GOL tunggal jaringan Nicolo Zaniolo membolehkan AS Roma merangkul kejuaraan Eropah utama pertama dalam tempoh lebih 60 tahun selepas menang 1-0 ke atas Feyenoord Rotterdam, dalam perlawanan akhir Liga Konferensi di Tirana, Albania.
Kemenangan itu juga sekali gus melengkapkan koleksi trofi kejuaraan Eropah unik pengendali AS Roma, Jose Mourinho yang sebelum ini memenangi Liga Juara-Juara, Liga Europa dan Piala UEFA bersama empat kelab berbeza di Porto, Inter Milan dan Manchester United sebelum ini.
Kejuaraan kelab Eropah tahap ketiga itu juga merupakan trofi pertama kelab Serie A Itali tersebut dalam tempoh 14 tahun dan juga piala pertama Mourinho sejak bersama AS Roma.
Jaringan Zaniolo pada minit ke-32 itu juga membolehkan pemain berusia 22 tahun itu menjadi pemain Itali pertama yang menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Eropah sejak Filippo Inzaghi semasa menentang Liverpool dalam saingan Liga Juara-Juara 2007.
"Kami telah membuktikan semangat berpasukan sebenar dalam perlawanan ini, sekarang masa untuk para pemain meraikannya sebelum memulakan semuanya semula, yang pastinya sentiasa sukar selepas kemenangan hebat.
"Semalam saya tidak pernah membayangkan pada usia 25 tahun untuk menjulang kejuaraan ini dengan jersi Roma dan lilitan kapten. Ia adalah saat yang indah," kata kapten Roma, Lorenzo Pellegrini.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 26 2022

Pemain AS Roma meraikan kejayaan menjuarai Liga Konferensi selepas menewaskan Feyenoord dalam perlawanan akhir di Tirana, Albania.- Foto AS Roma
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Prestasi merudum, AS Roma pecat Mourinho
Kelab bola sepak Itali, AS Roma memecat pengurusnya, Jose Mourinho, pada Selasa, susulan prestasi hambar yang dipamerkan jurulatih berusia 60 tahun itu.

AS Roma akhiri kemarau kejuaraan Eropah
Kejuaraan kelab Eropah tahap ketiga itu juga merupakan trofi pertama kelab Serie A Itali tersebut dalam tempoh 14 tahun.

Saya lakukan kerosakan pada awal musim tapi Juve kini di landasan tepat - Allegri
Juve kini telah memenangi empat perlawanan Serie A berturut-turut dan enam dalam kesemua kejohanan.

Mourinho raikan perlawanan ke-1,000 bersama penyokong Roma
Jose Mourinho berkata dia akan mengingati kemenangan saat akhir AS Roma ke atas Sassuolo selepas meraikan perlawanannya yang ke-1,000 dengan cara tersendiri awal pagi tadi.

Mourinho bakal bimbing Roma musim hadapan
Bekas pengurus Chelsea, Manchester United dan Tottenham Hotspur itu bakal memulakan karier pengurusan di Itali buat kali kedua selepas membimbing Itali pada 2008-2010.

Juve belajar daripada kesilapan, kata Pirlo tentang pendekatan bertahan
Cristiano Ronaldo membuka jaringan di Stadium Allianz pada minit ke-13 sebelum gol sendiri Ibanez memastikan Juve meraih tiga mata untuk memintas Roma di tangga ketiga.

Ronaldo mungkin direhatkan pada hari keraian Juventus
Pemain berusia 35 tahun itu telah merekodkan 31 gol dalam saingan liga ketika membantu Juve memperoleh gelaran berkenaan.

Valverde tidak sabar hidupkan semula perseteruan dengan Zidane
Zidane rasmi kembali ke Madrid semalam dengan menandatangani kontrak tiga tahun untuk menggantikan Santiago Solari yang dilantik sebagai pengurus sementara ekoran pemecatan Julen Lopetegui.

Jaringan lewat Telles sahkan kemaraan Porto
Perlawanan seakan-akan perlu berlarutan ke penentuan penalti, namun tindakan Alessandro Florenzi menarik baju Fernando memaksa pengadil Cuneyt Cakir memberikan sepakan penalti kepada Porto.

Chelsea sambar penjaga gol baharu untuk yuran rekod dunia RM377 juta
Pembelian Kepa Arrizabalaga untuk ganti pemergian Thibaut Courtois ke Real Madrid pecahkan rekod perpindahan Alisson Becker dari AS Roma ke Liverpool.