KUALA LUMPUR: Bekas pelari jarak jauh negara M. Ramachandran mengakui kecewa kerana sehingga kini masih belum ada atlet Malaysia yang dapat mengembalikan kegemilangan dalam acara jarak jauh, terutamanya di peringkat serantau.
Pemegang rekod kebangsaan acara 5,000 dan 10,000 meter (m) yang sudah bertahan 28 tahun hingga hari ini itu berkata kurangnya penglibatan dan keazaman dalam kalangan atlet generasi kini, menyebabkan Malaysia tidak menonjol dalam acara jarak jauh yang dulunya didominasi atlet kelahiran Johor itu.
"Atlet sekarang dengan adanya elaun bulanan, dibantu dengan kemudahan bertaraf dunia di Bukit Jalil dan teknologi canggih khususnya Institut Sukan Negara (NSI) masih tidak mampu memecahkan rekod.
"Sangat mendukacitakan saya melihat kedua-dua rekod itu masih utuh. Pada pendapat saya, masalah utama ialah mereka tidak berazam dan terlibat sepenuhnya untuk mencapai kejayaan besar dalam kerjaya mereka, selain daripada pembangunan yang lemah dalam sukan itu.
"Ramai memilih untuk berlari dalam jarak lebih pendek dengan pemikiran 'mengapa perlu berlari 25 pusingan untuk 10,000m sedangkan saya boleh menamatkan perlumbaan dalam satu pusingan' jika ia adalah acara 400m. Komitmen besar diperlukan bagi mana-mana atlet untuk menjadi juara," katanya kepada Bernama.
Ramachandran, 56, yang memecahkan rekod kebangsaan 5,000m dan 10,000m sebanyak enam kali di enam negara berbeza antara Jun 1989 dan Ogos 1994, dianggap sebagai pelari jarak jauh terbaik dihasilkan negara, serta atlet pertama dan satu-satunya atlet Malaysia melakukan catatan di bawah 30 minit dalam acara 10,000m.
Catatan 14 minit 06.84 saat yang dilakukannya untuk memenangi acara 5,000m di Terbuka Hamburg di Troisdorf, Jerman pada 5 Ogos 1994 dan 29:30.19s dalam acara 10,000m di Sukan Komanwel 1994 di Victoria, Kanada untuk menduduki tempat ketujuh pada 27 Ogos, adalah antara rekod kebangsaan acara olahraga paling lama bertahan.
Sementara itu, Olahragawan Kebangsaan dan Olimpian 1993 itu juga mengakui kecewa dengan pencapaian skuad olahraga yang hanya mampu meraih lima daripada 47 pingat emas ditawarkan pada dua temasya Sukan SEA lepas berbanding pada era 90-an, acara trek dan padang pernah menjadi penyumbang emas utama kontinjen negara dengan purata lebih 10 pingat emas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 27 2022

Ramachandran memecahkan rekod kebangsaan 5,000m dan 10,000m sebanyak enam kali di enam negara berbeza antara Jun 1989 dan Ogos 1994. - Gambar fail/BERNAMA

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.

Ramachandran 'kecewa' rekod miliknya masih utuh selepas 28 tahun
Kurangnya penglibatan dan keazaman dalam kalangan atlet generasi kini, menyebabkan Malaysia tidak menonjol dalam acara jarak jauh.

Polis tahan 3 individu bantu siasatan kes serangan Pengarah Eksekutif Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang
Ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan usia 45 hingga 51 itu ditahan di sekitar Perai Ahad lepas.

Pengarah Eksekutif Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang parah ditetak
Datuk M Ramachandran, 70, diserang sebaik beliau turun dari kereta untuk masuk ke rumahnya sekitar pukul 7 malam pada Jumaat.