KUALA LUMPUR:Isu rasuah bukanlah masalah baharu di Malaysia, sebaliknya sudah menular sejak sekian lama dan jika dibiarkan berlarutan boleh merosakkan masyarakat dan meruntuhkan negara.
Pelbagai sektor sebenarnya terkait dengan isu berkenaan walaupun tindakan tegas telah diambil pihak berkuasa dalam menangani penyakit sosial itu, termasuklah dalam industri sukan yang boleh merencatkan pembangunan atlet negara sekiranya masalah tersebut tidak dibanteras sepenuhnya.
Rasuah dalam sukan bukan hanya berkaitan dengan perolehan dana persatuan dan menggunakan jawatan untuk mendapat suapan, malah mengatur perlawanan, penyalahgunaan kuasa serta proses dalam membuat sesuatu keputusan juga ditakrifkan sebagai rasuah.
Menurut laman rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Rasuah (SPRM) www.sprm.gov.my, suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah mahupun pemberian diskaun.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam jawapan bertulis kepada Bernama, bagaimanapun berkata jika dilihat daripada konteks perkembangan atlet negara, isu rasuah dalam sukan masih berada pada tahap terkawal.
Namun, KBS menegaskan langkah pembudayaan, pencegahan dan penguatkuasaan perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk memastikan ia tidak menjadi 'barah' kepada pembangunan sukan negara.
Menurut KBS, sebagai usaha berterusan Pesuruhjaya Sukan (PJS) berhasrat meneruskan program Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bagi memastikan semua badan sukan kebangsaan bebas daripada budaya tidak sihat itu dan menyebarkan lagi semangat bebas rasuah kepada semua ahli gabungannya.
Melihat kepada trend gejala rasuah dalam sukan di Malaysia, kebanyakannya melibatkan aktiviti mengatur perlawanan, yang biasanya berlaku apabila pertaruhan dalam sukan semakin berleluasa.
Misalnya, pada 2018, dua pemain badminton profesional negara Zulfadli Zulkiffli dan Tan Chun Seang digantung daripada menyertai sebarang kejohanan masing-masing selama 20 dan 15 tahun oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas didapati bersalah terlibat dalam skandal mengatur perlawanan.
Selain itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendenda 17 pemain pasukan Kuala Lumpur sebanyak RM5,000 setiap seorang selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan terbabit dengan skandal rasuah dan mengatur perlawanan.
Kesemua pemain terbabit hanya dikenakan denda selepas FAM mengambil kira faktor bahawa mereka menjadi 'mangsa keadaan' penaja yang mendesak mereka supaya terlibat dengan skandal tersebut.
Sementara itu, bekas Pesuruhjaya Sukan Dr Wirdati Mohd Radzi yang juga pengamal undang-undang, turut senada dengan KBS dan berpendapat lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk membanteras rasuah dalam sukan.
"Banyak kes (rasuah dalam sukan) yang mungkin tidak dilaporkan.
"Jadi, tidak dapat mengetahui secara tepat betapa besarnya kesan ini kerana tidak ada laporan. Persatuan tidak lapor mungkin ada banyak sebab. Jadi saya minta ahli persatuan tampil untuk membantu mengurangkan atau buang terus gejala ini dalam sukan di Malaysia.
"Apa yang membimbangkan, ia boleh menutup peluang pembangunan sukan kerana wang yang sepatutnya disalurkan kepada pembangunan sukan tidak sampai kepada atlet," katanya ketika dihubungi Bernama, baru-baru ini.
Jelasnya, badan sukan tidak sepatutnya terlepas daripada dikenakan tindakan jika disabitkan kesalahan, dan jika kesalahan itu membabitkan persatuan, hanya ahli persatuan boleh membuat laporan kerana mereka terikat dengan perlembagaan persatuan sukan masing-masing.
Melainkan jika kesalahan yang dilakukan berkait dengan orang awam maka orang awam berhak untuk melaporkan salah laku berkenaan bersama dengan bukti yang kukuh, katanya.
Wirdati turut memaklumkan antara faktor gejala rasuah dalam sukan kurang dilaporkan disebabkan kurangnya kesedaran atau pendedahan mengenai hal tersebut dalam komuniti sukan.
"Bila kita dapat mendidik sepenuhnya khalayak sukan, insya-Allah kita akan dapat lihat perubahan. Persatuan pun kena dibantu oleh peguam atau pengamal undang-undang untuk membantu mereka bawa kes kepada pihak berwajib.
"Rasuah bukan benda main-main. Sukan juga tidak terlepas daripada akta rasuah," kata Wirdati.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 31 2021

Antara faktor gejala rasuah dalam sukan kurang dilaporkan disebabkan kurangnya kesedaran atau pendedahan mengenai hal tersebut dalam komuniti sukan. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Jauhi rasuah: Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang lebih senang - KSN
Tiada cara lebih berkesan untuk mengelak rasuah melainkan setiap individu perlu sedar bahawa hukum rasuah adalah berdosa besar.

Indeks Persepsi Rasuah 2024: Pasukan Petugas Khas CPI komited perbaiki kedudukan Malaysia
Pasukan Petugas Khas CPI yang diterajui oleh KSN akan mempertingkat langkah-langkah penambahbaikan yang strategik.

Enam suspek disyaki tawar rasuah monopoli projek kerajaan selama 19 tahun ditahan
Enam individu termasuk seorang jurutera awam dan tiga pemilik syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memberi rasuah.

COO Prolintas didakwa sekali lagi atas dua tuduhan rasuah
Rostam Shahrif Tami didakwa menerima rasuah berjumlah RM110,000 bagi kontrak berkaitan Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai BesiUlu Kelang (SUKE).

Fahmi Reza hanya disiasat, belum direman - Pesuruhjaya Polis Sabah
Pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza sedang disiasat pihak polis di negeri ini bukannya ditahan reman.

'Menteri bebas rasuah berdasarkan pemantauan pihak berkuasa' - Anwar jawab Syed Saddiq
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar meneliti ucapannya berhubung barisan menteri Kabinet yang bersih daripada rasuah.

Tuntutan palsu: SPRM tahan lima penjawat awam di Sabah
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Dakwaan bukan Islam paling ramai rasuah, Sanusi perlu mohon maaf - Anthony
DAP mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Muhammad Sanusi yang mengaitkan masyarakat bukan Islam sebagai pemberi dan penerima rasuah terbanyak.

Rasuah: Ramai terpalit, nak cari yang bersih cukup susah - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad tidak akan mengizinkan amalan rasuah melibatkan barisan menteri Kabinet di bawah kepimpinannya.

Jenayah rentas sempadan: Negara anggota FBINAA perlu ada set undang-undang seragam - Zahid
Kerjasama antara negara anggota mampu mengekang daripada membuka pintu untuk menyebarkan aktiviti haram, tegas TPM.