Pemain tenpin boling negara, Rafiq Ismail dipilih pemenang Anugerah Jagoan Nadi Arena (AJNA) 2018 dengan 52.04% undian.
Rafiq mengatasi pemain remaja badminton negara, Goh Jin Wei yang mendapat tempat kedua dengan 17.16% undian, jaguh berbasikal trek Azizulhasni Awang, 12.78% di tempat ketiga.
Dua lagi atlet yang berada dalam senarai top 5 adalah atlet olahraga para, Ridzuan Puzi di tempat ke-4 dengan 11.37% dan atlet bina badan, Syarul Azman Mahen Abdullah, 6.65% undian.
Pencapaian cemerlang Rafiq, 22, sepanjang 2018 adalah juara Kejohanan Boling Dunia di Hong Kong, emas Sukan Asia Indonesia (masters lelaki) dan pingat perak Sukan Asia (trio lelaki).
Undian dibuat oleh peminat menerusi platform digital Astro Arena, yang mewakili 40% menyaksikan Rafiq mendominasi dengan 44.5%.
Baki 60% undian pula dibuat oleh pengamal media dan persatuan sukan kebangsaan.
Edisi kedua AJNA mencatat rekod baharu apabila lebih 40 ribu peminat mengundi dalam semua platform digital Astro Arena sepanjang kempen selama tiga minggu, bermula 26 Disember 2018.
Ian Johan Ariff
Sat Jan 19 2019

Rafiq mengatasi pemain remaja badminton negara, Goh Jin Wei yang mendapat tempat kedua dengan 17.16% undian, jaguh berbasikal trek Azizulhasni Awang, 12.78% di tempat ketiga. - Foto Astro AWANI/Ian Johan Ariff
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.
Fokus angkat martabat negara, bukan jatuhkan sesiapa - PM
Kata Anwar, peluang bulan Ramadan yang bakal tiba perlu digunakan dengan majlis ilmu untuk memperkasa individu dan masyarakat, dan bukannya diisi dengan tohmahan dan fitnah untuk menjatuhkan mana-mana pihak.
SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan dengan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.
Waspada Akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Menurut Royal Press Office, akaun-akaun palsu tersebut sering digunakan oleh “scammers” untuk tujuan penipuan di laman Facebook dan platform media sosial lain.

Perintah khidmat masyarakat dijangka kuat kuasa tahun ini - Nga
Nga berkata sesi libat urus dan penerangan kepada pihak berkaitan sudah dilakukan beberapa kali dalam memastikan perintah khidmat masyarakat itu dapat direalisasikan.

KKDW fokus bangunkan infrastruktur luar bandar Sabah - Ahmad Zahid
Sabah memerlukan lebih banyak pembangunan infrastruktur, dan perancangan itu mampu direalisasikan hasil hubungan baik Kerajaan MADANI dan negeri.

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Rafiq Ismail dibantu jurulatih Amerika Syarikat untuk mengharungi kejohanan PBA
Tiada potongan bajet terhadap program Rafiq Ismail malah dia akan dapat bantuan jurulatih yang berpangkalan di AS.

Rafiq akan ke AS tanpa jurulatih dan pengurus pasukan
Latihan dan pendedahan terbaik buat Rafiq Ismail untuk menjadi pemain yang lebih hebat.

Rafiq Ismail menang Anugerah Jagoan Nadi Arena 2018
Rafiq mengatasi pemain remaja badminton negara, Goh Jin Wei yang mendapat tempat kedua dengan 17.16% undian, jaguh berbasikal trek Azizulhasni Awang, 12.78% di tempat ketiga.