Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengisytiharkan Hari Sukan Negara akan diraikan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun.
Serentak dengan itu juga, beliau mengumumkan 10 Oktober ini sebagai Hari Sukan Negara bagi tahun 2015.
"Pada tahun ini, saya mengisytiharkan Hari Sukan Negara 2015 disambut pada Sabtu, 10 Okt," katanya semasa melancarkan Hari Sukan Negara 2015 di sini, hari ini.
Menurutnya, Hari Sukan Negara yang dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan ini adalah unik kerana ia akan disertai seluruh rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Selain itu, gaya hidup sihat dengan bersukan juga dapat mengatasi masalah obesiti dalam kalangan rakyat negara ini, yang menjadi penyebab kepada penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.
Justeru, katanya tidak ada alasan untuk rakyat negara ini enggan beriadah dan bersukan kerana ia seharusnya menjadi amalan untuk gaya hidup lebih sihat.
Malah, Najib berjanji akan turut mengambil bahagian untuk bersukan apabila tiba Hari Sukan Negara nanti.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan timbalannya Datuk M.Saravanan.
Astro Awani
Tue Mar 24 2015

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengayuh basikal sebagai simbolik pelancaran Hari Sukan Negara 2015, hari ini. - Foto Bernama

Jerman mungkin perbaharui atau mansuhkan undang-undang kanabis di bawah Konservatif
Undang-undang kanabis yang dilaksanakan pentadbiran sebelum ini disifatkan sebagai "kesilapan berbahaya" dan ia perlu "dibatalkan."

Pentagon hantar kira-kira 3,000 anggota tambahan ke sempadan AS
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat akan menghantar kira-kira 3,000 anggota tentera ke sempadan selatan negara itu dengan Mexico.
Pertumbuhan ekonomi stabil antara faktor prestasi KWSP kukuh
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 5.1 peratus tahun lalu serta kenaikan 12.9 peratus Bursa Malaysia membantu meningkatkan prestasi KWSP serta kadar dividen tahun ini.
Kementerian, Jabatan dibenarkan guna peruntukan sedia ada
Kementerian Kewangan membenarkan program perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, majlis berbuka puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krisman dianjurkan di peringkat kebangsaan, kementerian dan jabatan menggunakan peruntukan sedia ada.
881 kes direkodkan sejak 2022, Kelantan tertinggi
Sebanyak 881 kes perkahwinan kanak-kanak direkodkan di Malaysia sejak 2022 hingga 2024.
Peniaga akui terkesan dengan kenaikan harga santan
Kenaikan harga santan ketika ini menyebabkan peniaga kuih terpaksa menaikkan harga jualan mereka berbanding Ramadan tahun lalu.
Warga asing tidak dibenarkan berniaga
Tiada warga asing dibenarkan untuk berniaga di tapai Bazar Ramadan atau Bazar Aidilfitri di Johor.
Polis giat kesan Thavamalar
Remaja dikenali sebagai Thavamalar itu kali terakhir dilihat berada di kawasan Jalan 12/6, Seksyen 12 Petaling Jaya pada 28 Februari kira-kira jam 7.05 malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.

Melaka komited perkasa pembangunan program sukan secara inklusif
Ab Rauf berkata sukan merupakan antara indikator utama dalam menjamin kesepaduan rakyat.

Kompleks sukan di Kelantan bakal dilengkapi kemudahan sukan berkualiti tinggi
Semua kemudahan itu sedang dibina di Bukit Merbau, Pasir Puteh dengan komitmen penuh untuk disiapkan sebelum SUKMA Kelantan pada 2028.

PM seru rakyat bersukan untuk kekal sihat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia untuk bersukan bagi sentiasa mengekalkan kesihatan.

Meraikan sukan: Rakyat Malaysia bersatu untuk Hari Sukan Negara di China dan Indonesia
Dalam usaha menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat, perwakilan diplomatik Malaysia di China dan Indonesia telah menganjurkan acara Hari Sukan Negara (HSN) di lokasi masing-masing.

Hari Sukan Negara platform terbaik perkukuh semangat, ukhuwah perpaduan - TPM Fadillah
HSN membuktikan keprihatinan kerajaan dalam mengiktiraf kepentingan sukan dalam membentuk masyarakat yang cergas, produktif dan bersatu padu.

Lebih 4.5 juta meriahkan sambutan HSN di seluruh negara
Sambutan HSN bertujuan untuk membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif.

Hari Sukan Negara peringkat PDRM: Beberapa laluan ditutup Sabtu
Beberapa laluan sekitar ibu negara akan ditutup dan dilencongkan sementara sempena program Hari Sukan Negara peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM), esok.

Hari Sukan Negara: 250 sertai larian tawan puncak Menara KBS
Acara itu adalah yang pertama dianjurkan badan pengelola sukan mendaki tangga negara membabitkan 17 tingkat Menara KBS pada 14 Oktober lalu.

Jangan politikkan Belanjawan 2024 - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap Belanjawan 2024 yang dibentangkan semalam tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

PM Anwar mahu kegiatan sukan di sekolah, IPT, komuniti diperkasa
Anwar berkata, rakyat harus diperkasakan, bukan hanya menerusi bidang pekerjaan dan ekonomi, malah aspek kesihatan melalui bersukan.