CRISTIANO Ronaldo bangga melihat perjuangan Al Nassr ketika melakar kemenangan dramatik 3-2 ke atas Al Shabab dalam saingan Liga Pro Arab Saudi di Stadium Al Awal Park, pada Rabu.
Ronaldo menjaringkan gol kemenangan Al Nassr pada minit ke-59 sekali gus mengekalkan peluang pasukan itu dalam perebutan kejuaraan liga.
"Saya sangat gembira. Pasukan memberikan permainan yang hebat. Ketinggalan dua gol adalah situasi yang sangat sukar, tetapi kami yakin sehingga tamat permainan dan boleh menjaringkan tiga gol.
"Jadi, tahniah kepada semua orang dalam pasukan, peminat juga luar biasa hari ini dan kami sangat gembira," kata Ronaldo.
Bukan sahaja gol Ronaldo menjadi tumpuan, malah sambutan gol pemain berusia 38 tahun itu juga meraih perhatian apabila menukar sambutan yang biasa dilakukannya iaitu 'siuuu' kepada sujud.
Kebiasaannya, cara meraikan gol sebegitu hanya dilakukan oleh pemain bola sepak beragama Islam termasuk bintang Liverpool Mohamed Salah.
Ronaldo turut menyatakan kepercayaannya bahawa Liga Pro Saudi akan menjadi salah satu liga bola sepak terbaik di dunia.
"Kami jauh lebih baik. Saya rasa Liga Saudi semakin baik dan musim depan akan lebih baik. Secara beransur-ansur liga ini akan menjadi lima liga terbaik dunia.
"Tetapi segala-galanya memerlukan masa, ia memerlukan pemain yang bagus dan infrastruktur. Tetapi saya pasti negara ini mempunyai potensi yang sangat besar dan liga ini akan menjadi luar biasa," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed May 24 2023
Ronaldo bersujud selepas meledak gol kemenangan Al Nassr sambil dikelilingi rakan sepasukan. - Foto agensi
Laman web mahkamah Korea Selatan disyaki digodam DDoS
Gangguan ke atas rangkaian secara tiba-tiba itu hanya menjejaskan laman sesawang mahkamah yang menyediakan perkhidmatan awam.
Lebih 90 peratus peserta MyLesen berjaya miliki lesen - Loke
Loke berkata, baki peserta program MyLesen masih mengikuti latihan dan ujian akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini.
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
ACLE: Arif Aiman di tangga kedua, Cristiano Ronaldo kesembilan
Bintang JDT Arif Aiman kini berada di tangga kedua dalam senarai penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini.
Lelaki China sanggup berbasikal tujuh bulan jumpa Cristiano Ronaldo
Seorang pemuda sanggup berbasikal dari China ke Arab Saudi untuk bertemu bintang bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo.
ACLE: Ronaldo, Laporte pacu kemenangan Al-Nassr
Selepas tiga perlawanan, ketiga-tiganya masih belum kalah - Al-Hilal dan Al-Ahli menduduki dua tempat teratas; Al-Nassr pula di tangga keempat.
Liga Pro Saudi: Penalti Cristiano Ronaldo selamatkan maruah Al-Nassr
Jaringan Ronaldo, pada minit ke-97 memberi kemenangan 2-1 dalam perlawanan dramatik ketika menentang pasukan tuan rumah, Al-Shabab, awal pagi tadi.
Cristiano Ronaldo bantu Al-Nassr raih kemenangan kedua musim ini
Ronaldo menjaringkan gol pembukaan untuk membantu kemenangan kedua mereka dalam saingan Liga Pro Saudi musim ini.
ACLE: Cristiano Ronaldo terkena jangkitan virus, Al-Nassr tempang dalam aksi pertama
Al-Nassr, terpaksa mengetepikan Cristiano Ronaldo, menjelang pertemuan pertama menentang wakil Iraq, Al-Shorta, dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
Cristiano Ronaldo cipta sejarah, himpun 1 bilion pengikut di media sosial
Ikon bola sepak Portugal Cristiano Ronaldo telah mencipta kejayaan bersejarah, menjadi individu pertama yang mengumpul satu bilion pengikut di media sosial, lapor Anadolu Agency (AA).
Gol ke-901 Ronaldo beri kemenangan Portugal ke atas Scotland
Ronaldo cetak gol pada minit ke-88 bantu negaranya raih kemenangan dan meneruskan permulaan kukuh ke Liga Negara-Negara Ahad.
Selepas pecah rekod jaringan, Cristiano Ronaldo mahu saingi MrBeast pula
Cristiano Ronaldo menyatakan hasrat untuk bersaing bersama YouTuber nombor satu dunia, Jimmy Donaldson atau dikenali sebagai MrBeast.
Rekod sentiasa mengejar saya - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo meraikan gol ke-900 dalam kariernya, tetapi kapten Portugal itu menganggap dirinya 'dihantui' rekod.