Simpati dengan penderitaan yang dialami rakan seperjuangan, beberapa pemain golf profesional negara turun padang bersama-sama penaja menganjurkan acara golf amal bagi membantu Shaaban Hussin.
Antara pemain-pemain golf yang terlibat dalam acara 'Golf for Shaaban Charity Game' itu ialah Ilyia Jamil, M.Sasidaran, S.Sivachandran, Sukree Othman dan Abel Tham.
Acara berkenaan telah berjaya mengumpul sejumlah RM103,000 hasil daripada acara lelongan barangan golf yang diadakan pada majlis makan malam dan yuran penyertaan, berlangsung di Kuala Lumpur Golf & Country Club, Bukit Kiara di sini, malam Ahad.
Selain itu, Shaaban turut menerima sumbangan berjumlah RM10,000 daripada pengedar kelengkapan golf, Srixon Sports Asia dan RM5,000 daripada Majlis Sukan Negeri Kedah.
Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) turut menyumbang sebuah kerusi roda bermotor dan sumbangan itu disampaikan oleh pengerusinya, Datuk Malek Noor.
Kesemua sumbangan disampaikan kepada ibu Shaaban, Noordiah Mat.
"Makcik amat terharu dengan sumbangan yang diberikan kepada Shaaban. Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas jasa semua yang masih mengingati anak makcik," kata Noordiah, 60, kepada Bernama.
Menurut beliau, Shabaan kini masih lagi menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Shaaban, 36, yang menaiki motosikal berkuasa tinggi terbabas semasa cuba mengelak sebuah kereta yang berhenti di tepi Lebuhraya Guthrie pada 31 Mac lepas.
Akibat kemalangan itu, juara Kejohanan PGM Sime Darby Harvard 2016 itu cedera tangan kirinya dan kaki kirinya yang cedera teruk tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dipotong.
"Kini dia (Shaaban) sudah hilang mata pencarian...dia sangat suka sukan golf ini. Dia semakin sihat, tangan kirinya masih belum sembuh sepenuhnya dan sebab itu masih kena rawat di HKL," kata Noordiah sambil air mata bergenang.
Noordiah turut berterima kasih kepada pihak Majlis Sukan Negara (MSN) kerana menyediakan penginapan bagi kemudahan beliau dan ahli keluarga yang lain di Kompleks MSN Jalan Raja Muda Musa.
Ketika kejadian, Shaaban dalam perjalanan dari rumahnya di Kota Damansara ke Glenmarie Golf & Country Club di Shah Alam bagi menjalani latihan untuk menyertai Kejohanan Darul Aman PGM di Kedah.
Bernama
Mon May 23 2016
Shaaban sehingga kini masih lagi menerima rawatan di HKL. - Gambar fail
Israel terus mengganas, 37 maut di Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu
Letupan besar kedengaran di Beirut dengan imej dari ibu negara Lubnan itu menunjukkan langit malam menyala di kawasan selatan bandar itu.
Pangkalan tentera utama Israel binasa, lebih 20 jet pejuang musnah
Imej satelit menunjukkan kesan kemusnahan hangar pesawat di pangkalan utama tentera udara Israel selepas ia dibedil Iran di bawah Operasi Janji Benar 2.0.
Israel tekad terus serang Hezbollah di Beirut - Ketua tentera
Tentera Israel "tekad untuk memusnahkan" infrastruktur Hezbollah berhampiran sempadan Lubnan dan akan terus melakukan kerosakan terhadap kumpulan itu.
Deklarasi Doha seru gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Deklarasi Doha dengan tumpuan pada "Diplomasi Sukan," menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
Israel tidak mahu perdamaian, hanya tambah musuh
Alternatif seperti menjadikan mana-mana negara lain di Asia Barat sebagai sekutu kuat AS tidak berkesan kerana ia membawa kepada pengabaian terhadap Palestin.
ACL2: Selangor raih kemenangan pertama di pentas Asia selepas lapan tahun
Kemenangan tipis itu membolehkan skuad bimbingan Nidzam Jamil mengutip tiga mata pertama dalam saingan Kumpulan H ACL2 2024/25.
Pakistan punyai potensi besar untuk perdagangan Malaysia - PM
Potensi hubungan perdagangan besar yang ada pada Pakistan belum diteroka sepenuhnya oleh Malaysia.
Sultan Selangor perkenan fatwa berkaitan fahaman, ajaran, pegangan dan amalan GISB
Ini kerana, pemimpin, pengikut atau ahli GISB diyakini masih mengamalkan Aurad Muhammadiah, atau Zikir Agung, dibawa Kumpulan Darul Arqam.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Kestabilan politik dan dasar kerajaan MADANI menarik pelaburan besar, mencipta 25,498 pekerjaan pada separuh pertama 2024.
Draf Rancangan Tempatan di Pulau Pinang dijangka diwartakan tahun depan
Draf Rancangan Tempatan Seberang Perai oleh MBPP telah siap manakala untuk bahagian pulau oleh MBPP dijangka siap hujung tahun ini.
Rakan-rakan anjur golf amal bantu Shaaban Hussin
Acara berkenaan telah berjaya mengumpul sejumlah RM103,000 hasil daripada acara lelongan barangan golf yang diadakan pada majlis makan malam dan yuran penyertaan.