KUALA LUMPUR:Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menjelaskan, latihan untuk sukan seperti bola sepak, bola keranjang, sepak takraw dan hoki, dibenarkan secara kemahiran kendiri tanpa melibatkan perlawanan dan sentuhan, ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
Berikutan kekeliruan prosedur operasi standard (SOP) mengenai sukan-sukan tersebut beliau berkata, latihan hantaran bola, kemahiran seperti menimbang dan menggelecek juga dibenarkan, asalkan penjarakan fizikal dipatuhi, tidak melibatkan sentuhan, selain kapasiti penggunaan padang atau gelanggang 30 peratus daripada kapasiti sebenar.
"Sukan seperti hoki dan bola sepak tidak boleh adakan perlawanan tetapi latihan sahaja, manakala acara beregu tidak dibenar untuk badminton, tenis dan ping pong, kerana sukar untuk menjaga penjarakan dan wujud kemungkinan untuk berlaku sentuhan dan 'titisan' sekali gus membawa risiko penularan.
"Kita nak tolong operator padang komersial beroperasi, sekurang-kurangnya mereka boleh membuat latihan, dan penggiat yang ada kelab boleh memulakan aktiviti kecergasan secara bersemuka, berbanding hanya menerusi secara dalam talian," katanya ketika ditemui pemberita di Sports Arena di sini, hari ini.
Reezal Merican yang sebelum itu melakukan tinjauan ke Kelab Golf Glenmarie, venue latihan pasukan Liga Super UiTM FC di Stadium UiTM Shah Alam, dan Sports Arena Sentosa, mengakui berpuas hati dengan pematuhan kepada peraturan dan prosedur operasi standard (SOP), di premis-premis berkenaan.
Beliau turut memuji langkah operator fasiliti sukan, yang mengambil langkah tambahan seperti mempamerkan maklumat keputusan ujian calitan pekerja, yang dapat memberi keyakinan kepada pengguna, selain berharap pengusaha gimnasium mengekalkan kepatuhan, apabila hanya wujud satu kes penularan dalaman daripada 3.1 juta kunjungan ke kemudahan gimnasium, ketika ia diberi kelonggaran pada tahun lalu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sports Arena Datuk Jack Koh sambil merakamkan penghargaan kepada kerajaan untuk membenarkan pihaknya beroperasi berkata, kebanyakan operator fasiliti sukan hampir 'lemas' dan tinggal 'nyawa-nyawa ikan', selepas ditutup sejak 13 Jan lalu.
"Saya rasa mematuhi kepada SOP yang ketat lebih baik berbanding kami ditutup terus dan seperti yang boleh kita lihat, sukan adalah keperluan sama seperti makanan, air dan udara, untuk meningkatkan sistem imunisasi kita. Semua kakitangan kami diuji setiap bulan dan keputusannya dipaparkan, kami mensanitasi arena selepas setiap sesi dan melabur untuk membeli gantri pensanitasian, bagi mengelakkan penularan COVID-19.
"Kami juga telah membahagikan gelanggan kepada lima zon, setiap pasukan hanya bermain di satu zon," katanya dan menambah fasiliti itu turut mempunyai 21 gelanggang badminton dan empat gelanggang futsal selain kemudahan gimnasium, yoga, ping pong, sepak takraw dan gimnastik.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 14 2021
Aktiviti badminton antara sukan dibenarkan dalam tempoh PKP dengan SOP ketat. - Foto BERNAMA
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Reezal Merican jelaskan SOP latihan sukan
Latihan untuk sukan seperti bola sepak, bola keranjang, sepak takraw dan hoki, dibenarkan secara kemahiran kendiri tanpa melibatkan perlawanan dan sentuhan, ketika pelaksanaan PKP 2.0.