Syarikat Telekomunikasi Prabayar, Red One Network Sdn Bhd, menyatakan hasrat menjadi penaja utama skuad The Red Warriors (TRW) dalam usaha memastikan Kelantan kekal bersaing dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Ketua Pegawai pemasarannya, Ben Teh, berkata pihaknya bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan lebih lanjut bersama Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dalam masa terdekat.
“Setakat ini belum ada perbincangan rasmi tetapi pihak kami sudah ditanya oleh KAFA sama ada Red One masih berminat untuk menjadi penaja TRW musim depan.
“Bagi pihak Red One, kita sudah mempunyai hubungan tajaan selama dua tahun (2015 dan 2016) sebagai penaja bersama dan kami berharap dapat mengadakan satu pertemuan rasmi dengan Pemangku Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah, sebelum 29 Disember ini,” katanya pada sidang media di Kota Bharu, petang semalam.
Beliau bagaimanapun enggan menyatakan jumlah tajaan yang bakal disalurkan, namun ia difahamkan melibatkan nilai jutaan ringgit sesuai dengan status penaja utama gergasi Pantai Timur ini.
“Nilai tajaan bukanlah menjadi persoalan utama kerana apa yang lebih penting kedua-dua pihak mendapat keuntungan bersama di sebalik penajaan tersebut. Saya percaya, kalau betul Red One menjadi penaja utama nanti, Kelantan mampu bangkit menjadi sebuah pasukan yang disegani kerana kami mempunyai prinsip yang jelas iaitu apabila berjanji, kami akan tunaikan.
“Saya belum boleh umumkan sebarang nilai tajaan kerana perlu duduk berbincang dengan semua pemegang saham Red One dahulu,”katanya.
Skuad TRW menjadi tumpuan media apabila KAFA mengancam untuk menarik diri daripada saingan Liga-M musim depan akibat gagal mendapatkan jumlah tajaan yang mencukupi.
Untuk rekod, dalam mesyuarat khas baru-baru ini, KAFA mengakui sekadar mempunyai RM800,000 dan jauh daripada sasaran awal RM15 juta bagi mengharungi musim 2017 dan menyerahkan status penyertaannya kepada Kongres Khas KAFA yang akan diadakan di Pengkalan Chepa, 29 Disember depan.
Astro Arena
Fri Dec 23 2016
![Red One mahu jadi penaja utama The Red Warriors musim depan Red One mahu jadi penaja utama The Red Warriors musim depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/81482475499_RedOne.jpg)
Ketua Pegawai pemasarannya, Ben Teh, berkata pihaknya bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan lebih lanjut bersama Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dalam masa terdekat. - Foto Astro AWANI
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739744657_JohariTunOpeng.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Red One mahu jadi penaja utama The Red Warriors musim depan Red One mahu jadi penaja utama The Red Warriors musim depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/81482475499_RedOne.jpg)
Red One mahu jadi penaja utama The Red Warriors musim depan
Red One bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan lebih lanjut bersama Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dalam masa terdekat.