Penyerang Pulau Pinang, Mohd. Faiz Subri seolah-olah tidak mahu gol sensasinya menjadi tajuk utama malah meningatkan para penyokong bahawa sukan bolasepak adalah permainan berpasukan.

Penyerang Pulau Pinang, Mohd. Faiz Subri seolah-olah tidak mahu gol sensasinya menjadi tajuk utama malah mengingatkan para penyokong bahawa sukan bolasepak adalah permainan berpasukan.

Ketika dihubungi penyampai rancangan Formasi, Faiz akui masih tidak percaya dengan jaringannya dan juga ambil kesempatan beri penghargaan kepada pemain-pemain lain.

"Waktu saya mengambil sepakan itu saya cuma mahu kekalkan fokus saya dengan sasaran. Saya amat bersyukur kerana percubaan saya menjadi malam itu.

"Saya akan cuba yang terbaik untuk mengulangi jaringan itu. Namun, masih ada ramai lagi pemain yang mampu ambil sepakan percuma, ia bergantung kepada situasi sama ada saya ambil sepakan percuma ataupun pemain lain," kata Faiz.

Sejak kemenangan 4-1 lawan Pahang, Selasa lalu, Faiz sudah pun menerima insentif berjumlah RM10,000 dari Kerajaan Pulau Pinang.

Sementara itu, Bendahari kelab, Datuk M Murly, berkata kelengkapan jersi yang dipakai Mohd Faiz ketika menjaringkan gol ala-ala Roberto Carlos itu akan dilelong pada harga permulaan sebanyak RM100,000.

Persoalannya, apakah gol lencong Faiz Subri akan diberi penghargaan utama iaitu Anugerah FIFA Puskas bagi Gol Terbaik Dunia tahun ini? Sama-sama kita tunggu dan lihat!