Selepas tujuh tahun menyepi, Datuk Misbun Sidek mendedahkan sebab utama beliau kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Ia tidak lain untuk merealisasikan impian bersama membantu Datuk Lee Chong Wei menamatkan penantian bergelar juara dunia.
Pujukan emosi Chong Wei telah menyentuh hati Misbun dan beliau kini bersedia untuk membantu pemain itu mencapai kejayaan di Glasgow Ogos depan.
"Saya perlu akui bahawa Chong Wei adalah sebab utama kepulangan semula saya menyertai BAM, banyak kali dia datang bertemu dan saya lihat dia benar-benar berharap kepada saya kali ini.
"Jadi saya akur dengan permintaannya kerana saya sudah anggap dia seperti anak saya sendiri. Saya nampak kesungguhan dan atas sebab itu saya terima," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Hulu Klang, pada Jumaat.
Misbun menjelaskan beliau juga sudah menolak tawaran yang dikemukan Persatuan Badminton Thailand untuk menjadi jurulatih di sana.
"Chong Wei masih lagi mempraktikkan ilmu yang saya terapkan padanya walaupun saya telah tinggalkan BAM sejak 2011 dan prestasinya sekarang ini ada turun dan naik.
"Mungkin Chong Wei mahu saya kembali kerana inginkan ilmu penghabisan daripada saya dan mahu menamatkan kariernya bersama saya," katanya.
Misbun ialah mentor yang berjaya membentuk Chong Wei menjadi seorang pemain badminton yang disegani.
Walaupun sebelum ini terdapat sedikit salah faham di antara beliau dengan pengurusan BAM, Misbun tetap mengikuti rapat perkembangan Chong Wei meskipun telah tujuh tahun meninggalkan persatuan induk badminton itu.
Misbun juga sedia bersikap profesional dalam menjalin kerjasama dengan pengarah teknikal Morten Frost meskipun umum mengetahui perseteruan di antara mereka ketika bergelar pemain era 80-an dulu.
Misbun adalah individu yang bertanggungjawab mengembangkan bakat jaguh badminton negara, Chong Wei sehingga muncul pemain perseorangan lelaki pertama memenangi kesemua gelaran Siri Super, dan meraih gelaran berprestij termasuk dua pingat perak Sukan Olimpik dan tiga kejuaraan All England.
Bernama
Fri Jun 09 2017
Legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek kini kembali semula ke BAM selaku ketua jurulatih perseorangan negara bagi merealisasikan impian bekas anak didiknya, Datuk Lee Chong Wei. -Bernama
Ibu bapa jadi sasaran along selepas anak meninggal dunia
Sepasang suami isteri warga emas menjadi mangsa buruan along yang dipercayai tidak berpuas hati dengan tunggakan hutang yang ditinggalkan mendiang anak mereka, yang meninggal dunia di Johor pada Disember lalu.
Ibu bapa Zayn Rayyan failkan notis usul batal pertuduhan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matin telah memfailkan permohonan bagi membatalkan pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.
Iswardy Morni didenda RM5,000 kerana kenyataan menghasut
Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Iswardy Morni didenda RM5,000 atas satu pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, empat tahun lalu.
Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.
Cadangan jadikan pembeli tunggal dibentangkan di kabinet
Cadangan untuk menjadikan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sebagai pembeli tunggal hasil getah negara akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet untuk mendapat persetujuan.
WEF 2025: Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai
Israel bersedia membolehkan UAE, Arab Saudi, dan pihak lain membina semula Gaza dengan syarat ia tidak mengancam Israel.
Tanah runtuh Jawa Tengah: Angka kematian meningkat kepada 21
Menurut agensi pencarian dan penyelamat, Basarnas, sekurang-kurangnya 13 individu turut cedera dalam kejadian tersebut.
Legenda rock Ireland 'The Script' kembali gegarkan KL
Peminat dapat menyaksikan persembahan mereka yang penuh tenaga pada Ahad, 9 Februari 2025, jam 8 malam di Mega Star Arena KL.
Pemindahan autonomi MA63 mudahkan Sarawak urus alam sekitar
Pemindahan autonomi MA63 telah mengukuhkan tadbir urus alam sekitar Sarawak, sekaligus meletakkan wilayah itu pada kedudukan yang baik untuk menerajui usaha memerangi perubahan iklim.
19 entiti perniagaan di Sarawak berdaftar dengan NREB
19 entiti perniagaan kini telah berdaftar dengan Lembaga Alam sekitar dan Sumber Asli Sarawak (NREB) sebagai mematuhi syarat ordinan alam sekitar (pengurangan kesan rumah hijau) yang mula berkuat kuasa pada Mac lalu.
BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM
Barisan skuad yang akan membawa cabaran negara menggabungkan pemain berpengalaman dan bakat muda sebagai resepi utama pada kejohanan itu.
Program RTG: Satu bonus buat Fei-Din
Razif mengingatkan juara Terbuka India Super 750 itu supaya bijak merangka perancangan jangka panjang bagi menghindari 'sindrom lesu awal'.
Turunkan barisan terbaik di BAMTC 2025 - Razif
Ia boleh digunakan untuk menilai tahap persediaan pemain sebelum mengharungi cabaran Piala Sudirman 2025 di Xiamen dari 27 Apr hingga 4 Mei.
Masters Indonesia: Aaron-Wooi Yik mara ke pusingan kedua
Pasangan yang berada di ranking kelima dunia itu tidak berdepan masalah untuk meraih kemenangan straight set 21-13, 23-21.
Kejayaan Sze Fei-Nur Izzuddin juarai Terbuka India 2025 bukti semangat juang atlet negara
Kejayaan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani rangkul gelaran juara Kejohanan Badminton Terbuka India membanggakan Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri.
Rashid Sidek buru bintang muda untuk teruskan legasinya
Rashid memburu empat bintang muda yang bakal menggantikan tempatnya dalam program 'Rashid Mencari Juara' (RMJ) yang akan ditayangkan di saluran 111 Sukan HD RTM.
Sze Fei-Nur Izzuddin wakil tunggal negara ke pentas akhir Terbuka India
Beregu lelaki nombor satu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani menjadi satu-satunya wakil negara yang berjaya melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Terbuka India 2025, esok.
Terbuka India: Aaron-Wooi Yik mara ke suku akhir
Gandingan pilihan kelima itu hanya ambil masa 34 minit untuk singkirkan pasangan bukan pilihan dari China, Xie Hao Nan-Zeng Wei Han.
Terbuka India: Soon Huat-Shevon Lai mara, mudah tewaskan pasangan Indonesia
Goh Soon Huat-Shevon Lai, menepati ramalan apabila menewaskan lawan dari Indonesia, Rinov Rivaldy-Lisa Ayu Kusumawati dalam Badminton Terbuka India.
Dua beregu campuran negara pamer peningkatan ranking, Pearly Tan-M Thinaah turun satu tangga
Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memperbaharui ranking BWF mereka dengan menghuni tangga ketiga dan keempat dunia.