KUALA LUMPUR: Atlet ekuestrian negara, Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil akan berlepas ke Aaarhus, Denmark dari Singapura pagi Khamis.
Qabil Ambak memberitahu Bernama ini berikutan beliau telah pun menerima vaksin COVID-19 di republik itu pada Rabu.
"Saya telah menerima dos pertama. Ia berjalan lancar, tidak perlu beratur, saya terus dibawa ke bilik suntikan dan perlu menjalani proses pemerhatian selama 30 minit.
"(Vaksinasi) ini adalah halangan pertama dan saya berharap dapat melepasi pemeriksaan imigresen apabila tiba di Denmark," katanya apabila dihubungi pada Rabu.
BACA: Qabil Ambak semakin hampir realisasikan impian beraksi di Olimpik
Untuk rekod, Qabil Ambak tidak dibenar memasuki Eropah sejak akhir Ogos 2019 berikutan peraturan imigresen.
Dia dipaksa untuk memendekkan tempoh penginapannya di Eropah selepas didakwa tinggal melebihi tempoh visa di Denmark.
Sementara itu, Qabil Ambak, berkata dia tidak mengalami kesan sampingan selepas divaksinasi.
Beliau juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Olimpik Malaysia, Majlis Sukan Negara dan Sukan Singapura kerana berjaya mengatur proses vaksinasinya dalam tempoh yang singkat.
Sementara itu, pemenang pingat perak Sukan Asia 2018 tersebut berkata beliau akan menjalani latihan dengan kudanya, Delatio, selama dua hari sebaik tiba di Aarhus, sebelum kuda jantan hitam itu menempuh perjalanan sejauh 1,000km ke Perancis untuk bersiap sedia menghadapi acara CDI (International Dressage) di Le Mans dari 17 hingga 21 Jun ini.
Ekuin berusia 41 tahun dan merupakan anak jati Kuala Lumpur itu berharap beliau akan mendapat sijil kelayakan dan mengumpul mata sekurang-kurangnya 66 peratus di Le Mans.
Jika berjaya lepasi halangan itu, beliau bakal melakar sejarah menjadi rakyat Malaysia pertama bersaing dalam acara ekuestrian dalam temasya Sukan Olimpik yang edisi tahun ini akan berlangsung di Tokyo, Jepun dari 23 hingga 8 Ogos.
Qabil Ambak telah dinamakan sebagai pengganti dalam acara dressage oleh FEI selepas seorang daripada dua penunggang yang telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo melalui Kumpulan G kejohanan kelayakan untuk zon Asia Tenggara dan Oceania pada 2019 menarik diri baru-baru ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 09 2021
Qabil Ambak telah dinamakan sebagai pengganti dalam acara dressage oleh FEI selepas seorang daripada dua penunggang yang telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo menarik diri. - Gambar fail
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
Qabil Ambak telah divaksinasi, berlepas ke Denmark hari ini
Atlet ekuestrian negara, Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil akan berlepas ke Aaarhus, Denmark dari Singapura pagi Khamis.