Ratu lompat tinggi negara, Yap Sean Yee, memperbaharui rekod kebangsaan miliknya pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kuala Lumpur (MSSKL) di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Setiawangsa, hari ini.
Atlet pelapis kebangsaan itu mencatat lompatan 1.81 meter pada percubaan pertama, sekali gus memperbaharui rekod kebangsaan 1.79m bagi acara lompat tinggi wanita yang dilakarkan pada Kejohanan Terbuka Pahang 2015.
Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh atlet Sekolah Sukan Bukit Jalil iaitu Shahira Sazali dan M. Nanthini yang masing-masing mencatat lompatan 1.60m dan 1.45m.
Dalam pada itu, ketua jurulatih skuad olahraga kebangsaan, Zainal Abas yang dihubungi Bernama tidak menyangka Sean Yee dapat memecahkan rekod peribadi miliknya sendiri sambil mengharapkan kejayaan tersebut mencerahkan peluang atlet berkenaan untuk diserapkan ke dalam Program 'Kita Juara'.
Program 'Kita Juara' adalah program khas Majlis Sukan Negara (MSN) bagi menyediakan atlet untuk mencapai sasaran muncul juara keseluruhan di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, dari 19 hingga 31 Ogos ini.
"Kalau beliau boleh kekalkan lompatan pada ketinggian 1.80 meter, saya yakin beliau berada dalam posisi terbaik untuk meraih kedudukan podium pada Sukan SEA 2017, Ogos nanti," kata Zainal.
Dalam perkembangan sama, Zainal yakin kejayaan cemerlang yang dilakar skuad olahraga negara sejak kebelakangan ini merupakan landasan terbaik untuk memburu kejayaan gemilang pada Sukan SEA nanti.
Beliau memaklumkan skuad olahraga negara yang menjalani latihan di Afrika Selatan sejak bulan lepas, berkemungkinan akan meneruskan latihan persediaan selain menyertai pertandingan di Eropah pada bulan Mei atau Julai ini sebagai persediaan akhir menghadapi Sukan SEA.
Keputusan itu, kata Zainal, bagaimanapun bergantung kepada perbincangan antara Kesatuan Olahraga Malaysia (KOAM) dan MSN yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.
Skuad olahraga kebangsaan yang diketuai pemegang rekod 100m kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan berada di Afrika Selatan sejak bulan lepas bagi menyertai latihan dan pertandingan di negara berkenaan selama dua bulan sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 19 2017

Atlet pelapis kebangsaan itu mencatat lompatan 1.81 meter pada percubaan pertama. - Foto Bernama

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ratu lompat tinggi Sean Yee perbaharui rekod kebangsaan
Ratu lompat tinggi negara, Yap Sean Yee, memperbaharui rekod kebangsaan miliknya pada Kejohanan MSSKL di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Setiawangsa.