Bekas jaguh trek negara, Josiah Ng telah memuji impian Mohd Azizulhasni Awang pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas kejayaan terbaru pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Berlin, Jerman, kelmarin.
Berbekalkan dengan jentera baharu, WXR Vorteq bernilai kira-kira RM300,000, pencapaian gangsa acara keirin dan pecut itu membuktikan Azizulhasni kini berada di landasan tepat untuk pentas podium di Tokyo dengan harapan tinggi disandarkan untuk menyumbang emas Olimpik pertama negara.
Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu memulakan acara pecut dengan memecahkan rekod Asia dan kebangsaan, dengan melakukan catatan 9.548 saat (s) untuk mendapatkan tempat kelima daripada 34 pelumba dalam pusingan kelayakan, Sabtu lalu.
Pelumba berusia 32 tahun itu memadam rekod Asia 9.609s oleh pelumba Jepun, Tomohiro Fukaya, sekali gus memperbaharui rekod kebangsaan yang diciptanya, 9.760s.
Susulan pencapaian tersebut, Josiah, atlet Olimpik tiga kali, menggunakan platform media sosial untuk memuji bekas rakan sepasukannya, dengan menjangka satu lagi persembahan terpuji daripada The Pocket Rocketman itu pada temasya Olimpik Tokyo, dijadual dari 24 Julai hingga 9 Ogos ini.
"Jika perlumbaan berbasikal sebagai satu seni, maka Azizulhasni hanya melukis Picasso. Ini untuk dia...melukis Da Vinci di Tokyo 2020!. Dua pingat gangsa, satu rekod Asia dan tiga catatan peribadi terbaik (pasukan) sungguh hebat bagi mana-mana negara apatah lagi dengan hanya satu velodrom tertutup di negara.
"Malaysia memiliki banyak perkara untuk merasa teruja dengan peluang skuad berbasikal di Tokyo. Berbeza dengan keputusan pada kejohanan dunia tahun lalu. Kami semua akan berdiri teguh di belakang skuad negara pada Tokyo 2020!. Berjuanglah pasukan!," kata bekas juara Sukan Komanwel dan Sukan Asia di laman Facebook dan Instagramnya.
Josiah turut memohon maaf kepada jurulatih negara, Joh Beasley selepas mengkritiknya kerana pencapaian buruk pada edisi tahun lalu di Pruszkow, Poland.
"Saya kecewa kerana beberapa sebab dan mengecam John Beasley kerana mengupah petugas kejurulatihan asing yang dibayar berlebihan. Bayaran pada kadar 500 pound (kira-kira RM2,697) sehari, saya fikir ia terlalu tinggi untuk ROI (pulangan pelaburan) pada edisi tahun lalu.
"Saya gembira untuk kesilapan itu dan dengan rendah diri mahu memohon maaf secara terbuka kepada John (Beasley) dan pasukan kerana tidak berpandangan jauh," katanya.
Beasley kemudian berkongsi kiriman Josiah dalam Facebook tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 02 2020

Pelumba berusia 32 tahun itu memadam rekod Asia 9.609s oleh pelumba Jepun, Tomohiro Fukaya, sekali gus memperbaharui rekod kebangsaan yang diciptanya, 9.760s. - Gambar fail

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Mohd Azizulhasni tunggu masa sesuai umum hala tuju karier - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pihaknya bersama jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang sedang menunggu masa sesuai untuk mengumumkan hala tuju kariernya.

Hannah jumpa Mohd Azizulhasni untuk bincang hala tuju karier
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dijadual akan mengadakan pertemuan dengan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini.

Azizulhasni belum putuskan sertai Program Podium - Amarjit
Keputusan sama ada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bersetuju kekal dalam Program Podium tahun depan atau tidak, dijangka mengambil masa dua minggu lagi untuk diketahui.

Beasley yakin Azizulhasni akan kembali ke gelanggang tahun depan
Kehadiran semula pemenang pingat Olimpik dua kali itu motivasi buat pasukan negara.

Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago
PKBM dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk mengekalkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam Program Podium tahun depan.

Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025
Beliau bagaimanapun tetap akan hadir ke kejohanan berkenaan untuk membantu serta memberi sokongan kepada pelumba-pelumba negara.

Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.

Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.

Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.