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/41359813002_295x200.jpg)
Safee harap Nazmi tambah matang
Safee Sali berharap Nazmi Faiz Mansor bertambah matang selepas pulang awal daripada kembaranya di Portugal.