KUALA LUMPUR: Persatuan Polo Diraja Malaysia (RMPA) sebulat suara melantik Tan Sri Mohamad Norza Zakaria sebagai presiden baharu persatuan itu menggantikan Datuk Mohamed Moiz.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah penaung RMPA.
RMPA dalam kenyataan memaklumkan pelantikan Mohamad Norza yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dibuat pada mesyuarat agung tahunan (AGM) persatuan yang diadakan secara dalam talian, semalam.
Menurut kenyataan itu, Mohamad Norza menzahirkan ucapan terima kasih kepada presiden dan barisan jawatankuasa terdahulu atas sumbangan mereka kepada persatuan selama ini, selain menyatakan beliau telah mewarisi sebuah persatuan yang amat kukuh.
Beliau menerangkan bahawa fokus jawatankuasa baharu dipimpinnya adalah untuk menganjurkan lebih banyak pertandingan polo tempatan yang akan menggalakkan penyertaan lebih luas sekali gus mampu menyumbang kepada peningkatan peluang pekerjaan dan kerjaya dalam industri polo negara.
Mohamad Norza turut memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Pada masa sama, kenyataan itu turut memberitahu Datuk Syed Budriz Putra Jamalullail Syed Amir Abidin Jamalullail dan Datuk Seri Tengku Uzir Tengku Ubaidillah masing-masing dipilih selaku Naib Presiden Bersama pada AGM tersebut.
Jawatan lain menyaksikan Datuk Quzier Ambak Mahamad Fathil dipilih sebagai Setiausaha Kehormat, Datuk Mohamad Zekri Ibrahim (Bendahari Kehormat) dan Lt. Kol (B) Ahmad Fakharuzi Ibrahim selaku Setiausaha Eksekutif dan Penyelaras Liga Persatuan Polo Diraja Malaysia.
Tiga posisi ahli jawatankuasa pula disandang Datuk Seri Razak Feroz Khan, Datuk Khamarulazlan Mohamad Hanafiah dan Toh Muda Rizal Ashram Ramli.
Sebagai rekod, Malaysia mempunyai pencapaian membanggakan dalam sukan polo di rantau Asia Tenggara apabila memenangi kesemua pingat emas dipertandingkan pada empat temasya Sukan SEA berbeza iaitu edisi 1983 di Singapura, 2007 (Korat), 2017 (Kuala Lumpur) dan 2019 di Filipina.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 27 2021

Pelantikan Mohamad Norza dibuat pada mesyuarat agung tahunan (AGM) persatuan yang diadakan secara dalam talian, semalam. - Gambar fail
AWANI Ringkas: 12 direman kes rasuah pendaftaran kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 12 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Mac 2025
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas

Kastam rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM200,000 di Pulau Pinang
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api pelbagai jenama bernilai lebih RM200,000, dalam dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat.
Agenda AWANI: Bina semula Gaza, tolak usir rakyat Palestin
Sejauh mana Pelan Pembangunan Semula Gaza oleh Mesir dan negara Arab yang dianggarkan bernilai kos AS$53 bilion dalam tiga fasa ini realistik untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun? Diskusi 9 malam
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

RMPA lantik Mohamad Norza sebagai presiden baharu
Persatuan Polo Diraja Malaysia (RMPA) sebulat suara melantik Norza sebagai presiden baharu persatuan itu menggantikan Datuk Mohamed Moiz.